Gunakan
daftar pemilih automatik untuk pilihan raya umum Sarawak
PAS Sarawak
mengalu-alukan Parlimen Malaysia meluluskan Rang Undang-undang (Pindaan) 2019,
di Dewan Rakyat pada hari Selasa lalu dengan membenarkan rakyat mendaftar
secara automatik apabila mereka mencapai usia 18 tahun. Parlimen Malaysia pada
Selasa juga meluluskan cadangan pindaan terhadap Rang Undang-Undang
Perlembagaan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18
tahun.
PAS Sarawak juga
yakin dengan kemudahan teknologi hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mudah
memuat naik data pendaftar dari data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan
cepat dan SPR boleh meningkatkan ketepatan pengundi pada masa pemilihan.
Selama ini, data
pengundi diuruskan oleh SPR sebagai badan bebas dalam pilihan raya, yang
bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan daftar itu tepat, telus, lengkap,
bersih dan terkini.
Dengan menggunakan
data secara langsung atau dalam talian dari JPN, ia akan memudahkan tugas SPR
selain menentukan lokasi tempat mengundi dengan menggunakan alamat dalam MyKad
yang dikeluarkan dari JPN.
Ini akan memudahkan
warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas, boleh mengundi
berdasarkan alamat di MyKad dan apa yang penting sekarang bahawa mana-mana
pengundi yang berpindah atau bekerja di tempat-tempat baru harus mengemaskin
alamat mereka dengan JPN untuk memudahkan SPR mengemaskini tempat pengundian
mereka nanti.
Data terkini dari
JPN akan membolehkan SPR mengemaskini alamat pengundi dan mereka hanya perlu
melakukan beberapa perkara teknikal untuk memudahkan pengundi ketika datang
untuk mengundi kemudian.
Kami harap kerajaan
Sarawak akan berpeluang menggunakan kemudahan ini apabila tiba pilihan raya
umum ke-12. Hanya setahun lebih kepada SPR untuk menyediakan dan mengemaskini
data terkini bagi memberi peluang kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas
untuk mengundi.
Kerjasama dengan
SPR dan JPN untuk memberi peluang kepada pengundi 18 tahun ke atas untuk
mengundi dalam masa terdekat amat dihargai.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS,
Sarawak
English version
Use
the automatic electoral roll for the Sarawak general election
Sarawak PAS
welcomes Malaysia's parliament to approve the Bill (Amendment) Bill 2019, at the
Dewan Rakyat on Tuesday by allowing citizens to register automatically when
they reach the age of 18. The Malaysian parliament on Tuesday also approved the
proposed amendments to the Constitution Bill to lower the voting age limit from
21 to 18 years.
PAS Sarawak is also
confident that with today's technology facilities, the Election Commission (EC)
can easily upload registrar data from the National Registration Department
(NRD) fast and the EC can increase the accuracy of voters at the time of the polls.
All this while,
voter data managed by the EC as an independent body in the elections, which are
solely responsible for ensuring that the register is accurate, transparent,
complete, clean and up to date.
By using the data
directly or online from the NRD, it will simplify the EC's duties besides
defining the location of the polling place by using the address in MyKad issued
from NRD.
This will
facilitate citizens who have reached the age of 18 and above, can vote based on
the address at MyKad and what is important now that any voters who move or work
in new places should update their address with NRD to facilitate EC to update
their voting place later.
The latest data
from NRD will enable the EC to update the voter's address, and they just need
to do some technical things to facilitate voters when it comes to voting later.
We hope the Sarawak
government will have the opportunity to use this facility when it comes to the
12th general election. It is only a year for the EC to prepare and update the
latest data to give an opportunity to those aged 18 and above to vote.
Collaboration with
the EC and NRD to provide an opportunity for voters 18 years and above to vote
in the near future is highly appreciated.
0 Comments Received
Post a Comment