Penduduk Kampung Tukau Jaya Pertahan Hak Tanah Mereka

Kes tanah adat atau (NCR land) semakin hangat diperkatakan di Sarawak. Ada penduduk asal Sarawak yang sudah lama menetap di tanah datuk nenek moyang mereka sejak turun temurun sehingga kini masih lagi tidak diberi hak milik sepenuhnya.

Pada tahun 2014 dalam satu kenyataan akhbar, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan telah melaksanakan fasa kedua program itu, yang melibatkan pengukuran lot individu dalam kawasan yang diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri. Kaji selidik tanah perimeter di bawah 'Inisiatif Baru NCR' kerajaan dijangka siap pada akhir tahun 2015 tetapi sehingga kini masih belum selesai lagi.

Penduduk kampung sudah berpuluh kali memohon tanah untuk tempat kediaman serta tempat mereka bercucuk tanam tetapi sebaliknya pihak koperat atau Syarikat Pembangunan Hartanah dan lain-lain syarikat pula yang dengan mudah memiliki tanah mereka. Kebanyakan penduduk kampung adalah petani dan juga nelayan. Dari hasil pertanian dan menangkap ikan mereka dapat menyara kehidupan harian mereka sekeluarga.

Penduduk kampung sudah mengadu masalah ini kepada pihak SPR (Suruhanjaya Pencegah Rasuah) Malaysia untuk menyiasat bagaimana tanah mereka boleh dimiliki oleh pihak syarikat sedangkan mereka lebih awal menetap disitu sebelum syarikat terbabit memohon tanah tersebut.

Kes tuntutan tanah di Kampung Tukau Jaya sehingga kini semakin meruncing apabila syarikat Parabena Sdn Bhd menyaman dan cuba untuk mengusir atau meminta penduduk kampung mengosongkan tempat kediaman mereka yang sudah berpuluh-puluh tahun mereka tinggal disitu.

Ada 3 orang penduduk di kampung tersebut yang disaman oleh Parabena Sdn Bhd. Mereka ialah Yahya bin Timbon pengerusi Kampung Tukau Jaya, Haslan bin Abu Bakar setiausaha dan Mahari bin Lamat timbalan setiausaha. Mereka telah hadir untuk mendengar saman di Mahkamah Tinggi Miri pada 7 November 2016 pada jam 9 pagi. Tapi malangnya pihak yang mendakwa tidak hadir ke mahkamah.

Menurut pihak terdakwa, pihak pendakwa cuma hadir melalui persidangan video dari Kuching. Mereka yang dikena saman telah dibicara secara bergilir-gilir. Mula-mula mereka memanggil Haslan selepas itu Mahari dan seterusnya Yahya. Mereka sepatutnya dipanggil serentak tetapi persoalannya mengapa mereka dipanggil secara individu dan penduduk kampung tidak dibenar masuk sebagai saksi bersama mereka. Harap kes tanah ini dapat diselesaikan secara baik dan tidak berlaku sebarang unsur yang boleh menjejaskan keharmonian penduduk disitu.

Kalau mengikut perundangan kata Hazlan, keputusan mereka untuk menghalang mahkamah memihak Parabena berjaya sebab pihak pendakwa yang sepatutnya hadir di Mahkamah Tinggi Miri bukan hanya melalui persidangan video dari Kuching. Pada waktu itu ramai penduduk Kampung Tukau Jaya hadir bersama-sama memberi sokongan moral kepada ketiga-tiga terdakwa di Mahkamah Tinggi Miri.

Penduduk kampung Tukau Jaya tidak bersetuju dengan saman Parabena dan akan melantik peguam bagi mewakili penduduk kampung. Perbicaraan selanjutnya ialah pada 12 Disember 2016 di Mahkamah Tinggi di Miri.

Walaupun kes ini masih dalam kes mahkamah, kita mengesa pihak kerajaan dibawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak mengambil tindakan sewajarnya dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung yang masih belum memiliki hak milik tanah supaya kes semacam ini tidak berulang lagi.

