PAS/MIRI/2010/PRKSWK/17 28 September 2010, 19 Syawal 1431H السلام عليكم ورحمة الله وبكاته KENYATAAN MEDIA: Desakan Datuk Peter Chin,ahli Parlimen Miri dalam media minggu ini berkaitan apakah perancangan Pakatan Rakyat sekiranya diberi mandat pada pilihanraya negeri dan umum akan datang suatu petanda jelas bahawa beliau semakin gusar dengan penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri dan negara dalam masa terdekat ini. Kenyataan ini yang dipadankan pula dengan seorang yang menggelarkan diri ultra-melayu;Tun Mahathir tentang hilangnya kuasa orang Melayu sekiranya PR menang jelas menunjukkan kebimbangan yang amat sangat BN terhadap PR. Siapa boleh lupa,pada bulan lalu;Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Mukhriz Mahathir mendakwa bahawa pelabur tidak datang ke negara ini kerana percaya dakyah pembangkang. Kalau inilah kenyataan daripada anggota kabinet kerajaan BN yang bertanggungjawab mengenai kewangan, pelaburan ke negeri dan negara ini, maka BN eloklah ,menyerahkan madat kepada Pakatan Rakyat supaya lebih banyak pelabur datang ke negara ini. PAS mempersoalkan keseriusan pengurusan ekonomi Kerajaan BN yang menyebabkan FDI Malaysia jatuh Menurut Laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara ASEAN, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD 1, 381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD 7, 318 juta pada 2008. Kejatuhan nilai pelaburan ini adalah yang tertinggi berbanding negara ASEAN lain.Malaysia yang tersenarai dalam kumpulan ASEAN 5 ketinggalan dengan negara Indonesia, Filifina, Thailand dan Singapura. Alhamdulillah negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mampu untuk menarik pelabur luar contohnya di Kedah pada tahun 2009 sebanyak RM1.837 bilion dan Selangor RM7.755 bilion. Ini menunjukkan bahawa pelabur masih percaya kepada negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat, dalam masa yang sama kerajaan pusat merungut,pelabur tidak datang kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Alasan yang paling lucu yang keluar daripada Tun Dr Mahathir ialah kerana pelabur luar tidak ada wang untuk melabur. PAS mengingatkan kepada pemimpin BN seperti Datuk Peter Chin, pelabur tidak datang ke negara ini ada sebab-sebab lain, yang perlu dimuhasabah oleh semua pemimpin di negara ini. Pelabur yang hendak datang ke negara ini, bukan pelabur dalam skim “Pak Man Telo”. Mereka mempunyai pakar-pakar pelaburan dan mengkaji tentang keberangkalian serta prospek pelaburan yang lebih kondusif. Macam mana pelabur hendak datang, kalau perjanjian yang jelas menyebut royalti kepada negeri yang ditemui minyak dicabul. Mereka pun risau apa pula jaminan pelaburan mereka, kalau dengan rakyat sendiri pun dilanggar perjanjian. Mereka gerun melihat video klip peguam V.K, Linggam drama dalam sistem perundangan. Pencabulan terhadap mandat rakyat di Perak semuanya menggerunkan pelabur. Penindasan kaum seperti rampasan tanah adat;pencabulan kaum Penan adalah isu yang menjadi bukti kegalan perancangan BN. Indeks rasuah pula sampai sekarang tidak dapat diatasi, malahan semakin teruk, lihat sahaja pengumpulan kekayaan Taib Mahmud dan keluarga ;walaupun BPR sudah ditukar nama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah). Yang ditangkap ialah ikan bilis, ikan jerung masih terlepas. Mereka yang ditangkap ialah Pegawai kerajaan, jerung politik terlepas. Kesemuanya ini adalah faktor-faktor yang menjauhkan pelabur untuk ke negara kita yang tercinta ini. Jika keadan ini berterusan berlaku, kenyataan Datuk Idris Jala yang mengatakan negara akan bangkrap pada tahun 2019 bukan satu perkara yang mustahil. Oleh kerana masa masih belum terlambat, BN pun sudah tidak mampu untuk menguruskan negara ini maka eloklah serah, sebelum parah kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan kemampuan bagi kesejahateraan rakyat dan negara. Kesimpulannya YB Peter Chin,daripada berkira-kira mendapatkan perancangan yang pasti hebat dari Paktan Rakyat dalam menjamin kebajikan rakyat;baiklah siapkan “ perancagan “ BN yang menyebabkan Sarawak ,yang kaya dengan hasil bumi ,tapi rakyat masih miskin merempat dengan kurangnya kemudahan awam. Lihatlah ;apa yang ada di Kg Sealine,Kg Wireless,Tudan Fasa 1-6 dan banyak lagi tempat yang amat teruk sekali keadaannya. Janganlah asyik melalk tidak tentu pasal. Dan elok juga selaku Menteri Hijau di peringkat pusat;baiklah YB bertukar bersama parti Hijau;PAS dan Pakatan Rakyat sebelum karam dalam pilihanraya