Penduduk kampung sangat memerlukan keperluan asas seperti yang dijanjikan
  
Kampung Bulau, Kampung Mutap dan Kampung Sinop berada dalam daerah Bekenu dalam kawasan parlimen Sibuti. Cara yang terdekat untuk sampai ke kampung-kampung berkenaan adalah melalui sungai dengan menggunakan bot enjin sangkut.

Apabila menggunakan jalan raya jaraknya agak jauh dari pekan Bekenu mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke kampung berkenaan kerana jalan kerikil dan jalan tidak rata melalui pintu masuk ke ladang kelapa sawit.

Pihak kami telah membuat tinjauan ke kampung-kampung berkenaan dan didapati masih lagi ada masalah kekurangan keperluan asas seperti bekalan air bersih.

Penduduk kampung mengadu masalah tiada bekalan air bersih dan jalan masuk masih belum diturap sepenuhnya. Mereka sudah lama memohon dan ada pihak yang berjanji untuk memberi bantuan tapi sampai sekarang masih boleh ditunaikan.

Rata-rata penduduk kampung yang ditemuramah berasa kecewa kerana sudah banyak kali pilihan raya diadakan dengan janji-janji untuk memberi peruntukan menyalurkan bekalan air bersih ke kampung mereka tetapi sehingga kini janji hanya tinggal janji yang tiada kesampaian.

Antara kampung yang tidak mempunyai bekalan air bersih ialah Kampung Mutap dan Kampung Sinop. Mereka terpaksa menggunakan pam air yang disalurkan dari sungai berdekatan dan menggunakan air hujan untuk kegunaan harian.

Air sungai yang keruh dan tidak bersih itu memang tidak baik untuk kesihatan dan mereka juga menghadapi masalah untuk mendapatkan air bersih terutama musim kemarau.

PAS menggesa kerajaan dan pihak-pihak yang berkaitan untuk membekalkan bekalan air bersih dan menyelesaikan jalan tar sepenuhnya ke kampung untuk menyediakan kemudahan asas dan menjaga kesihatan mereka daripada terus bergantung kepada air sungai keruh dan tidak baik untuk kesihatan.

Diharap pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian serta segera bertindak mengatasi masalah rakyat ini dari berterusan. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

The villagers in dire need of basic necessities such as that promised

Kampung Bulau, Kampung Mutap and Kampung Sinop are within Bekenu district in the Sibuti parliamentary constituency

The nearest way to reach the villages is through the river by using an outboard engine boat. When using the road the distance is quite far from Bekenu town takes about 45 minutes to get to the village because of the gravel road and uneven road through the entrance to the palm oil estate.

We have surveyed the villages and found that there is still a shortage of basic needs such as clean water supply.

The villagers complained that there was no clean water supply and the access road was still not fully paved. They have been applying for a long time ago and some have pledged to help but till now cannot be fulfilled.

The average villagers interviewed were disappointed as many elections were held with promises to allocate clean water supply to their village but to date, the promise is only a promise that has not been fulfilled.

Among the villages that have no clean water supply are Kampung Mutap and Kampung Sinop. They had to use water pumps that were channeled from nearby rivers and used rainwater for daily use.

The murky and unclean river water is not good for health and they are also facing problems to get clean water especially during the dry season.

PAS urged the government and relevant parties to supply clean water supply and settle tar roads completely into the village to provide basic facilities and keep their health from continuing to rely on the murky river water and not good for health.

It is hoped that the relevant parties will be able to pay attention and immediately respond to the problems of the people from continuing. Cooperation with the relevant parties is highly appreciated.