Menjadikan
sekolah tempat yang menyeronokkan untuk belajar
Sesi persekolahan
2020 akan tiba tidak lama lagi, sudah tentu, ibu bapa akan membelanjakan antara
RM200 dan RM600 setiap anak untuk menyediakan pelbagai bekalan sekolah termasuk
keperluan kelas keagamaan untuk sesi sekolah 2020.
Membesarkan
anak-anak, terutamanya dalam keluarga yang besar, memerlukan banyak
perbelanjaan. Terutama, jika anda tinggal di bandar dengan pendapatan yang
rendah, tekanan untuk 'memenuhi' keperluan anak anda, lebih-lebih lagi waktu
sesi persekolahan, ibu bapa pasti akan merasakannya.
Antara isu yang
sering kita dengar ialah masalah dengan beg berat dengan berat badan kurang
atau 50 kilogram (kg) dan terpaksa memanjat tangga setiap hari dengan beg
seberat 10kg, lima hari seminggu. Itulah senario 'terpaksa' yang dihadapi oleh
pelajar sekolah rendah hari ini.
Sudah banyak kali
isu ini dibangkitkan tapi masalah ini masih belum dapat diatasi sepenuhnya.
Ramai di antara ibu
bapa mula menyoal dasar-dasar Kementerian Pendidikan tetapi tiada cadangan atau
langkah-langkah drastik diambil bagi mengatasi masalah ini.
Persepsi umum
bahawa terlalu banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah menyebabkan beg
sekolah berat. Bagaimanapun, ini bukanlah sebabnya. Ada kemungkinan bahawa pihak
sekolah boleh memainkan peranan penting seperti memeriksa buku-buku teks dan
buku latihan tertentu sahaja yang boleh dibawa ke sekolah untuk mengurangkan
beban beg berat.
Sudah tiba masanya
Kementerian Pendidikan mengkaji semula pengeluaran buku teks dan buku kerja
yang digunakan hari ini untuk memenuhi keperluan pelajar. Sistem pendidikan
semasa perlu dikaji semula untuk menjadikannya sesuai dan mencukupi untuk
mengimbangi generasi semasa dengan kemajuan global.
Adakah kerana
bilangan mata pelajaran di sekolah yang pelajar telah mengambil begitu banyak
buku penyebab beg berat? Isu sekarang ialah bagaimana kita dapat menyelesaikan
masalah beg berat sambil membantu Kementerian Pendidikan memperkenalkan sistem
pendidikan berkomputer untuk generasi akan datang.
Mencipta sesi
persekitaran sekolah yang menyeronokkan dan mesra alam serta kondusif kepada
pelajar akan meningkatkan daya keupayaan kreatif kanak-kanak dan ia akan
memberi manfaat kepada agama dan negara.
Kanak-kanak
sekarang tahu bagaimana menggunakan alat (gajet) seawal usia 3 tahun dan mereka
hanya berseronok dengan mainan dan ini adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan
bersama. Kita tidak mahu mereka mengabaikan pelajaran hanya memainkan alat yang
boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan mereka akibat bermain dengan mainan
yang tidak terkawal.
Sekiranya sekolah
itu tempat yang menyeronokkan, secara tidak langsung akan memberi inspirasi
kepada kanak-kanak sekolah untuk terus belajar di sekolah yang mendidik mereka
dengan kasih sayang dan disiplin. Mewujudkan pusat pendidikan sekolah yang akan
menghasilkan pelajar pintar, bijak, berdisiplin dan berguna untuk masa depan
negara.
Kami menggesa
kementerian yang berkaitan untuk memberi perhatian kepada perkara di atas
kerana kini era teknologi canggih penuh dengan cabaran untuk generasi akan
datang.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak
English version
Make
school a fun place to learn
The 2020 school
session is coming soon, of course; parents will spend between RM200 and RM600
per child to provide a variety of school supplies including religious classroom
needs for the 2020 school session.
Raising children,
especially in a large family, require a lot of expenses. Especially, if you
live in the city with low incomes, the pressure to 'meet' your child's needs,
especially during school sessions, parents will feel it.
One of the issues
we often hear about is the problem with heavy bags with body weight less or 50
kilograms (kg) and had to climb the stairs every day with a bag weighing 10kg,
five days a week. That's the 'forced' scenario faced by primary school students
today.
This issue has been
raised many times, but the issue has not been fully resolved. Many parents
started questioning the policies of the Ministry of Education but no
suggestions or drastic measures are taken to overcome this problem.
It is a common
perception that too many subjects taught in schools cause heavy school bags.
However, this is not the cause of such. It is possible that the school can play
a vital role such as checking textbooks and only certain exercise books that
can be brought to the school to reduce the burden of heavy bags.
It is time for the
Ministry of Education to review the production of textbooks and workbooks used
today to meet the needs of students. The current education system needs to be
reviewed to make it fit and sufficient to balance the current generation with
global progress.
Is it because of
the number of subjects in the school that the student has taken so many books
the cause of the heavy bags? The issue now is how we can solve the problem of
the heavy bags while helping the Ministry of Education introduce the computerized education system for generations to come.
Creating fun and
environmentally friendly and conducive school environment for students will
enhance children's creative capabilities and will benefit both religion and the
country.
Kids now know-how
to use tools (gadgets) as early as 3 years old and they just have fun with toys
and this is something we have to think about together. We don't want them to
ignore their lessons by only playing tools that can affect their health and safety
as a result of playing with uncontrollable toys.
If the school is a
fun place, it will indirectly inspire school children to continue to learn in a school that educates them with love and discipline. Establish a school
education center that will produce smart, intelligent, disciplined and useful
students for the future of the country.
We urge the
relevant ministry to pay attention to the above matter because now the era of
advanced technology full of challenges for generations to come.
0 Comments Received
Post a Comment