Hijrah ke arah perubahan yang lebih baik

Awal Muharram atau Maal Hijrah adalah hari penting bagi umat Islam untuk menandakan peristiwa penting yang terjadi dalam sejarah Islam memperingati penghijrahan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masehi. Acara bersejarah berlaku pada 1 Muharram Tahun Baru untuk kalendar Hijriah. Tetapi tahun hijrah Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah diambil sebagai permulaan perhitungan untuk kalendar Hijrah.

HIJRAH perlu difahami sebagai berpindah dari keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Pada ketika ini, kita dilanda dengan pelbagai ancaman dan agenda yang bertujuan untuk memusnahkan akidah umat Islam, terutamanya di Malaysia. Antaranya serangan terhadap pemikiran seperti liberalisme, pluralisme, sekularisme, dan lain-lain. Adakah kita sensitif atau celik dengan ancaman ini?

Bukan saja serangan dan ancaman akidah tetapi masalah kehidupan rakyat yang semakin terdesak sehingga membebankan kehidupan rakyat seperti masalah kenaikan harga barang harian, GST, dan penyalahgunaan kuasa sehingga kehidupan rakyat semakin tersepit dengan masalah ini.

Oleh itu, kita menyeru kepada semua rakyat bahawa kita perlu berubah dan berusaha untuk berpindah dari keadaan buruk kepada keadaan yang lebih baik dengan menukar sistem yang sedia ada secara keseluruhan dengan sistem Islam yang lebih adil untuk semua.

Dengan kesempatan pada permulaan Muharram ini, Kami menyeru  semua rakyat untuk bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar, terutamanya mengubah sikap orang-orang yang sukar untuk menerima perubahan dari yang buruk ke yang lebih baik.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1439H kepada semua semoga itu kita dapat menikmati kehidupan yang lebih baik daripada hari ini.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

Hijrah towards better change

Awal Muharram or Maal Hijrah is an important day for Muslims for marking the milestones that occurred in the Islamic history of commemorating the migration of Prophet Muhammad Sallallahu 'Alayhi Wa Sallam from Makkah to Medina in 622 AD. The historic event took place at 1 Muharram of the New Year for the Hijri calendar. But the Hijri year of Prophet Muhammad from Makkah to Medina was taken as the beginning of the count for the Hijrah calendar.

HIJRAH should be understood as moving from a bad situation to a better situation. At this juncture, we are stricken with various threats and agendas aimed at destroying the faith of Muslims, especially in Malaysia. Among them are attacks on thought such as liberalism, pluralism, secularism, and others. Are we sensitive or literate with these threats?

Not only attacks and threat of faith but the life problems of the people are increasingly desperate thereby burdening people's lives as issues of rising daily prices, GST, and abuse of power so people's lives are getting caught up in this problem.

Therefore, we call on all the people that we need to change and tried to move away from a bad situation to a better situation by changing the existing system as a whole with the Islamic system fairer for all.

With this opportunity at the beginning of Muharram, we call on all citizens to prepare for a bigger challenge, especially changing the attitudes of people who are difficult to accept change from bad to better.

Happy Maal Hijrah 1439 H to all hope we can enjoy a better life than today.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief