Pesakit
buah pinggang perlu dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU)
Pusat Dialisis Bulan
Sabit Merah Miri memulakan operasi hemodialisis pada 3 Ogos 1996 dengan enam
pesakit sahaja. Pada mulanya pusat ini menerima 37 pesakit baru dan pada 31 Disember
2006, mereka mempunyai 137 pesakit dengan lebih kurang 20 pesakit baru dalam
senarai menunggu.
Statistik terkini,
sejumlah 318 pesakit dan 60 dalam senarai menunggu. Pusat ini menerima purata tiga pesakit baru kegagalan
buah pinggang peringkat akhir “end-stage renal failure (ESRF)” setiap bulan dan jadual rawatan
dialisis pada hari Isnin, Rabu dan Khamis terdapat 3 syif dan pada hari Selasa,
Khamis dan Sabtu 2 syif. Pusat Dialisis Bulan
Sabit Merah Miri adalah antara penerima terbesar pesakit buah pinggang di
Sarawak.
Menurut pegawai
operasi yang bertugas semasa lawatan kami ke pusat tersebut, mereka juga
menerima pesakit pelawat dari Limbang, Lawas, Batu Niah, Bintulu dan lain-lain
yang memerlukan rawatan.
Salah seorang
pesakit buah pinggang yang juga Penyelaras Projek Amal Jariah Usrati, Haji
Mohamad Taha bin Haji Bini telah bertemu dengan kami tentang projek
inisiatifnya bersama isteri dan kawannya untuk membantu pesakit yang memerlukan
bantuan. Beliau berkata ramai pesakit yang memerlukan bantuan terutama golongan
miskin dan pesakit yang kurang berkemampuan. Beliau juga meminta lebih banyak
penderma untuk bersama-sama memberi bantuan kepada pesakit yang memerlukan
rawatan.
Kami telah bertemu
dengan salah seorang pesakit buah pinggang, En Veno Ak Jungai dari RH Johnson
Jangu Seloi Sibuti yang terpaksa berulang-alik menggunakan motosikal sejauh
lebih kurang dua jam perjalanan dari rumahnya ke pusat dialisis Miri.
Dalam keadaan
beliau yang kurang sihat, dia terpaksa menggunakan kenderaannya sendiri kerana
tidak ada pilihan lain sebab pusat dialisis tidak mempunyai perkhidmatan untuk
menghantar pesakit dari luar ke pusat dialisis. Kadang-kadang dia terpaksa
berhenti di tepi jalan jika dia berasa keletihan dan bahkan ketika hujan dia
juga terpaksa mencari tempat teduh sebelum sampai ke pusat dialisis.
Kerajaan perlu
memberi perhatian serius terhadap masalah yang dihadapi oleh pesakit buah
pinggang ini. Hampir semua pesakit buah pinggang memilih hemodialisis kerana ia
dilakukan di hospital atau pusat dialisis manakala dibantu oleh jururawat
terlatih.
Dialisis sebenarnya
tidak menyembuhkan penyakit buah pinggang, tetapi ia menggantikan fungsi buah
pinggang. Oleh itu, pesakit terpaksa menggunakan rawatan ini sepanjang hayatnya
melainkan seseorang ingin melakukan pemindahan buah pinggang.
Pesakit buah
pinggang yang menjalani hemodialisis harus menjalani dialisis tiga kali
seminggu (12 kali sebulan). Setiap dialysis mengambil masa kira-kira empat jam.
Jika tidak menjalani dialisis boleh mengakibatkan kehilangan nyawa apabila
tubuh badan menjadi lemah.
Jadi kami menggesa pihak
kerajaan mengkategorikan pesakit buah pinggang sebagai OKU. Mereka juga
terpaksa bergantung kepada mesin dialisis untuk meneruskan kehidupan seharian
mereka. Mereka sukar untuk perjalanan jauh dari kawasan mereka kerana tanpa
melakukan hemodialisis keadaan kesihatan mereka akan terganggu dan mereka
sepanjang hayat terpaksa menggunakan mesin dialisis kecuali ada seseorang
menderma buah pinggang mereka.
Dengan
pengiktirafan mereka sebagai orang kurang upaya (OKU) sekurang-kurangnya mereka
boleh mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ini dapat mengurangkan beban mereka, terutama mereka yang tidak mempunyai
sumber pendapatan tetap.
