Sarawak berhak untuk mempunyai syarikat minyak dan gas sendiri


Sejarah ringkas penemuan minyak di Borneo khususnya di Sarawak yang perlu diketahui sebelum ia digunakan secara komersial. Pada bulan Julai 1882, Residen British di daerah Baram telah mencatatkan penemuan minyak.

Beliau mencatatkan penduduk Melayu tempatan menggunakan minyak untuk tujuan perubatan dan untuk menghidupkan lampu minyak serta campuran damar untuk menampal bot atau sampan.

Pada tahun 1909, syarikat minyak, iaitu Anglo-Saxon syarikat asal kepada syarikat Sarawak Shell Berhad hari ini telah diberi hak untuk mengeksploitasi sumber petroleum di seluruh negeri ini.

Pada bulan Ogos 1910, minyak ditemui di perkampungan Miri di atas bukit yang dikenali sebagai bukit Kanada hari ini. Pada mulanya, sebanyak 8 tong minyak sehari telah dihasilkan. Miri boleh dianggap sebagai permulaan industri petroleum komersial di Borneo sebelum merdeka.

Sebelum ianya dikomersialkan penduduk tempatan pada masa itu bebas menggunakannya sebagai bahan untuk kegunaan harian seperti untuk menyala api, perubatan dan menampal bot dan lain-lain.

Selepas berdekad-dekad ia telah dikomersilkan oleh syarikat-syarikat asing dan juga di bawah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) maka sudah tiba masanya untuk kerajaan negeri menubuhkan syarikat sendiri untuk meneroka hasil minyak dan gas untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Kita menyokong penuh hasrat kerajaan Sarawak untuk menubuh syarikat minyak dan gas sendiri tapi pasti ianya bebas dari pengaruh mana-mana parti politik pemerintah dan ianya memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

Pastikan bahawa ahli-ahli politik tidak mengganggu dan mencampuri urusan syarikat minyak dan gas kerana ia perlu diuruskan oleh golongan profesional dan pakar dalam bidang cari gali minyak dan gas. Ramai anak-anak tempatan yang boleh mengurus dan melaksanakan tugas yang berkaitan dalam bidang minyak dan gas ini tanpa terlalu bergantung dengan orang asing.

Kerajaan hanyalah memantau syarikat dan bukannya campur tangan dalam hal ehwal syarikat sehingga menjejaskan urusan syarikat. Apabila ada orang yang mempunyai kepentingan campur tangan dalam syarikat tidak syak lagi akan berlaku penyalahgunaan kuasa dan ketirisan yang akhirnya merugikan rakyat.

Sarawak mempunyai hak untuk mempunyai syarikat minyak & gas sendiri untuk memberi faedah kepada orang-orang yang memerlukan pekerjaan dan ia juga boleh menyumbang kepada pembangunan Sarawak. Kami berharap apabila ia berjaya nanti, janganlah Ali Baba syarikat kerajaan kepada orang asing untuk mengawalnya. Beri keutamaan kepada rakyat tempatan menguasainya dan bebas dari campur tangan asing.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

Sarawak deserved to have its own Oil and Gas Company

A brief history of the discovery of oil in Borneo especially in Sarawak that should be known before it was used commercially.

In July 1882, the British Resident in the Baram district has recorded the discovery of oil. He recorded local Malay population uses oil for medicinal purposes and to turn on the lights as well as oil and resin mixture for patching boat.

In 1909, oil company, namely Anglo-Saxon Origin Company to company of Sarawak Shell Berhad today been given the right to exploit petroleum resources located throughout the state.

In August 1910, oil was found in the village of Miri on a hill known as Canada hill today. Initially, a total of 8 barrels of oil per day were produced. Miri can be regarded as the start of commercial petroleum industry in Borneo before independence.

Before it is commercialized the local population at that time free to use it as material for daily use such as the light up flame, medical and pasting boat and others.

After decades it has been commercialized by foreign companies and also below the government-linked companies (GLCs) then it's time for the state government set up its own company to explore oil and gas revenues to provide job opportunities for the local population.

We fully support the state government's intention to establish its own oil & gas company, but certainly it is free from the influence of any government political party and it benefits the local population.

Make sure that the politicians do not interfere and meddle in the affairs of Oil & Gas Company because it needs to be managed by professionals and experts in the field of oil and gas. Many locals who can manage and perform related tasks in the field of oil and gas without being too dependent on foreigners.

The government is only monitoring the company and not interfering in the affairs of the company until affecting the company affairs If somebody has an interest interventions in the company no doubt there were abuses and leakages that eventually detriment of the people.

Sarawak has the right to have its own Oil & Gas Company to provide benefits to people who need a job and it can also contribute to the development of Sarawak. We hope that when it is successful; do not Ali Baba the government company to foreigners to control it. Give priority to local residents to master it and free of foreign interference.