Bilakah
Projek Penurapan Jalan Perhubungan Desa (JPD) dapat dilaksanakan?
MIRI – Salah
seorang penduduk di Kampung Batu Satu mengadu mengenai projek penurapan Jalan
Perhubungan Desa (JPD) di kawasan mereka sehingga kini tidak ada sebarang
tindakan yang diambil. Jalan itu sepatutnya siap lima tahun yang lalu dan kini
dipenuhi rumput dan semak.
Menurut salah
seorang penduduk di Batu Satu, Sdr Zainal Tar memberitahu pihak kami, mereka
sudah beberapa kali memohon penurapan jalan perhubungan desa kepada Pejabat
Daerah Bahagian Miri sejak dari 6hb Jan 2013 sehingga kini tiada sebarang
tindakan susulan diambil.
Walaupun pihak yang
berkenaan ada datang melawat ke kampung itu tetapi mereka hanya melihat dari
luar saja tanpa berjumpa sendiri dengan pihak pengadu untuk mengambil
keterangan lanjut tentang perkara yang mereka mohon.
Pengadu (Hasmah
Moktar) ada menulis surat kepada pihak Pejabat Daerah Bahagian Miri untuk
memohon penurapan jalan atas projek JPD di kawasan tapak pembinaan rumah yang
dirancangkan tetapi sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil oleh
pihak berkenaan.
Pengadu juga
merupakan jiran Zainal dimana beliau berhasrat hendak membina rumah di Lot 7754
di belakang rumah Zainal.
Sekarang ini
pengadu berada di luar kawasan Miri dan beliau mewakilkan Zainal untuk sebarang
urusan dengan pihak Pejabat Daerah Miri sekiranya mereka ingin datang untuk
melihat tapak tersebut.
Masalah jalan
kampung serta kemudahan lain perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa
berkenaan agar penduduk kampung dapat menikmati kemudahan peruntukan yang sudah
disediakan.
Kita mengesa pihak
berkuasa tempatan boleh berjumpa sendiri dengan wakil pengadu di alamat Lot
7756 Kampung Batu Satu, Baram untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai
masalah tersebut.
Projek JPD adalah
dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ianya perlu diberi
perhatian serta dipantau setiap projek yang telah diberi peruntukan kepada
setiap kampung yang terpilih.
Kerajaan
persekutuan telah banyak kali berubah tetapi projek kecil ini masih belum
selesai. Kami berharap pihak-pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah
ini dengan segera dan kerjasama dengan mereka sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS,
Sarawak
English version
When
the road resurfacing project (JPD) can be implemented?
MIRI – One of the
villagers in Kampung Batu Satu complained about the Resurfacing project of
‘Jalan Perhubungan Desa’ (JPD) in their area so far no action has been taken.
The road was supposed to be completed five years ago and is now filled with
grass and shrubs.
Resurfacing project
of ‘Jalan Perhubungan Desa’ (JPD) at Kampung Batu Satu, Kuala Baram still
abandoned for so long. The path is supposed to be completed last year until now
only been covered with gravel road and grass.
According to one of
the residents at Batu Satu, Mr. Zainal Tar informs us. They have several times
apply for road resurfacing the path to Miri District Office, the Miri District
Office from 6th January 2013 to date, no further action is taken.
Although the
parties have come to visit the village they only see from the outside without
having met itself with the complainant to takes more information on the matter
they request.
The complainant
(Hasmah Moktar) has written a letter to Miri District Office to apply for road
resurfacing JPD projects in the area of the construction site of the planned
but until now there has not been any action taken by the authorities.
The complainant
also Zainal neighbor where she intended to build a house on Lot 7754 behind
Zainal house.
Now the complainant
is outside Miri and she delegates Zainal's dealings with Miri District Office
if they want to come to see the site.
The issue of
village roads and other facilities need to be addressed by the relevant
authorities so that the villagers can enjoy the facilities of the provisions
that are already provided.
We urge the Local
Authorities could meet with the representatives of the complainant at the
address Lot 7756 Kampung Batu Satu, Baram to get more details about the problem.
JPD project is
under the Ministry of Rural and Regional Development it noteworthy as well as
monitored every project that has been allocated to each of the selected
villages.
The federal
government has changed a lot, but this small project is still pending. We hope
the relevant parties resolve this issue immediately and their cooperation is
greatly appreciated.
Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak
PAS Commissioner cum Miri PAS Chief
0 Comments Received
Post a Comment