CINTAI
NEGARA DAN PERKUKUHKAN PERPADUAN
Alhamdulillah, PAS pusat telah memilih Bintulu Sarawak
menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2019 yang diadakan pada 16 September
tahun ini.
Tema sambutan Hari
Malaysia tahun ini ialah "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih".
Tema ini dipilih
kerana ia melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum yang mencintai negara
untuk keharmonian dan kemakmuran sambil memupuk dan menanamkan rasa integriti,
dan identiti Malaysia yang bersih dan berkualiti tinggi.
Keistimewaan
kepelbagaian etnik di Sarawak telah diiktiraf sebagai model yang menggalakkan
keharmonian dan perpaduan kaum.
Mereka boleh hidup
dengan aman bersama tanpa masalah walaupun mereka mempunyai banyak adat dan
kepercayaan.
Bumi Kenyalang yang
terkenal dengan kepelbagaian etnik tidak pernah membangkitkan isu perkauman di
kalangan pelbagai kumpulan etnik di Sarawak.
Model perpaduan dan
keharmonian di bumi kenyalang ini harus dipromosikan di peringkat antarabangsa untuk membantu Malaysia keluar
dari tragedi ketegangan kaum yang boleh merosakkan nama negara.
Perpaduan dan
keharmonian antara kaum adalah kunci kepada kestabilan politik yang membawa
kepada kemampanan ekonomi di negara.
Semoga dengan
ketibaan para pemimpin PAS di Sarawak hari ini, boleh memberikan gambaran
bahawa PAS bukan parti perkauman atau pelampau seperti yang didakwa oleh
sesetengah pihak, tetapi sebuah parti yang menjemput semua kaum tanpa mengira
agama dan warna kulit untuk bersatu dan hidup dalam harmoni dan keamanan.
Kepada semua orang
tanpa mengira kaum dan agama, marilah kita bersatu untuk pembangunan negara
kita dan hidup bersama dalam keharmonian dan menghindari kejahatan dan jangan
biarkan diri kita dijajah semula oleh sekumpulan orang yang mementingkan diri
sendiri.
Jangan biarkan
tanah adat dan hak-hak peribumi diambil alih oleh orang asing walaupun pada mulanya mereka datang untuk
melabur tetapi hakikatnya tanah kita semakin dikuasai oleh pihak luar. Pastikan
hak kita tidak dikuasai oleh orang asing dan kita akan dijajah semula.
Selamat menyambut Hari
Malaysia, semoga kita bebas daripada dijajah semula
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS
Sarawak
English version
LOVE
THE COUNTRY AND STRENGTHENS UNITY
Thankfully, the
central PAS has chosen Bintulu, Sarawak to host the Malaysia Day 2019
celebration held on September 16 this year.
The theme for this
year's Malaysia Day celebration was "Love My Malaysians: Malaysia
Clean."
This theme was
chosen because it symbolizes the unity of the multiracial people who love the
country for harmony and prosperity while cultivating and instilling a sense of
integrity and a clean, high-quality Malaysian identity.
The uniqueness of
ethnic diversity in Sarawak has been recognized as a model that promotes
harmony and racial unity.
They can live in
peace together without problems even if they have multiple customs and beliefs.
Land of the
Hornbill, known for its ethnic diversity has never raised the issue of racism
among the various ethnic groups in Sarawak.
The model of unity
and harmony in the land of the hornbills should be promoted at the
international level to help Malaysia out of the tragedy of racial tension that
can damage the name of the country.
The unity and
harmony between the races are the keys to the political stability that leads to
economic sustainability in a country.
Do not allow
customary land and indigenous rights to be taken over by foreigners although at
first, they came to invest but in reality, our land was increasingly controlled
by outsiders. Make sure our rights are not under the control of foreigners, and
we will be re-colonized.
Happy Malaysia Day,
may we be free from being colonized again
Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS
Commissioner cum Miri PAS Chief
0 Comments Received
Post a Comment