PAS mengalu-alukan mengisi kekurangan guru mata pelajaran Pendidikan Islam di Sarawak

Sarawak Population

Kekurangan guru Pendidikan Islam terutamanya mereka yang mengajar di Sarawak perlu dipenuhi dengan segera supaya anak-anak Muslim mendapat pendidikan Islam yang sempurna.

PAS mengalu-alukan guru Pendidikan Islam dari Semenanjung untuk terus berkhidmat di Sarawak, terutamanya untuk anak-anak Muslim di Sarawak yang memerlukan bimbingan dalam mata pelajaran pendidikan Islam.

Mereka datang ke Sarawak sebagai memenuhi kehendak dasar pendidikan negara yang mengajar anak-anak Muslim untuk memahami dan mengamalkan Islam, adab, etika dan cara hidup Islam supaya menjadi muslim yang lebih baik lagi.

Mungkin ada salah faham tentang makna dakwah seolah-olah memaksa orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam itulah sebabnya orang berfikir guru agama Islam datang ke Sarawak menyasarkan untuk berdakwah kepada orang bukan Islam untuk memaksa mereka untuk memeluk Islam.

Di Malaysia, biarpun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, penganut-penganut agama lain masih lagi bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Hal kebebasan beragama ini diperuntukkan dalam "Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan".

Kebebasan agama diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal 11 menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agamanya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata isu yang berkaitan agama dan bangsa perlu ditangani secara lebih berhati-hati.

Maka itu kata beliau, jika dalam konteks pendidikan agama untuk anak-anak beragama Islam, maka guru pendidikan berkenaan seharusnya menumpukan untuk mendidik pelajar dalam bidang Islam dan bukan luar daripada konteks itu.

Sebelum ini Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menasihatkan guru agama Islam dari Kelantan dan Terengganu tidak pulang ke Semenanjung buat sementara, sebaliknya terus menabur bakti di Sabah dan Sarawak kerana bekalan guru agama yang mendesak di kedua-dua negeri.  PAS Mengalu-alukan usaha Kementerian Pendidikan Menampung Kekurangan Guru Pendidikan Islam di Sarawak.

PAS menyeru kerajaan Sarawak untuk terus memberi perhatian kepada Islam di Sarawak kerana orang Islam di Sarawak masih memerlukan lebih banyak pusat pendidikan Islam. Melatih dan mengajar pelajaran Islam kepada pelatih dari Sarawak untuk mengisi kekosongan supaya pendidikan Islam di Sarawak berjalan lancar dan tidak ketinggalan dari negeri-negeri lain.

Selepas ramai guru Pendidikan Islam terlatih dari Sarawak dapat mengisi kekosongan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di Sarawak maka guru-guru dari Semenanjung boleh kembali ke tempat asal mereka selepas guru-guru Pendudikan Islam Sarawak dapat memenuhi keperluan yang ada.

PAS menyeru umat Islam di Sarawak untuk bersatu dan menyokong perkara-perkara yang baik untuk masyarakat Islam, ini tidak bermakna kita mahu berkonfrontasi dengan agama-agama lain. Umat Islam yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar sudah pasti menjadi warga yang lebih baik dalam menjaga keharmonian masyarakat majmuk di Sarawak ini. Islam mengajar kita untuk berbaik-baik dengan sesama insan tanpa mengira bangsa, warna dan agama.


Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

PAS welcomes fill the shortage of teachers of Islamic education in Sarawak

Lack of teachers in Islamic education subjects especially those who teach in Sarawak need to be filled immediately so that Muslim children receive a perfect Islamic education.

PAS welcomes teachers of Islamic education subjects from the Peninsular to continue serving in Sarawak, especially for Muslim children in Sarawak who still need Islamic knowledge.

They come to Sarawak to meet the requirements of the nation's education policy which teaches Muslim children to understand and practice Islam, manners, ethics and Islamic way of life to become a better Muslim.

There may be misconceptions about the meaning of da'wah as if forcing non-Muslims to embrace Islam that is why people think Islamic religious teachers come to Sarawak is aiming to preach to non-Muslims to compel them to embrace Islam.

In Malaysia, although Islam is recognized as the religion of the Federation in accordance with Article 3 (1) of the Federal Constitution, other faiths are still free to embrace and practice their religion. This freedom of religion is provided in Article 11 of the Federal Constitution.

Religious freedom enshrined in the Malaysian Constitution. Firstly, Clause 11 stipulates that everyone has the right to declare and exercise their religion and (subjects to the law prevent the spread of other religions to Muslims.) to disseminate it.

The minister of Welfare, Community Welfare, Women, Family and Child Development Dato Sri Fatimah Abdullah said issues related to religion and race should be addressed more carefully.

Therefore, she said, if in the context of religious education for Muslim children, the education teacher should focus on educating students in the field of Islam and not beyond that context.

Earlier, Education Minister Dr Maszlee Malik advised Muslim teachers from Kelantan and Terengganu to temporarily return to the peninsula, but instead continued to serve in Sabah and Sarawak for the urgent supply of religious teachers in both states. PAS welcomes the efforts of the Ministry of Education to cope with the lack of Islamic Education Teachers in Sarawak.

PAS calls on the Sarawak government to continue to pay attention to Islam in Sarawak as Muslims in Sarawak still need more Islamic education centers. Train and teach Islamic lessons to trainees from Sarawak to fill vacancies so that Islamic education in Sarawak goes smoothly and does not fall behind from other states.

After many trained Islamic teachers from Sarawak can fill the vacancy to teach Islam in Sarawak then teachers from the Peninsula can return to their origin place after Sarawak Islamic teachers can meet existing requirements.

PAS calls on Muslims in Sarawak to unite and support good things for the Muslim community, this does not mean we want to confront with other religions. Muslims who practice the true teachings of Islam will surely become better citizens in maintaining the harmony of the plural society in Sarawak. Islam teaches us to be kind to one another regardless of race, color and religion.