Berat
beg sekolah mendatangkan mudarat untuk murid
Buku teks, buku aktiviti
sekolah, alat tulis, buku kerja, pakaian seragam sekolah agama dan kokurikulum,
bekalan makanan dan minuman boleh menyebabkan kesihatan kanak-kanak sekolah
terjejas dengan beban berat yang mereka bawa.
Kanak-kanak sekolah terpaksa
mendaki tangga setiap hari dengan beg berat 10 kg atau lebih, lima hari
seminggu. Itulah senario 'terpaksa' yang dihadapi oleh anak-anak sekolah rendah
hari ini.
Walaupun negara kita masih
buat kajian, sekolah di luar negara, termasuk di India dan Australia, telah
lama mengeluarkan garis panduan untuk guru dan ibu bapa mengatasi masalah beg
berat ke sekolah. Singapura, telah lama menetapkan berat beg ke sekolah tidak
boleh melebihi 10 atau 15 peratus berat pelajar. Peraturan dibuat berdasarkan alasan
mengelakkan kanak-kanak sekolah daripada cedera.
Kesan mengangkat beg sekolah
berat boleh menyebabkan kesakitan pada sendi yang terlibat, letih, tidak
selesa, beg sekolah yang terlalu berat menyebabkan ketegangan pada otot bahu
dan leher. Perubahan kepada gaya berjalan dan postur badan yang salah akan
menyebabkan kesakitan di sendi lutut.
Paha akan melecet jika
kanak-kanak sering berjalan sambil membongkok ke hadapan untuk menyokong berat
badan di belakang. Kedudukan postur badan yang tidak betul untuk menampung
berat beg sekolah akan memberi tekanan pada tulang belakang dan menyebabkan
sakit belakang.
Dalam perkembangan sains dan
teknologi hari ini, kerajaan sepatutnya mengambil langkah yang lebih maju
dengan memperkenalkan penggunaan komputer atau komputer riba untuk mengurangkan
penggunaan buku teks. Penggunaan buku
latihan juga dapat dikurangkan dengan menggunakan komputer kerana mereka tidak
perlu menggunakan buku latihan lagi. Walau bagaimanapun latihan untuk menulis menggunakan
pensil masih diperlukan supaya mereka tidak janggal untuk menulis kemudian.
Mungkin penggunaan komputer
di sekolah Malaysia masih minimum tetapi mungkin untuk jangka panjang kerajaan
perlu merancang supaya beban yang ditanggung oleh anak-anak sekolah boleh
dikurangkan supaya tidak membebankan mereka bukan sahaja beg sekolah berat
tetapi sistem pendidikan perlu dikaji semula agar sesuai dengan suasana semasa.
Mungkin ini adalah cara
terbaik bukan sahaja untuk mengurangkan beban membawa beg sekolah berat tetapi
juga kanak-kanak sekolah dengan senang hati pergi ke sekolah dengan suasana
yang menarik untuk belajar.
PAS menggesa kementerian
pendidikan, pendidik dan ibu bapa untuk memainkan peranan dalam menangani beban
beg sekolah berat dan boleh diatasi dengan cara yang terbaik supaya murid-murid
sekolah terutamanya sekolah rendah tidak membawa beg berat ke sekolah lagi.
Kerjasama dan perhatian dari
pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak
English version
The
weight of the school bag brought harm to the students
Textbooks, school
activities books, stationery, workbooks, religious school uniforms and
co-curriculum, food and beverage supplies can cause school children's health is
affected with the heavy loads they carry.
Schoolchildren are
forced to climb stairs daily with a heavy bag of 10 kg or more, five days a
week. That is the 'forced' scenario faced by primary school children today.
Although our
country is still researching, overseas schools, including in India and
Australia, have long issued guidelines for teachers and parents overcoming
heavy bag problems to school. Singapore has set the bag weight to school should
not exceed 10 or 15 percent weight of the students. Rules are made on the
grounds of avoiding school children from injuries.
Changes to the
running style and incorrect body posture will cause pain in the knee joint. A
thigh will be abrasions if children often walk while bending forward to support
the weight on the back. Improper body posture position to accommodate the weight
of the school bag will put pressure on the spine and cause back pain.
In today's world of
science and technology advancement, it is supposed that the government can take
a more advanced step by introducing the use of computers or laptops to reduce
the use of textbooks. The use of
exercise books can also be reduced by using a computer because they do not have
to use the exercise book anymore. However training for writing using a pencil
is still needed so they are not awkward to write later.
Perhaps the use of
computers in Malaysian schools is still minimal but may be for the long term
the government needs to plan so that the burden borne by the schoolchildren can
be reduced so as not to burden them, not only heavy school bags but the
educational system needs to be reviewed to match with the current atmosphere.
Perhaps this is the
best way of not only reducing the burden of carrying heavy school bags, but schoolchildren
are happy to go to school with an interesting atmosphere to learn.
PAS urged education
ministries, educators and parents to play a role in addressing the burden of
heavy school bag and can be overcome in the best possible way so that
schoolchildren especially primary schools do not carry heavy bags to school
anymore.
Cooperation and
attention of the relevant authorities to address this issue are greatly
appreciated.
Read more...