KENYATAAN MEDIA
Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS)

RAKYAT SARAWAK PERLU DIBERI HAK MILIK TANAH SENDIRI, BUKAN UNTUK PELABUR ASING

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengikuti dengan dekat isu pengambilan pekerja asing dan ramai pekerja bukan rakyat Sarawak diambil bekerja dalam syarikat minyak dan gas yang semakin hangat dibincangkan. Pada dasarnya PAS Sarawak bersetuju Kerajaan Sarawak menuntut hak diberi sama rata kepada rakyat Sarawak untuk diberi keutamaan bekerja di syarikat itu. Perkara ini perlu dibincang secara professional antara syarikat berkenaan dengan Kerajaan Sarawak dalam situasi menang-menang agar operasi syarikat tidak terganggu. Jutaan ringgit akan hilang disebabkan operasi terhenti dalam sehari.

PAS merasakan bahawa isu ini perlu dilihat secara holistik. Selain isu ramai pekerja bukan rakyat Sarawak diambil dalam syarikat minyak dan gas, kita juga dapati terdapat juga ramai tenaga mahir dan separa mahir dari luar diambil bekerja di sektor peladangan dan perindustrian termasuk juga profesional asing dalam GLC Kerajaan Negeri seperti Sarawak Energy dan CMS. Kerajaan juga memberi keutamaan kepada pelabur asing untuk menggunakan buruh asing bekerja di syarikat mereka kerana mereka sanggup diberi gaji yang rendah dari penduduk tempatan.

Isu pemilikan tanah untuk rakyat Sarawak terutama peribumi dan penduduk asal Sarawak juga perlu diberi perhatian oleh kerajaan Sarawak selain dari permit pekerja asing. Sehingga kini banyak tanah NCR yang bertukar status menjadi tanah zon campuran atau tanah kerajaan digunakan oleh pemaju dan pelabur asing menerokai tanah penduduk tempatan.

Kerajaan Sarawak sepatutnya memberi keutamaan kepada rakyat tempatan dan bumiputera Sarawak dahulu sebelum diberi kepada pemaju dan pelabur asing untuk dimajukan. Kita khuatir suatu hari nanti tanah dan hak milik rakyat Sarawak akan bertukar tangan kepada pemaju @ kapitalis dan pelabur asing yang menguasai ekonomi Sarawak.

Walaupun Kerajaan Sarawak mempunyai tanah yang luas tetapi berapa ramai rakyat Sarawak diberi hak milik oleh kerajaan Sarawak sehingga kini? Mengapa sehingga kini masih ramai rakyat Sarawak tidak memiliki tempat kediaman sendiri dan tempat bercucuk tanam sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan dan syarikat swasta untuk dibangunkan. Masih ramai penduduk asal Sarawak yang masih menumpang dan menjadi penduduk setinggan di tanah air sendiri. Apa yang kerajaan lakukan untuk mereka ini?

Perkara inilah yang perlu diberi perhatian kerana tanah dan hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Sarawak bukannya di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan maka inilah masanya kerajaan Sarawak menggunakan hak mereka untuk membantu membangunkan rakyat Sarawak tanpa perlu campur tangan asing.

Begitu juga dengan isu pendidikan pengajian tinggi berapa ramai rakyat tempatan Sarawak yang mampu belajar di kampus atau universiti swasta di Sarawak dengan kos yang tinggi. Walaupun universiti itu didirikan di Sarawak oleh syarikat swasta tetapi rakyat Sarawak yang kurang berkemampuan hanya mampu tengok dari luar saja dan hanya segelintir saja rakyat Sarawak yang mampu belajar di universiti swasta tersebut.

Kerajaan Sarawak sepatutnya memberi keutamaan kepada rakyat Sarawak terlebih dahulu dengan kuasa yang mereka miliki dengan memberi peluang kepada pelajar Sarawak yang kurang berkemampuan belajar di universiti swasta tempatan.

Kita menggesa kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan  Satem menyelesaikan dulu isu rakyat Sarawak yang masih belum memiliki hak milik tanah dan tempat untuk bercucuk tanam dari menggunakan tanah rakyat peribumi untuk dibangunkan oleh pihak pemaju dan pelabur asing.

Kita berhak menuntut hak kita tetapi jangan lupa apa yang ada di tangan kita sekarang sepatutnya dijaga sepenuhnya bukan menggunakan peluang untuk menindas rakyat yang masih  memerlukan tempat tinggal dan tempat mereka mencari rezeki dengan memberi keutamaan kepada pelabur asing.

