Penghuni pondok usang mohon bina rumah baru
 
MIRI – Masih terdapat ramai penduduk yang tinggal di bandaraya Miri tinggal di tempat perlindungan yang boleh dianggap sebagai usang. Kebanyakan mereka ini tidak memiliki pekerjaan tetap. Mereka terpaksa tinggal dimana saja demi untuk meneruskan kehidupan harian mereka yang semakin mencabar. Mereka tidak mampu hendak membeli rumah walaupun banyak rumah baru dibina di bandaraya Miri tetapi ianya terlalu mahal untuk penduduk yang berpendapatan rendah untuk memilikinya.


Terdapat sebuah rumah atau pondok yang usang di perumahan Tudan yang hampir rebah ke bawah memerlukan bantuan segera daripada kerajaan.Keadaan struktur pondok tersebut sudah hampir reput dan hanya menunggu masa saja untuk roboh. Pondok tersebut perlu dibina semula dan dijadikan sebuah rumah supaya keluarga yang tinggal dalamnya boleh hidup lebih selesa dan selamat.

Penghuni pondok tersebut kepunyaan puan Raba’ah Bujang seorang ibu tunggal tinggal bersama dengan 6 orang anaknya memerlukan bantuan segera untuk membina pondoknya yang hampir roboh dan tidak selamat untuk tinggal. Mereka tinggal di Tudan phasa 5 di Lot 471 dan mereka sudah lama menetap disitu dan sekarang hanya mampu tinggal sementara di pondok itu disebabkan mereka tidak mampu menyewa di tempat lain.

Beliau pernah melapor perkara ini kepada pihak polis di balai polis Lutong berkenaan dengan keadaan pondok beliau yang tidak selamat untuk tempat tinggal. Beliau juga memberitahu yang pihak Baitulmal cawangan Miri pernah datang dan berjanji untuk membaiki pondok beliau itu tetapi sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan.  Pihak Baitulmal memang ada memberi bantuan zakat setiap bulan kepada keluarga beliau tetapi ianya tidak mencukupi untuk menampung pembelanjaan harian mereka sekeluarga. Mereka ini boleh di kategori sebagai rakyat termiskin pinggir bandar.

Sebelum ini PAS Miri pernah beri bantuan basikal kepada anak beliau yang masih bersekolah dan juga sedikit sumbangan untuk mengurang beban keluarga beliau. Harapan beliau kalau dapat pihak yang berkuasa dapat membina rumah baru untuk keluarga beliau memandangkan keadaan pondok mereka tidak begitu selamat untuk mereka sekeluarga tinggal.

Beliau sangat berharap agar pondok usang beliau yang hampir roboh itu dapat dibina semula atau kalau dapat pihak PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin)  dapat membantu membina sebuah rumah baru untuk mereka sekeluarga.

Hari raya Idul Fitri hampir menjelang tiba maka sudah tentu mereka sekeluarga juga ingin bergembira bersama dengan umat Muslim lain. Sekiranya ada sesiapa yang sudi untuk menderma dan membantu keluarga beliau bolehlah terus menyumbang kepada keluarga berkenaan di alamat Lot 471 di Tudan phasa 5, Miri.

Sekali lagi kita mengesa pihak agensi kerajaan yang berkaitan perlu segera datang melawat serta membantu membina semula rumah tersebut demi keselamatan penghuni yang tinggal dalam pondok itu.

Kita ingin memberi cadangan kepada pihak berkuasa agar dapat memberi tempat tinggal yang lebih selesa untuk rakyat yang memerlukannya. Pihak kerajaan juga perlu mengawal harga rumah yang terlalu tinggi yang sukar untuk dimiliki oleh penduduk tempatan yang rata-rata berpendapatan rendah. Kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Dilapidated hut Occupants seeking to build a new home

MIRI – There are still many residents who live in Miri city staying in a shelter that can be considered dilapidated. Most of them did not have a steady job. They had to live anywhere to continue with their daily lives that is more challenging. They cannot afford to buy a house even though a lot of new houses built in Miri city but it was too expensive for low-income residents to have it.

There is a dilapidated house or hut in Tudan housing almost fallen down require immediate assistance from government. The hut structural conditions were almost rotten and just waiting to collapse. The huts need to be rebuilt and made a house so that the family living in it can live more comfortable and safe.

The huts occupants belong to Mrs. Raba'ah Bujang a single mother live with 6 of her children require immediate assistance to build her hut that about to fallen down and not safe to stay. They live in Tudan phase 5 at Lot 471 and they already long had been settled there and now only able to stay while in the hut because they were unable to rent elsewhere.

She ever reported the matter to the police at the Lutong police station of the state of her hut unsafe for residence. She also told that the Baitulmal Miri Branch had come and promised to repair her hut, but until now there has not been any action taken by the authorities. Baitulmal indeed provide assistance alms every month to her family, but it was not enough to cover their family's daily expenditure. They can be categorized as the poorest people in the suburbs.

PAS Miri previously has been given bicycles to help her child that still studying and also some contribution to reducing the burden of her family. Her hopes that the authorities will be able to build a new home for her family in view of their hut is not very safe for the family to stay.

She is hoping that her dilapidated hut which almost collapsed can be rebuilt or if the PPRT (Development Program for the Extremely Poor) can help build a new home for their family.

Eid is almost around the corner then of course their family also wants to have enjoyable together with other Muslims. If there is anyone who is willing to donate and help her family may continue to contribute to the family at the address Lot 471 in Tudan phase 5, Miri.

Once again we urge the relevant government agencies should immediately come to visit and help rebuild homes for the safety of the residents who live in the hut.

We would like to suggest to the authorities to provide a more comfortable place to live for citizens who need it. The government also needs to control housing prices that are too high and difficult to be owned by the local residents on average lower income. Cooperation with all relevant parties is greatly appreciated.