Warga emas hidup terpinggir dalam rumah usang

MIRI – Walaupun bandaraya Miri pesat membangun tetapi masih ada lagi rakyat miskin seperti golongan warga emas yang hidup terpinggir dari arus pembangunan.

Akibat harga rumah yang terlalu mahal dan sukar dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah maka mereka ini terus hidup dalam keadaan yang agak daif.

Seorang warga emas yang lebih dikenali sebagai Pakcik Dol Seman berumur 87 tahun yang tinggal di Pangkalan Lutong masih hidup dalam keadaan yang agak daif.

Rumah beliau sudah agak usang, lantai rumah sudah reput dan atap pun banyak yang sudah bocor.  Keadaan dalam rumah beliau juga amat menyedihkan dimana bahagian dapur rumah beliau perlu dibaiki dengan segera.

Beliau tinggal bersama dengan adik perempuan beliau yang masih belum bersuami. Pakcik Dol tiada punya pendapatan tetap hanya mengharap bantuan dari badan kebajikan untuk meneruskan kehidupan harian beliau.

Mereka sudah berpuluh tahun tinggal di situ dan beliau pernah memohon bantuan dari agensi kerajaan untuk membina semula lantai dan atap rumah beliau yang bocor tetapi sehingga kini masih lagi belum mendapat bantuan dari agensi kerajaan yang berkaitan.

Walapun ramai orang mengenali beliau sebab beliau masih sihat dan selalu bergaul dengan orang ramai tetapi keadaan rumah beliau tiada siapa yang ambil perhatian. Bekalan elektrik pun tidak ada dan
mereka juga terpaksa mengunakan kayu api untuk memasak  kerana tiada bekalan gas untuk mereka memasak.

Kita telah melawat rumah Pakcik Dol di Pangkalan Lutong baru-baru ini dan melihat sendiri keadaan rumah usang beliau. Sungguh menyedihkan kerana katanya memang ada wakil rakyat berjanji hendak menolong beliau tetapi janji hanya tinggal janji.

Walaupun ada pihak dari badan kebajikan seperti Baitulmal memberi bantuan bulanan tetapi ianya sekadar cukup makan untuk mereka adik beradik. Mereka ini boleh di kategori sebagai rakyat termiskin pinggir bandar.

Apa yang mereka perlu adalah sebuah rumah yang lebih selesa dan selamat untuk tempat tinggal. Pihak PPRT (Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar) boleh membantu membina semula rumah baru untuk mereka sekeluarga.

Sekali lagi kita mengesa pihak agensi kerajaan yang berkaitan perlu segera datang melawat serta membantu membina semula rumah tersebut demi keselamatan warga emas  yang tinggal dalam rumah itu.

Pihak kerajaan juga perlu memberi bantuan khas kepada warga emas yang tidak mempunyai pewaris
serta membina rumah yang sesuai dengan keadaan mereka. Kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan untuk mengatasi masalah ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Senior citizens living marginalized in dilapidated houses

MIRI – Although Miri city is rapidly developing but there are still some poor people such as senior citizens who live marginalized from the mainstream of development.

As a result of house price is too expensive and difficult owned by low-income earners, they have continued to live in relatively poor condition.

An elderly, better known as Uncle Dol Seman 87 year’s old living in Pangkalan Lutong still live in relatively poor conditions.

His house is so dilapidated, the floor was rotting and the roof a lot of leaking.  The situation in his house is also very sad where the kitchen of his house should be repaired immediately.

He lives with her younger sister who was still a virgin. Uncle Dol had no fixed income only hope for assistance from charities to continue his daily life.

They have lived there for decades and he ever applied for assistance from government agencies to rebuild the floor and the leaking roof of his home but so far have yet to receive assistance from the relevant government agencies.

Although many people knew him because he was still healthy and always hang out with the community but his house condition nobody take notice.  There was no electricity and they also had to use firewood for cooking because there is no gas supply for their cooking.

We have been visiting uncle Dol at the Pangkalan Lutong recently and see the condition of his dilapidated house. It is sad because he said there were representatives promised to help him but the promise remained only a promise.
Although there are those of charities such as the Baitulmal provide monthly assistance but it was just enough to survive for their siblings. They can be categorized as the poorest people in the suburbs.

What they need is a home that is more comfortable and safe place to stay. The PPRT (Development Program for the Extremely Poor) can help rebuild a new home for their family.

Once again we urge the relevant government agencies should immediately come to visit and help rebuild the house for the safety of the elderly who live in the house.


The government also needs to provide special assistance to senior citizens who have no heirs and build a home that suits with their circumstances. Cooperation with all relevant parties to resolve the issue quickly is greatly appreciated.