Alhamdulillah;bermula 28 Ogos sehingga 31 Ogos lalu;PAS Miri telah menganjurkan gerakerja pilihanraya sebagai latihan pemantapan jentera pilihanraya Miri. Antaranya program culaan dan penerangan jentera Polling Agent Counting Agent(PACA) .Ini merupakan program kali ke 3 ini program seumpama dianjurkan.

Seramai 40 petugas terlibat sepanjang minggu tersebut. Beberapa kertas kerja termasuk pengenalan Institut Latihan Pilihanraya PAS (ILPAS) dan Tahaluf Siasi dibentangkan.Di samping itu,program culaan

yang berlangsung melangkaui kawasan sekitar beberapa kawasan perumahan mendapat sambutan baik penduduk sekitar.Apa yang menarik atau lebih tepat mengejutkan adalah status daftar pemilih para penduduk sekitar tempat terlibat dalam culaan. Kebanyakan mereka, boleh dikatakan 75% masih belum mendaftar sebagai pemilih.


Kesensitifan terhadap proses pilihanraya sangat minimal. Dengan sedikit sumbangan Bubur Pedas dengan selitan penjelasan, rambongan PAS Miri berjaya sedikit sebanyak memberikan penjelasan betapa peri pentingnya mendaftar sebagai pemilih.


Pada sebelah malam kemerdekaan;PAS Miri telah menganjurkan Iftar Jamaei dan Tahlil Perdana di PASTI Hiltop. Hampir 100 ahli diketuai Ketua PAS Cawangan Bumiko ;Akhi Syah Yaya hadir. Turut hadir YDP PAS Miri;Tn Haji Jofri.

Program bermula tazkirah dan tahlil perdana diikuti majlis berbuka puasa.Antara menu yang istimewa ialah Nasi Ayam Kelantan dan Laksa Penang. Ini diikuti Solat Isyak berjemaah dan Tarawikh.

Yang pasti dengan program sebegini telah memantapkan ukhuwah sesama ahli dalam menghadapi "peperangan jihad pilihanraya" tidak lamalagi.ALLAHUAKBAR!