Sarawak meraikan berbagai kebudayaan dan kepercayaan orang tempatan


Salah satu perayaan yang disambut setiap tahun oleh penduduk tempatan Sarawak ialah Gawai Dayak. Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut oleh kaum pribumi Sarawak, terutamanya kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga masyarakat Dayak di Kalimantan Barat.

Kebanyakan keluarga Dayak masih tinggal di rumah panjang dan sebahagiannya hidup berkelompok di kampung-kampung. Terdapat juga mereka tinggal di bandar-bandar untuk mencari pekerjaan dan sara hidup lain.

Gawai bermakna pesta, Jadi, Gawai Dayak merupakan perayaan sambutan kaum Dayak. Gawai Dayak merupakan hari untuk meraikan Tahun Baru yang menandakan berakhirnya musim menuai dan permulaan tanaman padi musim baru. Ia adalah musim perayaan tradisi dan sosial.

Sarawak sangat unik kerana berjaya menyatukan berbagai kaum, budaya dan kepercayaan. Inilah sikap yang baik untuk semua kaum terutama yang berkaitan dengan adat dan budaya. Dengan adanya perayaan semacam ini, ianya dapat memberi peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk mengenal erti kesatuan dengan menghormati amalan budaya dan kepercayaan masing-masing.

Semoga amalan yang baik ini terus dikekalkan agar masyarat Sarawak yang terdiri dari berbagai kaum dan kepercayaan ini dapat hidup aman dan selamat dari pengaruh budaya asing yang tidak sesuai dengan adat resam dan budaya orang Sarawak.

Seperti yang anda pernah mendengar perkataan “Gayu Guru Gerai Nyamai” menjelang musim perayaan Gawai Dayak, tahukah anda apakah maknanya? Ia sebenarnya bermakna kehidupan yang panjang, kesihatan dan kemakmuran dalam bahasa Iban.  Semasa musim perayaan Gawai Dayak biasanya Tuak akan dihidangkan. Tuak beras ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil “Beras Pulut”.

Kepada kaum Dayak Sarawak yang meraikan perayaan Gawai Dayak, kita ingin menasihatkan mereka yang balik kampung sama ada melalui darat dan air agar berhati-hati. Jangan berebut-rebut ketika anda pulang ke destinasi masing-masing sehingga mengabaikan keselamatan. Jangan minum sambil memandu kerana keluarga di rumah menanti anda dengan penuh kasih sayang.

Selamat Menyambut perayaan Gawai kepada seluruh kaum Dayak dan semoga anda semua balik ke pangkuan keluarga anda dengan selamat.

Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

Sarawak celebrate different cultures and beliefs of the local

One of the festivals which are celebrated every year by the local population in Sarawak is Gawai Dayak.
Gawai Dayak is a festival celebrated by the native people of Sarawak, especially the Iban, Bidayuh and Orang Ulu such as the Kayan and Kenyah, and also the Dayak community in West Kalimantan.

Most of the Dayak families still live in longhouses and partly live clustered in villages. There are also those living in the cities to look for work and other subsistence.

Gawai means fiesta, So, Gawai Dayak is a festival celebration. Gawai Dayak is a day to celebrate the New Year that marked the end of the harvesting season and the start of the new season rice planting. It is a festive season fiestas tradition and social.

Sarawak is very unique because it managed to unite the various races, cultures and beliefs. This is a good attitude to all people especially those related to culture and tradition. With the celebration of this kind, it can give the opportunity to all segments of society to understand the meaning of unity with respect for cultural practices and their respective faiths.

We hope that this good practice be maintained in order for Sarawak community consisting of various races and faiths can live peaceful and safe from the influence of foreign culture that does not comply with the customs and culture of the state.

As you've heard the word "Gayu Guru Gerai Nyamai" during festive season of Gawai Dayak, do you know what does it mean?  It actually means a long life, health and prosperity in the Iban language. During Gawai Dayak festival usually wine will be served. Rice toddy is a drink of Iban people in the past. Usually is made from a type of rice wine called "Glutinous rice".

To Dayak Sarawak who celebrates the Gawai Dayak festival, we would like to advise those who return home either by land and water to be careful. Do not rush when you go home to respective destinations thus ignoring safety. Do not drink while driving as a family at home waiting for you with love.

Happy Gawai Dayak to all and wish you all back to your families safely.

Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief