Rumah hampir usang menanti bantuan Program Bantuan Rumah (PBR)

MIRI – Masih ramai lagi penduduk di bandaraya Miri menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa dan selamat. Dalam keadaan ekonomi yang kurang baik serta harga rumah yang terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki maka masalah ini terus menjadi bebanan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Walaupun kerajaan ada Program Bantuan Rumah (PBR) dengan menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa berbanding tempat kediaman mereka yang lalu tetapi matlamat program ini masih belum mencapai sasaran untuk meningkatkan  kualiti kehidupan mereka yang amat memerlu bantuan.

Salah seorang penduduk di Tudan Phasa 5 Lutong Jalan Kuala Baram Miri mengadu masalah tempat tinggal mereka yang hampir usang dan roboh. En Maru Timin 60 tahun dan isterinya Pn Maliah Dris 62 tahun amat memerlukan bantuan segera membaiki rumah mereka yang usang itu. Maru bekerja sebagai pengawal keselamatan dan isterinya Maliah tidak bekerja hanya menjaga cucu mereka yang masih kecil

Menurut Maru mereka pernah memohon bantuan untuk membina semula rumah mereka yang usang itu tetapi sehingga kini tiada sebarang jawaban diterima dari pihak yang berkenaan. Isterinya Maliah juga merayu agar pihak Jabatan Kebajikan dan Baitulmal dapat memberi bantuan bulanan kepada keluarga mereka kerana mereka juga menjaga cucu lelaki mereka yang berumur 8 tahun yang masih belum bersekolah.

Mereka amat berharap masalah mereka ini diberi perhatian oleh pihak berkuasa agar bebanan kehidupan harian mereka sekeluarga dapat dikurangkan.

Disamping itu masalah peparitan yang tersumbat dan parit yang tidak disiap sepenuhnya menyebabkan banjir kilat berlaku di kawasan perumahan mereka. Mereka memohon pihak yang berkenaan agar segera mengatasi masalah ini.

Kita mengesa pihak berkuasa dan badan kebajikan dapat melihat sendiri keadaan rumah mereka yang amat memerlukan bantuan. Kita juga berharap cucu mereka yang berumur 8 tahun dapat belajar di sekolah seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

Kerjasama dengan pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat ini amat dihargai.


Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak


English version

The house is almost dilapidated waiting for help of Housing Assistance Program (PBR)

MIRI – There are still many people in Miri city had problems getting a place to stay a comfy and safe. The unfavorable economic conditions and house prices are too expensive and not affordable then the proble
m continues to be a burden to the less fortunate.

Although the government have the Housing Assistance Program (PBR) to provide financial assistance and management to enable the target groups live in the house a more secure and comfortable than their dwellings in the past but the goal of this program has not yet reached the target to improve the quality of life of those who are in need of help.

One of the residents in Tudan Phase 5 Lutong, Jalan Kuala Baram Miri complains that their homes had almost obsolete and collapsed. Mr Maru Timin 60 years and his wife Mrs. Maliah Dris 62 years in dire need of immediate assistance to repair their houses that is dilapidated. Maru worked as a security guard and his wife Maliah is not working just take care of their grandchildren who are still small.
 
According to Maru they ever applied for assistance to rebuild their dilapidated house, but to date, no answer is received from the relevant authorities. Maliah his wife also begged the Welfare Department and the Baitulmal can provide monthly assistance to their families because they also take care of their grandsons aged 8 years that is still not going to school.

They hope that their problem is given attention by the authorities so that the burden of daily life in their families can be reduced.

Besides, the problems that are clogged drains and ditch that are not fully completed causes the flash floods happen in their neighborhood. They apply the relevant authorities to immediately address this problem.

We urge the authorities and welfare organizations can see the condition of their homes in dire need of help. We also hope that their grandchildren aged 8 years old can learn in school like other children of his age.

Cooperation with the authorities and those concerned to resolve the people's problems is greatly appreciated.