Umat
Islam tidak memboikot produk bukan Islam tetapi beli produk Muslim terlebih
dulu
Dakwaan sesetengah
pihak yang mendakwa PAS yang berkempen untuk memboikot barangan bukan Islam
adalah tidak tepat kerana Islam itu sendiri adalah lebih prihatin tentang
kebersihan dan mengenai persoalan Haram dan Halal sesuatu produk.
Bagi PAS kempen
"Beli Produk Muslim Dulu" adalah tindakan inklusif dan kompetitif
dalam konteks perniagaan dan harus dilihat secara positif bukan sebagai
negatif.
Hasil kajian keputusan
menunjukkan bahawa harga barangan keperluan telah menurun dan ini secara tidak
langsung memberi manfaat kepada pengguna dalam memilih barang keperluan mereka
di pasaran.
Pada masa lalu,
harga barang keperluan sukar dikurangkan maka dengan kempen ini akan membantu
pengguna memilih barang yang mereka perlukan dengan harga yang kompetitif.
Hari ini, harga
yang kompetitif di pasaran akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara dan
sebagai pengguna tanpa mengira bangsa dan agama akan mendapat manfaat daripada
kempen ini. Mereka bebas memilih apa yang mereka perlukan dan tentunya umat
Islam lebih suka barangan halal dan bersih dari unsur-unsur syubhah.
Yang bertentangan
dengan halal adalah haram / tidak halal yang bermaksud terlarang dan dilarang.
Mana-mana makanan atau minuman yang terletak di dalam kawasan kelabu dan tidak
jelas di bawah kategori Halal atau bukan Halal diklasifikasikan sebagai
'Syubhah', yang secara alternatifnya dipanggil dipersoalkan atau diragui. Dalam
kategori ini, sehingga status menjadi jelas, umat Islam harus mengelak daripada
memakan makanan atau minuman syubhah
Maka tidak salah
bahawa kempen ini memberi kesedaran dan pilihan bagi umat Islam untuk memilih
barangan mereka sendiri dan secara tidak langsung boleh membantu meningkatkan ekonomi
dan menyediakan peluang pekerjaan kepada belia yang ingin berniaga.
Bagi mereka yang
mendakwa kepentingan mereka dipertaruhkan, mereka juga harus berfikir secara
global tidak dalam erti kata sempit kerana pengguna juga berhak untuk memilih
barangan mereka sendiri tanpa dibebani oleh kos barangan yang tinggi dan tidak
memberi manfaat kepada pengguna.
Sebenarnya tiada
usul perkauman dalam hal ini kerana pengguna tanpa mengira bangsa dan agama
akan dapat memanfaatkan hasil kempen ini dengan harga barang keperluan
diturunkan secara mendadak. Mungkin yang terjejas adalah pengeluar produk
tertentu saja,
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
English version
Muslims
do not boycott non-Muslim products but buy Muslim products first
The allegations by
certain quarters claiming that PAS is campaigning to boycott non-Muslim goods
is inaccurate because Islam itself is more concerned about the cleanliness and
on the question of Haram and Halal of a product.
For PAS campaign
"Buy Products Muslims First" is inclusive and competitive in a
business context and should be viewed positively rather than negatively.
The results show
that the prices of essential goods have dropped and this has indirectly
benefited consumers in choosing their essential goods in the market.
In the past, prices
of essential goods were difficult to be decreased than with this campaign will
help consumers choose the goods they need at competitive prices.
Today, competitive
prices in the market will positively impact the country's economy and as
consumers regardless of race and religion will benefit from this campaign. They
are free to choose what they need and of course, Muslims prefer halal and clean
items from the elements of syabhah.
The opposite of
halal is haram/non-halal which means forbidden and prohibited. Any food or
drink which lies within the grey area and does not fall clearly under the Halal
or non-Halal category is classified as 'Syubhah', alternatively called
questionable or dubious. In this category, until the status becomes clear,
Muslims should avoid consuming syubhah food or drinks.
It is not wrong
that this campaign provides awareness and choice for Muslims to choose their
own goods and indirectly can help boost the economy and provide employment
opportunities for youths who want to venture into business.
To those who claim
that their interests are at stake, they must also think globally not in a
narrow sense because consumers also have the right to choose their own goods
without being burdened by the high cost of goods and do not benefit the user.
0 Comments Received
Post a Comment