Beg sekolah berat adalah punca sakit belakang

Sejak zaman kanak-kanak lagi, anak seusia 6 tahun di sekolah rendah dibebani dengan memikul beg sekolah berat sehingga boleh menyebabkan sakit belakang dan masalah kelengkungan tulang belakang akibat setiap hari membawa beg berat ke sekolah.

Masalah kanak-kanak membawa beg berat ke sekolah setiap hari bukanlah sesuatu isu yang baru tetapi ianya adalah masalah lama yang tidak ada penyelesaian sehingga kini. Oleh kerana masalah ini kurang mendapat perhatian dari pihak yang berkenaan, kanak-kanak berisiko tinggi mengalami sakit belakang, leher, bahu dan sakit tulang belakang.

Menurut Pakar Ortopedik dan Pakar Tulang Belakang, kanak-kanak harus membawa beban 1/10 daripada berat badan dan tidak lebih daripada itu. Beliau menambah bahawa disebabkan masalah itu terdapat peningkatan jumlah pesakit tulang belakang di kalangan pelajar sekolah hari ini.

Begitu juga masalah sakit leher dan bahu tidak terkecuali kerana pada masa yang sama potensi dari kesan membawa beg sekolah berat.

Siapa yang tidak bimbang melihat anak-anak kecil yang membawa beg sekolah yang kadang-kadang lebih besar dan lebih berat daripada saiz mereka sendiri? Ibu bapa mana sanggup melihat keadaan ini berterusan? Adakah kita sedar tentang kesan buruk yang dihadapi oleh anak-anak kecil ini?

Menurut saintis yang menjalankan ujian ini, ia membuktikan bahawa membawa beg berat memberi kesan
kepada tulang belakang seorang kanak-kanak, walaupun hanya seberat 4 kilogram (10% daripada berat purata kanak-kanak) hanya dipikul. Mereka menasihatkan bahawa kajian harus dijalankan untuk mengelakkan kanak-kanak ini memikul beg sekolah yang berat setiap hari.

PAS menggesa Kementerian Pendidikan mengkaji semula dan mencari cara terbaik untuk mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh anak kecil di sekolah rendah ini.

Antara cadangan yang boleh kita fikirkan bersama untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggalakkan kanak-kanak sekolah rendah ini menggunakan beg sekolah beroda dan dengan mudah ditarik, dari beg sekolah bahu. Menggunakan laci di sekolah untuk menampung buku teks yang berat. Laci hendaklah dikunci menggunakan kad magnet bersepadu dalam lencana atau Tag nama kanak-kanak jadi mereka tidak lupa membawanya ke sekolah. Guru juga boleh menyimpan "kunci utama" jika kanak-kanak terlupa untuk membawa kunci mereka di sana mereka dapat gunakan kunci pendua.

Mengasingkan buku latihan yang perlu dibawa ke rumah melalui buku teks yang mengandungi pembelajaran. Oleh itu, buku latihan untuk dibawa pulang akan menjadi lebih ringan. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan untuk membantu anak-anak mereka di rumah.

Mungkin kementerian pendidikan atau jabatan pendidikan harus mengkaji kesan beban berat pada kesihatan keseluruhan kanak-kanak. Kita berasa kasihan kerana anak-anak kecil ini terpaksa menanggung beban berat beg itu setiap kali ke sekolah. Mereka harus diberikan kemudahan dan keselesaan untuk pembelajaran mereka dan kesihatan mereka di masa depan tidak akan terjejas.

Kami berharap isu ini dapat ditangani dengan segera supaya anak-anak kita boleh pergi ke sekolah dengan selesa dan kesihatan serta keselamatan mereka terjamin.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

The heavy schoolbag is the cause of back pain

Since childhood, a young as 6 years old in primary school has been burdened by carrying heavy school bags that can cause back pain and the curvature of the spine problems as a result of every day carrying heavy bags to school.

The problem of children carrying heavy bags to school every day is not a new issue but it is an old problem that has no solution until now. Due to this problem has received less attention from the parties concerned, the children are at high risk of having back pain, neck, shoulders, and spine back pain.

According to specialists of Orthopedics and Spine Specialist, children have to carry the burden of 1/10 of the weight and not more than that. He added that due to the problem there was an increase in the number of spinal patients among today's school students.

Similarly, neck and shoulder pain problems are no exceptions as at the same time the potential impact of carrying heavy school bags.

Who does not worry about seeing small children carrying school bags that are sometimes bigger and heavier than their own size? Which parents are willing to see this situation persist? Are we aware of the adverse effects that these young children face?

According to scientists who conducted this test, it proved that carrying heavy bag effects to a child's spine, even though weighing just 4 kilograms (10% of the average weight of children) only shouldered.
They advised that studies should be conducted to avoid these children shouldered a heavy school bags every day.

PAS urged the Education Ministry to review and look for the best way to reduce the burden that the primary school children had to bear.

Among the suggestions we can think together to overcome this problem is by encouraging these primary school children to use wheeled and easily pulled school bags, from shoulder school bag. The school can use drawers at school to accommodate heavy textbooks. Drawers should be locked using an integrated magnetic card in the badge or child tag name so they do not forget to take it to school. Teachers can also keep a "master key" if children forget to bring their keys there they can use duplicate keys.

Separate exercise books that need to be brought home through textbooks containing learning. Therefore, the exercise book to take home will be lighter. Parents also need to play a role to help their children at home.

Perhaps the ministry of education or education department should study the impact of the heavy burden on the overall health of children. We feel pity for the little kids had to bear the heavy burden of the bag each time to the school. They should be given convenience and comfort for their learning and their health in the future will not be affected.

We hope this issue can be addressed immediately so that our children can go to school comfortably and their health and safety are guaranteed.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief

http://pas-miri.blogspot.com