Hari
kemerdekaan Sarawak, rakyat hidup dalam kemakmuran
Hari Kemerdekaan
Sarawak (juga dikenali sebagai Hari Sarawak) adalah hari perayaan yang sambut
pada 22 Julai setiap tahun oleh negeri
Sarawak di Malaysia, meraikan penubuhan kerajaan sendiri dan kemerdekaan de
facto pada 22 Julai 1963.
Sarawak telah
diberikan mandat sendiri pada 22 Julai 1963, dengan jangkaan bahawa ia akan
membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September pada tahun yang sama.
Dikatakan bahawa sebelum upacara pada 22 Julai 1963, Gubernur Koloni yang
terakhir, Alexander Waddell meninggalkan Astana dan menaiki sampan putih untuk
menyeberangi Sungai Sarawak, kemudian menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada
rakyat Sarawak.
Oleh itu, ini
adalah hari bersejarah bagi rakyat Sarawak selepas begitu lama dijajah oleh
"British Colony Crown". Rakyat berbilang kaum, etnik, budaya dan
agama di Sarawak boleh hidup dengan aman tanpa gangguan.
Kita boleh
bekerjasama dan hidup harmoni walaupun mereka mempunyai bahasa, budaya, dan
agama yang berlainan. Inilah keunikan rakyat Sarawak yang mempunyai pelbagai
kaum dan agama boleh hidup dengan aman dan makmur.
Sarawak boleh
menjadi contoh bagi negara-negara lain yang berbilang kaum, bahasa dan agama
bahawa di Sarawak rakyat boleh hidup aman damai seperti dalam suatu keluarga
yang besar.
Sekarang, fasa
penting bagi semua rakyat Sarawak terus bersatu. Tolak budaya fitnah, memprovokasi,
menghasut dan perkauman yang dibawa oleh kumpulan tertentu.
Begitu juga dengan
budaya politik yang melampau, pelanggaran janji, chauvinisme, skandal seks,
skandal rasuah, dan semua kepentingan peribadi untuk merampas kedudukan dengan
memasang kroni.
Kami mahu Sarawak
bebas daripada budaya asing yang melampau yang tidak sesuai dengan budaya
tempatan yang mempraktikkan keharmonian dan saling menghormati antara satu sama
lain.
Selamat menyambut
perayaan Hari Sarawak kepada semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, agama dan
fahaman politik.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
English version
Sarawak
Independence Day, the people live in prosperity
Sarawak
Independence Day (also known as Sarawak Day) is a celebration day celebrated on
July 22 each year by the state of Sarawak in Malaysia, to celebrate the
establishment of self-government and de facto independence on 22 July 1963.
Sarawak was given
its own mandate on 22 July 1963, with the expectation that it would form the
Federation of Malaysia on 16 September of the same year. It is said that before
the ceremony on 22 July 1963, Alexander Waddell, the last Governor of the
Colony left the Astana and boarded a white sampan to cross the Sarawak River,
then handed the administration of Sarawak to the Sarawakian citizens.
Hence, this is a
historic day for the people of Sarawak after so long been colonized by the
"British Colony Crown." People of different races, ethnicities,
cultures, and religions Sarawak can live in peace without provocation.
We can work
together and live harmoniously even though they have different languages,
cultures, and religions. This is the uniqueness of the people of Sarawak who
have various races, and religions can live in peace and prosperity.
Sarawak can be an
example for other countries of different races, languages, and religions that
in Sarawak the people can live peacefully as in a large family.
Now, the important
phase for all the people of Sarawak to remain united. Reject the culture of
slander, provoke, incite and racism brought by certain groups.
Similarly with
extreme political culture, breach of promises, chauvinism, sex scandals, bribes
scandals, and all personal interests to seize positions by installing cronies.
We want Sarawak to
be totally free from extreme foreign cultures that do not fit in with local
cultures that practice harmonious and mutual respect to each other.
Happy Sarawak
Independence Day to all the people of Sarawak, regardless of race, religion and
political affiliation.
0 Comments Received
Post a Comment