Penduduk
asal masih tidak mempunyai Mykad
Masalah penduduk
Sarawak yang tinggal di kawasan luar bandar serta bertaburan dan jauh dari
pusat bandar menjadikan mereka sukar untuk memiliki kad pengenalan atau MyKad
termasuk sijil kelahiran.
Masalah ini
menyebabkan ramai orang yang berhak untuk mendapatkan bantuan kerajaan terpaksa
hidup dalam keadaan yang tidak menentu kerana mereka dianggap bukan
warganegara. Sebahagian daripada mereka terpaksa hidup seperti pendatang tanpa
izin yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Manakala warga
asing yang tidak pandai berbahasa Melayu dan tidak tahu asal-usul mereka boleh
diberikan kewarganegaraan, kerajaan perlu memberi perhatian kepada nasib
orang-orang asal dengan memberikan mereka keutamaan sebagai warganegara yang
sah.
Kami menerima aduan
tentang nasib salah seorang penduduk di rumah Bedari, Sungai Keladan, Tatau,
Bintulu yang tinggal di rumah panjang. Nama
pengadu, Rantai Anak Balang yang mengadu kepada pihak kami sehingga kini dia
tidak diberikan MyKad kerana dia tidak memiliki dokumen peribadi.
Menurut beliau,
isteri dan anak-anaknya memiliki kad pengenalan diri dan sijil surat beranak
sedangkan dia sebagai ketua keluarga tidak dapat memiliki MyKad. Dia ada bukti
yang dia memang asal penduduk di situ dengan pengesahan dari ketua rumah
panjang.
Menurutnya lagi,
sebelum ini beliau telah meminta bantuan daripada kawan-kawannya tetapi pihak
JPN masih tidak dapat membantu beliau walaupun telah dijanjikan bahawa
permohonannya akan diproses.
Beribu-ribu ringgit
telah dibelanjakan semata-mata untuk MyKad, beliau juga meminta bantuan dari
mereka yang bekerja di jabatan kerajaan untuk mendapatkan MyKad tetapi masih
gagal dan hanya mengecewakan kerana tiada apa yang dapat dilakukan.
Kami menggesa
kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Sarawak untuk
melakukan sesuatu untuk membantu rakyat Sarawak yang tidak mempunyai kad
pengenalan diri diberi hak sebagai warganegara Malaysia.
Bantulah mereka
mendapatkan hak mereka dengan memudahkan urusan mereka, walaupun mereka tidak
mempunyai dokumentasi lengkap. Mereka juga berhak untuk diiktiraf sebagai
warganegara kerana keturunan mereka telah lama tinggal di pedalaman Sarawak.
Kerjasama dengan
pihak berkuasa yang berkaitan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam
menyelesaikan masalah ini sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
English version
The
original inhabitants still do not have Mykad
The problem of
Sarawakians living in rural areas as well as scattered and far from the City
Center makes it difficult for them to have their identity card or MyKad
including birth certificate.
This problem has
caused many people who are entitled to government assistance to live in
uncertain circumstances because they are considered non-citizens. Some of them
have to live like illegal immigrants who have no identity documents.
While foreigners
who do not speak the Malay language and do not know their origins can be
granted citizenship, the government should pay attention to the fate of the
indigenous people by giving them a priority as lawful citizens.
We received a complaint about the fate of a resident of Bedari, Sungai Keladan, Tatau,
Bintulu who lived in a longhouse. The name of the complainant, Rantai Anak
Balang, who has complained to us until now he was not given MyKad because
he did not have any personal documents.
According to him,
his wife and children had an identity card and birth certificate while he as
the head of the family could not have MyKad. He had evidence that he was indeed
a resident of the village with the support of the longhouse chief.
According to him,
he had previously sought the help of his friends, but the NRD was still unable
to help him despite being promised that his application would be processed.
Thousands of
ringgits have been spent solely on MyKad. He has also sought the help of those
who work in government departments to obtain MyKad but it still fails and is
just frustrating because nothing can be done.
We urge the
government, especially the Ministry of Home Affairs (KDN) and the Sarawak
Government to do something to help Sarawakians who do not have identification
cards are given rights as citizens.
Help them get their
rights by facilitating their affairs, even if they do not have complete
documentation. They also have the right to be recognized as citizens because
their descendants have lived long and far in the interior of Sarawak.
0 Comments Received
Post a Comment