Trek lumba khas untuk peminat lumba motor


Peminat perlumbaan motor menyarankan agar kerajaan dapat menyediakan trek lumba kereta dan motosikal di kawasan tertentu di bandaraya Miri untuk memenuhi keperluan dan minat anak muda.

Ada pemandu lumba kereta yang tidak mahu nama mereka disiarkan telah bertemu dengan PAS Miri mahu perkara ini ditangani oleh pihak berkuasa tempatan. Menurutnya, dia dan rakannya telah memohon kawasan yang sesuai di Kuala Baram untuk trek lumba kepada pihak yang berkenaan. Menurutnya, kawasan ini cukup lengang dan kenderaan jarang digunakan.

PAS menggesa pihak berkuasa tempatan dan pihak berkaitan memenuhi tuntutan perlumbaan motosikal dan kereta. Inisiatif ini juga dibuat sebagai tempat 'hiburan' baru yang dilihat lebih sihat dan bermanfaat. Ia akan diadakan dalam bentuk program yang bermanfaat dalam mendidik mereka agar tidak terlibat dalam perlumbaan haram yang boleh membahayakan diri mereka sendiri dan pengguna jalan raya selain membuang masa.

PAS berharap pihak berkuasa tempatan dan pihak berkaitan dapat meluluskan trek lumba khas untuk perlumbaan kereta dan penunggang motosikal yang telah dikenal pasti. Kewujudan trek lumba yang dikhaskan untuk perlumbaan kereta dan motor dapat mengelakkan berlakunya perlumbaan haram dan membahayakan diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pihak berkaitan untuk meluluskan trek lumba khas ini sangat dihargai. Pasti peminat kenderaan dan lumba motor dapat menggunakan trek ini dengan sebaik mungkin. Memandu dengan selamat, keselamatan adalah yang terpenting, dan kehidupan dihargai.

Jofri Jaraiee

Pesuruhjaya PAS Sarawak

 

English version

Special racing track for motor racing enthusiasts

Motor racing enthusiasts suggest that the government can provide car and motorcycle racing tracks in certain areas in Miri city to meet the needs and interests of young people.

Some car racing drivers who do not want their names published have met with PAS Miri wanting this matter to be dealt with by the local authorities. According to him, he and his friend have applied for a suitable area in Kuala Baram for a race track to the relevant parties. According to him, the area is fairly quiet, and vehicles are rarely used.

PAS urges local authorities and related parties to meet the demands of motorcycles and car racing. The initiative was also created as a new place of 'entertainment' which is seen as more healthy and beneficial. It will be held in the form of programs that are beneficial in educating them not to engage in illegal racing that can endanger themselves and other road users in addition to wasting time.

PAS hopes that local authorities and related parties can approve special racing tracks for car races and motorcyclists that have been identified. The existence of racing tracks dedicated to car and motor racing can prevent the occurrence of illegal racing and endanger themselves and other road users.

Cooperation with local authorities and related parties to approve this special race track is greatly appreciated. Surely vehicle and motor racing enthusiasts can use this track to the best of their ability. Driving safely, safety is paramount, and life is valued.