akan datang. ENGLISH VERSION Assertions by Datuk Peter Chin, Member of Parliament for Miri, in the media this week, to showcase the planning of Pakatan Rakyat if they manage to get the mandate from the public in the next state and general election, is actually a clear sign showing his uneasiness of the public acceptance to the Pakatan Rakyat in taking-over the rule of the state and the country. If this statement is paired with another statement uttered by a person who see himself an ‘ultra-Malay’; Tun Mahathir, who claimed that the power of the Malays will perish if PR takes over the country; depicts an utter apprehension of BN toward PR. Let not what Datuk Seri Ahmad Hanadzlah and Datuk Mukhriz Mahathir claimed last month that the investors stop coming to Malaysia due to their belief to the tell-tales of the oppositions. If these are the statements given out by people who are responsible for finance and investment within the country, henceforth, it is better that the people mandate be given to the Pakatan Rakyat so that more investors come to this country. PAS questions the seriousness of the management of the country economy by the BN Government which cause the FDI in Malaysia drops. According to a report produced by the ASEAN Secretariat, Malaysia only managed to get USD1,381million worth of investment in 2009 as compared to USD7,318million in 2008. The drop in total investment is the highest when compared to other ASEAN countries. Malaysia which is listed in ASEAN 5, is way behind Indonesia, Philippine, Thailand and Singapore. However, the state that is governed by Pakatan Rakyat managed to attract foreign investments. Kedah and Selangor, for example, received RM1.837billion and RM7.755 billion respectively. This shows that investors do have their trust in the PR states, where at the same time The Federal BN Government rants that the investor stop coming due to being influenced by the PR lies. But the most funny rants came from Tun Mahathir where he said that foreign investors have no money to invest. PAS like s to remind the BN leaders in the like of Peter Chin, that investors do not come to this country because of other reasons that need to be contemplated by all leaders of the country. The foreign investors are not like investors in “Pak Man Telo” scheme. They have experts who study the probabilities and the prospects of the more conducive investment. How would the investors come if the agreement that clearly states that that a state should get its petro-royalty is literally not adhered to! They will definitely worry that what assurance will be to their investment, if even the agreement with their own people is bulldozed. They (the investors) are scared looking at the VK Linggam video clip which depicted the drama in the judiciary system. Above all, the blatant disregard of the people’s mandate in the Perak fiasco really frightens them off. |
Race discrimination like the customary land grab and the rape of the Penan rights are issues that prove the failures of the BN planning. High Corruption Index in the other hand still unresolved and is becoming a lot worst. Look at the wealth of Taib Mahmud and his family. Even if, the ACA has changed its name to MACC (Malaysia Anti Corruption Commission), the ones that are caught only the small fish, while the sharks are still at large. Those caught are government officers but the political sharks escaped. All these are factors that distance the investors from our shores. If these conditions prevail, the claim by that Datuk Idris Jala that the country will become bankrupt by 2019 could come true. However, it is not too late to mend things. The BN government should relinquish their power before it becomes more cancerous and give it to the PR for them to proof that they have the capability to govern for the betterment of the rakyat.
In conclusion, YB Peter Chin better complete the ‘planning’ of BN who caused Sarawak, which is rich with natural resources but people are poor, in dire need of infra-structure; rather than calculating in getting the excellent planning of the Pakatan Rakyat in insuring the welfare of the Sarawakians. Take a look at the Kg Sealine, Kg Wireless, Tudan Fasa 1 -6 and many others places with poor conditions. Do not just bark but act. As the Green Minister at the Federal level, Peter Chin should change with the ‘Green’ Party; PAS and PR, before getting sunk in the next election.
‘PAS UNTUK SEMUA’
PAS Kawasan Miri
Read more...