Kerajaan juga perlu
menyediakan lebih banyak pusat dialisis terutama bagi mereka yang tinggal jauh
di pedalaman kerana mereka terpaksa berulang-alik ke pusat dialisis dan mengambil
masa yang lama pastinya boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Kami juga ingin
menjemput kepada semua yang berkenaan agar sama-sama boleh membantu
mengurangkan beban pesakit buah pinggang, terutama mereka yang tidak mempunyai
sumber pendapatan tetap dan mereka yang tinggal jauh dari pusat dialisis
seperti Encik Veno yang benar-benar memerlukan bantuan. Jika boleh, berikan
perkhidmatan pengangkutan kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang
yang tinggal jauh dari pusat dialisis dan mereka harus diberi bantuan segera
untuk keselamatan dan kesihatan mereka.
Kerjasama dengan
semua pihak untuk mengatasi masalah ini amatlah dihargai kerana kehidupan
seseorang adalah sangat bernilai tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak
English version
Kidney
patients need to be categorized as disabled
Miri Red Crescent
Dialysis Center initiated hemodialysis on 3 August 1996 with only six patients.
Initially, the center received 37 new patients and on 31 December 2006, they
had 137 patients with approximately 20 new patients on the waiting list.
Latest statistics,
a total of 318 patients and 60 in the waiting list. The center receives an
average of three new end-stage renal failure (ESRF) per month and dialysis
treatment schedule on Monday, Wednesday and Thursday there are 3 shifts and on
Tuesday, Thursday and Saturday are 2 shifts. The Miri Red Crescent Dialysis
Center is among the largest recipients of kidney patients in Sarawak.
According to
operational officers who were on duty during our visit to the center, they also
received visitors from Limbang, Lawas, Batu Niah, Bintulu and others who needed
treatment.
One of a kidney
patient who is also the Coordinator of Jariah Usrati Charity Project, Haji
Mohamad Taha bin Haji Bini has met with us about his initiative project with
his wife and friends to help patients who need help. He said many patients
needed help, especially the poor and the less fortunate. He also asked more
donors to help provide assistance to patients who needed treatment.
We have met one of
the kidney patients, En Veno Ak Jungai of RH Johnson Jangu Seloi Sibuti who had
to commute using a motorcycle as far as the approximately two-hour ride from
his home to the Miri dialysis center.
In his unhealthy
condition, he had to use his own vehicle because there was no other option
because the dialysis center had no service to send the patient from the outside
to the dialysis center. Sometimes he had to stop by the roadside if he felt
tired and even when it was raining he had to look for a shade before reaching
the dialysis center.
The government
should pay serious attention to the problems faced by these kidney patients.
Almost all kidney patients choose hemodialysis as it is done in a hospital or
dialysis center while assisted by trained nurses.
Dialysis does not
actually cure kidney disease, but it replaces kidney function. Therefore,
patients are forced to use this treatment throughout their lifetime unless
someone wants to do kidney transplantation.
Each kidney patient
undergoing hemodialysis should undergo dialysis three times a week (12 times a
month). Each dialysis takes about four hours. If not undergone dialysis can
result in loss of life when the body becomes weak.
So we urge the
government to categorize kidney patients as disabled (OKU). They also had to
rely on dialysis machines to continue their daily lives. They are difficult to
travel far from their area because without doing hemodialysis their health
condition will be disturbed and they are lifelong forced to use dialysis
machines unless someone is donating their kidneys.
With their
recognition as disabled at least, they can be financial assistance from the
Social Welfare Department (SWD). This can alleviate their burden, especially
those with no fixed income source.
The government
should also provide more dialysis centers especially for those who live far
inland because they had to commute to the dialysis center and take a long time
can certainly affect their health.
We would also like
to invite everyone to work together to help reduce the burden of kidney
patients, especially those who have no fixed income source and those who live
far away from dialysis centers such as Mr. Veno who really need help. If
possible, provide transportation services to patients suffering from kidney
failure who lives far from those centers and they should be given immediate
assistance by taking care of their safety and health.
Cooperation with
all parties to address this issue is greatly appreciated because someone's life
is very valuable, regardless of race, religion and political affiliation.
0 Comments Received
Post a Comment