Cuba bayangkan kalau penduduk kampung dihalau dari tempat kediaman mereka yang sudah berpuluh tahun mereka duduki, dimana mereka hendak tinggal dan bagaimana dengan nasib anak-anak mereka yang masih memerlukan tempat kediaman yang selesa dan selamat.

Adakah kerajaan mahu mereka jadi setinggan dan hidup merempat di tanahair sendiri? Mereka perlu tempat tinggal yang selesa dan ada tempat untuk mereka menyara kehidupan harian mereka.

Kalau pun pihak syarikat memberi ganti rugi belum tentu kehidupan mereka selesa dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak stabil dan dengan harga rumah yang terlalu mahal serta harga barang keperluan yang tinggi sudah tentu nasib mereka lebih teruk lagi.

Apa yang penduduk kampung perlu adalah tempat tinggal serta tempat mereka boleh bercucuk tanam supaya mereka dapat menyara kehidupan harian mereka.

Pihak pemerintah sekarang perlu memikir nasib rakyat peribumi yang tidak memiliki tanah sendiri bukan hanya memikir kepentingan syarikat-syarikat yang hanya mementingkan keuntungan semata.

Seperti mana kerajaan Sarawak menuntut kuasa atonomi dan hak-hak yang termaktub dalam perjanjian penubuhan Malaysia dari kerajaan pusat begitu jugalah rakyat peribumi yang memohon tanah adat dan
Tanah Temuda datuk nenek moyang mereka juga diberi hak yang sama dan sewajarnya.

Sekali lagi kita memohon pihak kerajaan Sarawak mengambil serius masalah tanah rakyat yang diambil secara tidak sah oleh syarikat-syarikat ini agar dikembalikan semula kepada penduduk peribumi Sarawak. Jangan gadaikan tanah peribumi kepada pelabur asing semata-mata untuk mendapat keuntungan kerana kita tidak mahu dijajah semula seperti apa yang berlaku  sebelum kedatangan penjajah ke Borneo dulu.

Harap pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah tanah penduduk kampung yang sudah lama memohon. Sepatutnya pemohonan penduduk kampung diberi keutamaan dan jangan membiarkan penduduk kampung hidup dalam ketakutan disebabkan status tanah mereka masih tergantung
akibat proses terlalu lama untuk mendapatkan hak milik tanpa sebarang jawaban terutama dari pihak Jabatan Tanah dan Ukur.

Mereka yang bertanggungjawab dalam hal tanah seharusnya tahu siapa pemilik tanah asal dan jangan serahkan kepada mana-mana syarikat tanpa pengetahuan penduduk yang sudah lama menetap disitu.

Rakyat Sarawak sangat mengharapkan  Ketua Menteri Sarawak menunaikan janji untuk memberi keutamaan kepada rakyat luar bandar agar mereka tidak tersingkir dari arus pembangunan dan mereka juga dapat memiliki tanah sendiri dengan kehidupan yang lebih selesa.

Kita mencadangkan agar kerajaan dapat memberi hak milik pemohon tanah terutama kepada peribumi Sarawak yang sudah lama memohon tanah sepatutnya diberi kelulusan segera dengan syarat-syarat yang ketat seperti jangan menjual tanah kepada orang asing atau yang bukan peribumi Sarawak. Mereka ini memerlukan tanah untuk tempat kediaman serta tempat bercucuk tanam.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah tanah rakyat dengan sewajarnya amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

The villagers of Tukau Jaya defends their Land Rights

The case of indigenous lands or (NCR land) is increasingly hot topic in Sarawak. There were Sarawak natives who had long lived in the land of their ancestors since generations until now is still not given full ownership.

In 2014 in a press statement, Second Resource Planning and Environment Minister Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan said the government had implemented the second phase of the programme, which entailed measuring individual lots in areas gazetted under Section 6 State Land Code. The land perimeter survey under the government’s ‘NCR New Initiative’ is expected to be completed by the end of 2015 but until now has not been completed yet.

