Kehadiran YB Salahudin Ayub,Naib Presiden PAS buat julung kalinya di bandaraya Miri bermula Sabtu 25 September telah menambah keyakinan petugas PAS menghadapi medan pilihanraya,dengan sambutan meriah penduduk Miri sekitar Desa Senadin dan Tudan. Setelah 2 tahun berturut turut ,PAS Cawangan Luak menjadi hos program rumah terbuka bagi PAS Kawasan Miri;tahun ini ,PAS Cawangan Senadin telah menjadi tuan rumah program ramah tamah Aidilfitri 1431H. Program yang bermula pada jam 1100 pagi telah menerima kunjungan penduduk sekitar seawal dari 1030 pagi lagi.Hampir 1,000 hadir dalam majlis tersebut.Biarpun pada awal pagi;hujan turun;semua hadirin tidak berganjak menunggu kehadiran Naib Presiden PAS tersebut.
Turut hadir adalah ,Presiden SNAP,Encik Edwin Dundang ,wakil pimpinan DAP dan seluruh saf kepimpinan PAS Kawasan Miri dan kelima-lima Cawangan,Bumiko/Luak,Piasau,Pujut,Pulau Melayu dan Senadin. berbagai juadah terdiri Kek lapis Sarawak,bakso,mee jawa,nasi hujan panas dan lebih 1500 cucuk sate disediakan sebagai juadah pengunjung yang hadir.
En Edwin Dundang merakamkan rasa terharu dengan jemputan PAS dan merasakan satu suasana muhibbah sebenar yang dibawa oleh PAS,yang selama ini amat menjadi fobia pada masyarakat Iban di Sarawak. YB Salahudin dalam amanatnya berpesan masanya sudah tiba bagi rakyat Sarawak melakukan perubahan. Kebejatan pimpinan PBB,SUPP ,BN Sarawak perlu ditamatkan,dan beliau yakin perubahan pasti akan berlaku.
Pimpinan Pakatan Miri diketuai ,YDP Tuan Haji Jofri bersama YB telah sudi menyampaikan duit raya pada semua anak kecil yang hadir. Program yang terus menerima tetamu berakhir dengan Solat Maghrib diperkarangan kawasan program dengan rombongan PKR yang baru selesai melakukan pemilihan telah sudi hadir memeriahkan rumah terbuka PAS ini.
Pada sebelam malam sabtu,YB Salahudin telah bersama sama Pengerusi DAP Sarawak dan pimpinan DAP Pusat yang lain seperti Nge Kor Ham dan Sivakumar telah bersama hampir 2,000 ahli DAP Miri dalam satu jamuan makan malam ulangtahun DAP Miri.
Dalam ucapan ringkas tapi padat ,YB Salahudin menegaskan akan kerjasama erat PAS dan DAP tidak akan mampu diganggu gugat oleh fitnah UMNO/BN lagi. Rakyat sudah bijak menilai tipu daya kerajaan UMNO/BN. Beliau yakin perubahan masyarakat Tionghua Semenanjung telah merentasi Laut Cina Selatan dan PRU-13 dan DUN akan datang akan membawa satu signal yang signifikan kearah Malaysia yang lebih bebas dari cengkaman rasuah dan salahguna kuasa. YB bersama YDP Kawasan juga telah sudi menyampaikan hamper kepada Pengerusi DAP Sarawak sempena majlis tersebut.

0 Comments Received
Post a Comment