Berat beg sekolah mendatangkan mudarat untuk murid

Buku teks, buku aktiviti sekolah, alat tulis, buku kerja, pakaian seragam sekolah agama dan kokurikulum, bekalan makanan dan minuman boleh menyebabkan kesihatan kanak-kanak sekolah terjejas dengan beban berat yang mereka bawa.

Kanak-kanak sekolah terpaksa mendaki tangga setiap hari dengan beg berat 10 kg atau lebih, lima hari seminggu. Itulah senario 'terpaksa' yang dihadapi oleh anak-anak sekolah rendah hari ini.

Walaupun negara kita masih buat kajian, sekolah di luar negara, termasuk di India dan Australia, telah lama mengeluarkan garis panduan untuk guru dan ibu bapa mengatasi masalah beg berat ke sekolah. Singapura, telah lama menetapkan berat beg ke sekolah tidak boleh melebihi 10 atau 15 peratus berat pelajar. Peraturan dibuat berdasarkan alasan mengelakkan kanak-kanak sekolah daripada cedera.
Kesan mengangkat beg sekolah berat boleh menyebabkan kesakitan pada sendi yang terlibat, letih, tidak selesa, beg sekolah yang terlalu berat menyebabkan ketegangan pada otot bahu dan leher. Perubahan kepada gaya berjalan dan postur badan yang salah akan menyebabkan kesakitan di sendi lutut.

Image result for isu beg sekolah beratPaha akan melecet jika kanak-kanak sering berjalan sambil membongkok ke hadapan untuk menyokong berat badan di belakang. Kedudukan postur badan yang tidak betul untuk menampung berat beg sekolah akan memberi tekanan pada tulang belakang dan menyebabkan sakit belakang.

Dalam perkembangan sains dan teknologi hari ini, kerajaan sepatutnya mengambil langkah yang lebih maju dengan memperkenalkan penggunaan komputer atau komputer riba untuk mengurangkan penggunaan buku teks.  Penggunaan buku latihan juga dapat dikurangkan dengan menggunakan komputer kerana mereka tidak perlu menggunakan buku latihan lagi. Walau bagaimanapun latihan untuk menulis menggunakan pensil masih diperlukan supaya mereka tidak janggal untuk menulis kemudian.

Mungkin penggunaan komputer di sekolah Malaysia masih minimum tetapi mungkin untuk jangka panjang kerajaan perlu merancang supaya beban yang ditanggung oleh anak-anak sekolah boleh dikurangkan supaya tidak membebankan mereka bukan sahaja beg sekolah berat tetapi sistem pendidikan perlu dikaji semula agar sesuai dengan suasana semasa.

Mungkin ini adalah cara terbaik bukan sahaja untuk mengurangkan beban membawa beg sekolah berat tetapi juga kanak-kanak sekolah dengan senang hati pergi ke sekolah dengan suasana yang menarik untuk belajar.

PAS menggesa kementerian pendidikan, pendidik dan ibu bapa untuk memainkan peranan dalam menangani beban beg sekolah berat dan boleh diatasi dengan cara yang terbaik supaya murid-murid sekolah terutamanya sekolah rendah tidak membawa beg berat ke sekolah lagi.

Kerjasama dan perhatian dari pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

The weight of the school bag brought harm to the students

Textbooks, school activities books, stationery, workbooks, religious school uniforms and co-curriculum, food and beverage supplies can cause school children's health is affected with the heavy loads they carry.

Schoolchildren are forced to climb stairs daily with a heavy bag of 10 kg or more, five days a week. That is the 'forced' scenario faced by primary school children today.

Although our country is still researching, overseas schools, including in India and Australia, have long issued guidelines for teachers and parents overcoming heavy bag problems to school. Singapore has set the bag weight to school should not exceed 10 or 15 percent weight of the students. Rules are made on the grounds of avoiding school children from injuries.

Changes to the running style and incorrect body posture will cause pain in the knee joint. A thigh will be abrasions if children often walk while bending forward to support the weight on the back. Improper body posture position to accommodate the weight of the school bag will put pressure on the spine and cause back pain.

In today's world of science and technology advancement, it is supposed that the government can take a more advanced step by introducing the use of computers or laptops to reduce the use of textbooks.  The use of exercise books can also be reduced by using a computer because they do not have to use the exercise book anymore. However training for writing using a pencil is still needed so they are not awkward to write later.

Perhaps the use of computers in Malaysian schools is still minimal but may be for the long term the government needs to plan so that the burden borne by the schoolchildren can be reduced so as not to burden them, not only heavy school bags but the educational system needs to be reviewed to match with the current atmosphere.

Perhaps this is the best way of not only reducing the burden of carrying heavy school bags, but schoolchildren are happy to go to school with an interesting atmosphere to learn.

PAS urged education ministries, educators and parents to play a role in addressing the burden of heavy school bag and can be overcome in the best possible way so that schoolchildren especially primary schools do not carry heavy bags to school anymore.

Cooperation and attention of the relevant authorities to address this issue are greatly appreciated.