The villagers have been dozens of times apply for the land for the place of residence and place for their farming but instead the corporate or Property Development Company and other companies are easily possess their lands. Most of the villagers are farmers and fishermen. From agricultural produce and catching fish they can support their family life.

The villagers had already complained to the EC (the Anti-Corruption Commission) Malaysia to investigate how the land can be owned by the company while they were earlier resided there before the companies apply for the land.

Land claims cases of Kampung Tukau Jaya until now became acute when the company of Parabena Sdn Bhd sue and try to drive out or ask the villagers to vacate their premises which have been dozens of years they were lived there.

There were 3 people in the village were summoned by Parabena Sdn Bhd. They are Yahya bin Timbon chairman of Tukau Kampung Jaya, Haslan bin Abu Bakar secretary and Mahari bin Lamat deputy secretary. They were present to hear the suit in the High Court Miri on 7 November 2016 at 9am. But unfortunately those who claim not appear in court.

According to the defendant, prosecutor only present via video conferencing from Kuching. Those who are liable to the summons were put on trial on a rotational basis. At first they called Haslan after that Mahari and next Yahya. They should be called simultaneously, but the question is why they are called individually and villagers were not allowed to enter as a witness along with them. Hope this land cases can be resolved amicably and there was no element that can affect the harmony of residents there.

If according to the legislation Hazlan said, their decision to prevent the court in favor of Parabena successful because prosecutors who supposed to be present at the Miri High Court not only through video conference from Kuching. At that moment many of residents of Kampung Tukau Jaya came together to give moral support to the three defendants in Miri High Court.

Tukau Jaya villagers did not agree with the Parabena summons and will appoint a lawyer to represent the villagers. The next hearing is on December 12, 2016 in Miri High Court.

Although the case is still in court cases, we urge the government under the leadership of Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem, Chief Minister of Sarawak to take appropriate action with the problems faced by the villagers who still do not have land titles so that cases like this do not happen again.

Just imagine if the villagers driven from their homes that they have occupied for decades, where they want to stay and what about the fate of their children that is still need a comfortable place of residence and safe.

Does the government want them to be squatters and homeless in their own homeland? They need a place to stay that is comfortable and there is a place for them to support their daily life.

Even if the company gave compensation for losses their lives is not necessarily comfortable with the current economic situation that is not stable and the price of housing is too expensive and the high prices of essential goods of course their fate even worse.

What the villagers need is a place where they can stay and farming so that they can earn their daily lives.
The authorities now need to think of the fate of the indigenous people which is did not have their own land instead of just thinking the interests of companies are only concerned with profit.

Just as the Sarawak government demanding the power of the autonomy and rights enshrined in the establishment of the Malaysia agreement from the federal government so does the indigenous people applying for customary land and Temuda land of their forefathers were also given the same rights and accordingly.

Once again we ask the state government to take the serious problem of land taken illegally by these companies to be returned to the indigenous people of Sarawak. Do not gamble away the indigenous land to foreign investors purely for profit because we do not want to be colonized again like what happened before the arrival of the colonists to Borneo.

Hope the relevant parties can resolve the land issue of the villager which is has long applied. Is supposed the villagers application are given priority and do not let the villagers live in fear because of their land status still hanging due the process is taking too long to get ownership without any response, particularly from the Department of Lands and Surveys.

Those responsible in the case of land should know who the original owner of the land and do not leave it to any company without the knowledge of the people who had been residing there.

Sarawakians is anxious for Chief Minister of Sarawak to fulfill its promise to give priority to rural people so that they are not marginalized from the mainstream of development and they can also have their own land with a more comfortable life.

We suggest that the government can granting land ownership, especially the Sarawak natives applicant  which has long been applied for land should be given instant approval with strict conditions such as not to sell land to foreigners or non-natives. They need land for residential and farming areas.

Cooperation with relevant parties to solve the problem of land accordingly is highly appreciated.