Kalau sekarang ini hak milik rakyat peribumi sendiri masih gagal dijaga oleh kerajaan Sarawak bagaimana pula bila sudah diberi kuasa sepenuhnya nanti? Apakah jaminan rakyat Sarawak terbela sekiranya berlaku salahguna kuasa dan hak milik peribumi Sarawak masih dikuasai oleh orang asing yang ada kepentingan dalam negara ini.

Jangan kita cuba lari dari mulut harimau tapi masuk ke dalam mulut buaya, tanpa kita sedari pemainan pihak kapitalis untuk menguasai tanah air Sarawak dengan mengguna isu autonomi sedangkan kerajaan sekarang adalah diperintah oleh rakyat Sarawak sendiri bukannya orang luar.

PAS bersetuju bahawa kerajaan diberi kebebasan untuk mentadbir dengan cara mereka sendiri tetapi jangan biarkan sesiapa menyalahguna kuasa di masa akan datang jika ia terlalu lama memerintah sehingga hak-hak orang asal, hak-hak Islam akan dipinggirkan akibat daripada dasar yang tidak saksama dengan budaya rakyat Sarawak. Siapa yang yang akan berkuasa nanti sekiranya hak milik rakyat peribumi Sarawak terlepas ke tangan pelabur asing @ kapitalis? Fikir-fikirlah..

Sekian, terima kasih.

"Untukmu Sarawak"
"Inilah Penyelesaian Kita"

Dikeluarkan Oleh:

Haji Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

11 Ogos 2016M | 9 Zulqaedah 1437H


English version

Sarawakians should be given their own land ownership not for foreign investors

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) follow closely the issue of recruitment of foreign workers and many workers are not Sarawakians was employed in the oil and gas companies which are getting widely discussed. Basically Sarawak PAS agreed Sarawak government demanding equal rights given to the people of Sarawak to be given priority to work at the company. This matter should be discussed professionally between the company and the Government of Sarawak in a win-win situation so that the company's operations are not disrupted. Millions of ringgit will be lost due to cease operations in a day.

PAS felt that this issue should be viewed holistically. In addition to the issue of many workers of non Sarawakians was taken in the oil and gas company, we also find that there are many skilled and semi-skilled workers from outside employed in farming and industrial sectors as well as foreign professionals in State Government GLC like Sarawak Energy and CMS. The government is also giving priority to foreign investors to use foreign labor to work in their company as they could give the low wages of the local population.

The issue of land ownership to the indigenous Sarawakians, especially the natives of Sarawak also needs to be addressed by the state government apart from the foreign worker permits. Until now many of NCR land changed status to be mixed zone land or government land used by developers and foreign investors to explore the land of the local population.

Sarawak Government should give priority to local and Bumiputera Sarawak before it is given to developers and foreign investors for development. We fear that someday the land and property of Sarawakians will be transferred to the developer @ capitalists and foreign investors who dominate the economy of Sarawak.

Although the state government has plenty of land but how many Sarawakians has ownership given by the Sarawak government to date? Why until now many Sarawakians still do not have their own place of residence and of their own farming place without depending on the government and private companies to develop. Many of Sarawak natives are still live and become squatters on their own land. What is the government doing to these people?

This is what need be looked into as land and forests is under the jurisdiction of state governments is not under the authority of the federal government then it is time for the government of Sarawak exercise their right to help develop the Sarawakians without foreign interference.

Similarly, the issue of higher education how many locals Sarawak are capable of learning at college or private university in the state with a high cost. Although the university was founded in Sarawak by private companies but Sarawakians who are less fortunate can only see from the outside only, and only a handful of Sarawakians are able to study at such private universities.

We urge the state government under the leadership of Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem solve first the issue of Sarawakians who still do not have ownership of the land and to farming from using the land of indigenous peoples to be developed by the developers and foreign investors.

We reserve the right to demand our rights, but do not forget what is in our hands now should be kept entirely not used the opportunity to oppress the people who still need a place to live and a place they make a living by giving priority to foreign investors.

If now the property of their own indigenous peoples still failed maintained by the state government what about when it is fully authorized later? What assurance of Sarawakians is protected in the event of abuse of power and property rights of indigenous people of Sarawak is still dominated by foreigners who have an interest in the country.

Don’t we try to escape of the tiger's mouth, but entered into crocodile's mouth without realizing ploy of the capitalists to dominate Sarawak homeland with an the issue of autonomy while the state government is ruled by Sarawakians is not outsiders.

We agreed that the state be given the freedom to govern with their own way but do not let anyone abuse the power in the future if it is too long ruled until the rights of indigenous peoples, the rights of Islam will be marginalized as a result of the policy that is no equitable with the culture of the people of Sarawak.
Who will rule later if the ownership of the indigenous peoples of Sarawak fell into the hands of foreign investors @ capitalist?

"For you Sarawak"
"This is our solution"

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief