Nasib Ibu tunggal tinggal di rumah usang

MIRI – Masalah penduduk yang tinggal di lereng bukit yang kurang diberi perhatian oleh pihak kerajaan perlu ditangani segera. Ramai diantara mereka sudah berpuluh tahun tinggal disitu tetapi ada yang masih belum diberi hak milik tanah oleh pihak pemerintah dan mereka sukar untuk mendapatkan bantuan untuk membina rumah yang lebih selesa dan selamat untuk tempat tinggal.

Sebuah rumah usang yang terletak di pinggir lereng bukit memerlukan bantuan dari pihak kerajaan tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan sehingga berita ini sampai ke pengetahuan PAS Miri.

Puan Rosia Usop seorang ibu tunggal tinggal bersama dengan 2 orang anak lelakinya Azman dan Ariz. Ayah mereka sudah lama meninggal dunia lebih kurang 5 tahun yang lalu. Mereka sudah tinggal dirumah peninggalan arwah ayah mereka lebih dari 15 tahun. Mereka pernah memohon bantuan dari badan kebajikan untuk membina rumah baru tetapi tiada sebarang tindakan diambil memandangkan mereka hanya menumpang di tanah peninggalan arwah datuk mereka.

Keadaan rumah mereka sebelum ini amat teruk dimana lantai rumah sudah reput, atap bocor dan beranda di luar rumah pun hampir reput.  Pernah suatu ketika mereka terjatuh dari tangga akibat tangga licin.

Mereka mengadu masalah ini kepada pihak PAS kerana harapan mereka untuk mendapatkan bantuan dari pihak kerajaan terlalu sukar dan penuh dengan birokrasi. Mereka masih memerlukan bantuan untuk membina sebuah rumah baru yang selesa dan selamat untuk tempat tinggal.

PAS Miri dengan insiatif bersama NGO Khidmat Malaysia telah menyumbang sedikit bantuan membaiki lantai, a
tap yang bocor serta membuat tangga beranda baru untuk rumah beliau.

Walaupun PAS gagal memenangi sebarang kerusi DUN semasa pilihan raya yang lalu ini bukan bermakna PAS berhenti memberi bantuan khidmat masyarakat kepada mereka yang memerlukan. Dengan sumbangan yang tidak seberapa ini, PAS tetap memberi bantuan semaksima mungkin kepada mereka yang memerlukan bantuan. PAS akan sentiasa turun padang bersama dengan masyarakat setempat demi untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan bantuan kebajikan.

Kita mengesa kepada pihak kerajaan dan wakil rakyat yang sudah terpilih rajin-rajinlah turun padang dan berjumpa dengan rakyat seperti mana mereka sibuk masa berkempen bertemu rakyat semasa pilihan raya tempoh hari. Mereka ada peruntukan dan elaun sebagai wakil rakyat maka sewajarnya mereka datang membantu rakyat yang memerlukan khidmat mereka sebagai wakil rakyat. Janji mereka semasa kempen
seharusnya ditepati dan jangan setelah dipilih adalah sukar untuk dilihat selepas memenangi pilihan raya.

Kita juga mengesa pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan boleh membantu keluarga Puan Rosia membina semula rumah mereka agar mereka dapat hidup aman dan selesa kerana rumah mereka sekarang perlu dibina semula ditempat yang lebih selamat.

Seharusnya pihak kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat dapat melaksanakan tugas dengan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak 

English version

The fate of a single mother living in dilapidated houses


MIRI – The problem of people living in hillside are less given attention by the government need to be addressed immediately. Many of them have lived there for decades but some still have not given ownership of the land by the government and they are difficult to get help to build a more comfortable home and safe place to stay.

A dilapidated house on the outskirts of hillsides needs help from the government but no action was taken by the parties concerned until this news comes to the Miri PAS.

Mrs. Rosia Usop a single mother living with 2 sons Azman and Ariz. Their father had long passed away   about 5 years ago. They're living at legacy house left by their father more than 15 years. They have ask for help from charities to build new homes but no action was taken since they just squat on the legacy land left by their grandfather.

Their home situation before this extremely severe where the floor of the house is rotting, leaky roof and a veranda outside the house was almost rotten. At one time they fell down the stairs due to slippery stairs.

They complained this issue to the PAS because they hope to get help from the government is too difficult and fraught with bureaucracy. They still need help to build a new comfortable home and safe place to stay.

PAS Miri with initiatives of Malaysia Service NGO have contributed a little help repair the floor, the roof leaked and make a new stepladder of the verandah for her house.

Although PAS failed to win any seats during the last election It does not mean PAS stop giving aid community services to those in need. With this modest sum, PAS continues to provide assistance to the extent possible to those who need help. PAS will be always on the ground with local communities in order to serve those who need welfare assistance.

We urge the government and elected representatives who have been elected diligently to the ground and meet with the people as they are busy campaigning time to meet the people during the election period. They have provisions and allowances as elected representatives then they should come and help the people who need their services as elected representatives. Their promises during the campaign should be fulfilled, do not after being elected is hard to be seen after winning the election.

We also urge the government and the relevant parties can help Mrs. Rosia families to rebuild their homes so that they can live safely and comfortably as their home now have to be rebuilt at a safer place.

It should the government which was given the mandate by the people perform their duties fairly regardless of race, religion and political affiliation. Cooperation with relevant parties to resolve this issue is greatly appreciated.