Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
2019 mengeluh terpaksa beratur panjang
MIRI: Ramai Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 yang
dulu dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) meluahkan perasaan tidak
puas hati cara pengagihan BSH sekarang. Mereka terpaksa berpusu-pusu datang ke
Bank Simpanan Nasional (BSN) semata-mata untuk mendapatkan BSH tersebut
walaupun terpaksa beratur panjang dan lama menunggu.
Ada juga
penerima BSH membawa keluarga mereka dari jauh seperti dari pedalaman atau
kawasan luar bandar yang terpaksa membawa anak-anak kecil mereka ke tempat
tersebut. Mereka mengadu masalah mereka yang terpaksa mengisi borang dan
beratur panjang untuk mendapatkan BSH. Mereka berkata sebelum ini, mudah untuk
mengeluarkan wang tunai untuk mendapatkan BSH tetapi sekarang mereka terpaksa
pergi ke cawangan BSN untuk menuntut wang tunai BSH.
Bagi
mereka yang tiada akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik
akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan
akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH)
2019. Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang mengalami masalah
pengkreditan secara terus ke akaun bank masing-masing boleh menuntut secara
tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Inilah
antara punca mengapa orang ramai berpusu-pusu ke BSN untuk mendapatkan BSH
apabila hanya BSN saja dibenarkan mengeluarkan BSH. Sebelum ini, mereka terus menerima dalam
akaun masing-masing tetapi kini mereka terpaksa mengisi borang dan beratur
panjang untuk mendapatkan BSH.
Kami
menggesa kerajaan untuk memulihkan cara pengagihan Bantuan Sara Hidup (BSH)
2019 dengan lebih cekap berbanding sebelum ini, bukan sebaliknya, walaupun
kerajaan telah berubah. Pengagihan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 perlu lebih
sistematik dan lebih cekap untuk memudahkan penerima tanpa memerlukan beratur
panjang hanya untuk mendapatkan RM300.
Kami
sangat bersimpati dengan nasib penerima BSH yang datang dari jauh yang terpaksa
menunggu lama dan seseorang yang terpaksa bermalam kerana mereka tidak mendapat
BSH tepat pada masanya kerana terlalu banyak orang menunggu giliran mereka.
Kami
berharap kerajaan dapat mengagihkan BSH dengan cara yang lebih baik supaya
masalah mereka yang datang dari jauh bukan sahaja datang dengan tangan kosong
dan terpaksa berbelanja lebih hanya untuk mendapatkan BSH.
Semoga
masalah ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin dan penerima yang layak ia
perlu diberi keutamaan. Kerjasama dengan semua pihak yang terlibat amat
dihargai.
Jofri
Jaraiee
Pesuruhjaya
PAS, Sarawak
English
version
The Living Aid Recipient (BSH)
2019 complained of having to queue long
MIRI:
Many The Living Aid Recipient (BSH) 2019 formerly known as the 1Malaysia
People's Aid (BR1M) expressed their dissatisfaction with BSH's current
distribution. They had to go to the Bank Simpanan Nasional (BSN) simply to get
the BSH, despite long queues and long waiting.
There
are also BSH recipients bringing their families from as far away such as from
inland or rural areas who had brought their small children to the venue. They
complained of the problems they had to fill in the form and queue up to get BSH.
They said before this it's easy to issue cash to get the BSH but now they had
to go to BSN branch to claim the BSH cash.
This is
one of the reasons why people go to BSN to get BSH when only, BSN, is allowed
to issue BSH.Before this, they continue to receive in their accounts, but now
they had to fill in forms and queuing to get BSH.
We urge
the government to revive the way of the Living Assistant (BSH) 2019
distribution with more efficient than before, not the opposite, even though the
government has changed. The distribution of the Living Assistant (BSH) 2019
should be more systematic and more efficient to facilitate recipients without
the need for long queue just to get RM300.
We are
very sympathetic to the fate of the BSH receiver coming from far away who had
to wait a long time and for someone who had to spend the night because they
won't get BSH on time because too many people were waiting for their turn.
We are
hoping the government can distribute the BSH with a better way so that the problems
of those who came from far away not only came up with empty handed and had to
spend more just to get the BSH.
0 Comments Received
Post a Comment