PAS
Sarawak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Pindaan Akta 355
Perkara 11
Perlembagaan Persekutuan dalam bab kebebasan beragama dimana setiap orang
berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4),
mengembangkannya. Fasal (4)
Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang
yang menganuti agama Islam.
Jelas dalam
Perlembagaan Persekutuan semua penganut agama bebas mengamal ajaran
masing-masing dan begitu juga dengan Islam mereka juga berhak untuk
melaksanakan perundangan Syariah dalam negara ini tanpa sebarang sekatan selagi
tidak melanggar Perlembagaan.
Mengapa ada
sesetengah pihak yang cuba menghalang dan menentang pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Tuan Guru Presiden
PAS Hj Abdul Hadi Awang sedangkan ianya untuk umat Muslim saja.
Tujuan pindaan Akta
355 ialah untuk memperkasakan bidang perundangan Syariah sedia ada kepada
sistem yang selari dengan perkembangan semasa dan berakar kukuh kepada
sumber-sumber perundangan syariah yang diiktiraf di dalam Islam.
Dimana kebebasan
penganut agama Islam untuk melaksanakan perintah Allah sekiranya ada pihak yang
berusaha untuk menghalang hasrat dan keinginan penganut agama Islam
mengamalkannya?
Sepatutnya penganut
agama lain selain Islam jangan cuba mencampuri urusan agama Islam dan sudah tentu
mereka juga tidak suka kalau umat Muslim mencampuri urusan agama mereka. Mereka
juga perlu menghormati dan tidak mencampuri urusan agama yang berkaitan dengan
Islam. Apa hak mereka menghalang umat Muslim melaksanakan ajaran agama mereka
sendiri?
Kalau ada penganut
non Muslim hendak melaksanakan perundangan mengikut kepercayaan agama mereka
tiada siapa pun hendak menghalang tetapi mengapa apabila penganut agama Islam
hendak melaksanakan perundangan Syariah ramai cuba mencampuri urusan yang
berkaitan dengan agama Islam.
Dimana kebebasan
penganut agama Islam untuk mengamalkan ajaran agamanya mengikut Perkara 11
Perlembagaan Persekutuan?
Kita mengesa agar
mereka terutama non Muslim yang tiada kaitan dengan Rang Undang-Undang (RUU)
Persendirian Pindaan Akta 355 jangan cuba mencampuri urusan perundangan agama
Islam. Mereka perlu belajar menghormati agama Islam kalau mereka mahu agama
mereka juga dihormati.
PAS Sarawak
menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Pindaan Akta 355 yang dibawa
oleh Presiden PAS kerana ianya hanya berkaitan dengan urusan agama Islam dan
tiada kaitan dengan penganut agama lain.
Wakil Rakyat
sepatutnya bersikap professional dan jangan terlalu emosi dengan RUU ini sebab
ianya boleh dibincang dalam sidang Parlimen akan datang.
Berilah peluang
untuk RUU ini dibahas di sidang parlimen dan sekiranya bercanggah dengan
perlembagaan ianya boleh diperbetulkan tidak perlu dijadikan isu politik untuk
meraih sokongan kerana rakyat Malaysia mahu kehidupan yang aman dan damai tanpa
sebarang provokasi perkauman yang melampau.
Malaysia akan aman
dan damai apabila rakyatnya dapat menghormati dan tidak mencampuri urusan agama
dan adat resam berbagai kaum di negara ini.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS
Sarawak
Yang Dipertua (YDP)
PAS Kawasan Miri.
English
Version
Sarawak
PAS support Private Bill, Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) (Amendment)
Article 11 of the
Constitution in the chapter of freedom of religion in which every person has
the right to profess and practice his religion and, subject to Clause (4), to
propagate. Clause (4) State law and in respect of the Federal Territories of
Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, the federal law may control or restrict the
propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the
religion of Islam.
Clearly in the
Constitution all religions are free to practice their teachings and likewise
with Islam they also have the right to implement Sharia law in the country
without any restrictions as long as it does not violate the Constitution.
Why there are some
people who tried to block and oppose the amendment of the Act 355 brought by
PAS president Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang whereas it is for Muslims only?
The purpose of the
amendments of the Act 355 is to strengthen the existing Syariah law system in
line with current developments and rooted firmly to the sources of Islamic law
which is recognized in Islam.
Where is the
freedom of adherents of Islam to carry out God's command if there are parties
who are trying to hinder the aspiration and desire of Muslims to practice it?
Should other
religions other than Islam do not try to interfere with the religion of Islam
and of course they also do not like it when the Muslims meddle in the affairs
of their religion. They also have to respect and not interfere in religious
matters related to Islam. What is their right to prevent the Muslims from
practicing their own religion?
Where is the
freedom adherent of Islam to practice their religion in accordance with Article
11 of the Constitution?
We urge those,
especially non-Muslims who have nothing to do with Private Bill, Syariah Courts
(Criminal Jurisdiction) (Amendment) Act 355; do not attempt to interfere in the
affairs of Islamic religious law. They need to learn to respect the Islamic
religion if they want their religion to be respected.
Sarawak PAS
supports the Private Bill, Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) (Amendment)
Act 355 brought by PAS president because it is related to the Islamic religion
and has nothing to do with other religions.
MPs should be
professional and do not get too emotional with this bill because it could be
discussed in the next parliamentary session.
Give a chance to
this bill to be discussed in parliament sitting and if it contravened the
constitution it can be corrected should not be made a political issue to gain
support because Malaysians want a peaceful life without any provocation of
racism.
Malaysia will be
safe and peaceful if its citizens can respect and non-interference in religion
and customs of various ethnic groups in the country.
Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS
Commissioner cum Miri PAS Chief
Read more...