PAS Sarawak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Pindaan Akta 355

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dalam bab kebebasan beragama dimana setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. Fasal (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Jelas dalam Perlembagaan Persekutuan semua penganut agama bebas mengamal ajaran masing-masing dan begitu juga dengan Islam mereka juga berhak untuk melaksanakan perundangan Syariah dalam negara ini tanpa sebarang sekatan selagi tidak melanggar Perlembagaan.

Mengapa ada sesetengah pihak yang cuba menghalang dan menentang  pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Tuan Guru Presiden PAS Hj Abdul Hadi Awang sedangkan ianya untuk umat Muslim saja.

Tujuan pindaan Akta 355 ialah untuk memperkasakan bidang perundangan Syariah sedia ada kepada sistem yang selari dengan perkembangan semasa dan berakar kukuh kepada sumber-sumber perundangan syariah yang diiktiraf di dalam Islam.

Dimana kebebasan penganut agama Islam untuk melaksanakan perintah Allah sekiranya ada pihak yang berusaha untuk menghalang hasrat dan keinginan penganut agama Islam mengamalkannya?

Sepatutnya penganut agama lain selain Islam jangan cuba mencampuri urusan agama Islam dan sudah tentu mereka juga tidak suka kalau umat Muslim mencampuri urusan agama mereka. Mereka juga perlu menghormati dan tidak mencampuri urusan agama yang berkaitan dengan Islam. Apa hak mereka menghalang umat Muslim melaksanakan ajaran agama mereka sendiri?

Kalau ada penganut non Muslim hendak melaksanakan perundangan mengikut kepercayaan agama mereka tiada siapa pun hendak menghalang tetapi mengapa apabila penganut agama Islam hendak melaksanakan perundangan Syariah ramai cuba mencampuri urusan yang berkaitan dengan agama Islam.

Dimana kebebasan penganut agama Islam untuk mengamalkan ajaran agamanya mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan?

Kita mengesa agar mereka terutama non Muslim yang tiada kaitan dengan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Pindaan Akta 355 jangan cuba mencampuri urusan perundangan agama Islam. Mereka perlu belajar menghormati agama Islam kalau mereka mahu agama mereka juga dihormati.

PAS Sarawak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Presiden PAS kerana ianya hanya berkaitan dengan urusan agama Islam dan tiada kaitan dengan penganut agama lain.

Wakil Rakyat sepatutnya bersikap professional dan jangan terlalu emosi dengan RUU ini sebab ianya boleh dibincang dalam sidang Parlimen akan datang.

Berilah peluang untuk RUU ini dibahas di sidang parlimen dan sekiranya bercanggah dengan perlembagaan ianya boleh diperbetulkan tidak perlu dijadikan isu politik untuk meraih sokongan kerana rakyat Malaysia mahu kehidupan yang aman dan damai tanpa sebarang provokasi perkauman yang melampau.

Malaysia akan aman dan damai apabila rakyatnya dapat menghormati dan tidak mencampuri urusan agama dan adat resam berbagai kaum di negara ini.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Miri.


English Version

Sarawak PAS support Private Bill, Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) (Amendment)

Article 11 of the Constitution in the chapter of freedom of religion in which every person has the right to profess and practice his religion and, subject to Clause (4), to propagate. Clause (4) State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, the federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.

Clearly in the Constitution all religions are free to practice their teachings and likewise with Islam they also have the right to implement Sharia law in the country without any restrictions as long as it does not violate the Constitution.

Why there are some people who tried to block and oppose the amendment of the Act 355 brought by PAS president Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang whereas it is for Muslims only?

The purpose of the amendments of the Act 355 is to strengthen the existing Syariah law system in line with current developments and rooted firmly to the sources of Islamic law which is recognized in Islam.

Where is the freedom of adherents of Islam to carry out God's command if there are parties who are trying to hinder the aspiration and desire of Muslims to practice it?

Should other religions other than Islam do not try to interfere with the religion of Islam and of course they also do not like it when the Muslims meddle in the affairs of their religion. They also have to respect and not interfere in religious matters related to Islam. What is their right to prevent the Muslims from practicing their own religion?

Where is the freedom adherent of Islam to practice their religion in accordance with Article 11 of the Constitution?

We urge those, especially non-Muslims who have nothing to do with Private Bill, Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) (Amendment) Act 355; do not attempt to interfere in the affairs of Islamic religious law. They need to learn to respect the Islamic religion if they want their religion to be respected.

Sarawak PAS supports the Private Bill, Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) (Amendment) Act 355 brought by PAS president because it is related to the Islamic religion and has nothing to do with other religions.

MPs should be professional and do not get too emotional with this bill because it could be discussed in the next parliamentary session.

Give a chance to this bill to be discussed in parliament sitting and if it contravened the constitution it can be corrected should not be made a political issue to gain support because Malaysians want a peaceful life without any provocation of racism.

Malaysia will be safe and peaceful if its citizens can respect and non-interference in religion and customs of various ethnic groups in the country.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief