BARAM – Lebih 150 orang Penan dari enam buah kampung di sini berkumpul secara aman bagi memperingati satu sekatan jalan yang berjaya dileraikan tanpa sebarang pertumpahan darah tahun lalu.Setiausaha Persatuan Penan Sarawak (SPA) Panai Ayat berkata, penduduk yang terbabit dalam protes terbaru ini adalah dari Long Nen di Sungai La-yun, Long Belok dan Long Sayan di Sungai Apoh, Tutoh, Long Bangan di Sungai Terawen, Tutoh dan Ba’ Marong di ulu Sungai Si’ang, Tutoh.
“ Mereka datang lagi ke kawasan sekatan sebagai tanda protes kerana apa yang dijanjikan wakil kerajaan sebagai syarat meroboh sekatan jalan tahun lalu tidak ditunaikan,” kata Panai.Panai berkata, protes terbaru itu juga mengingatkan kembali perjuangan etnik Penan yang menentang pencerobohan ke atas tanah hak adat (NCR) milik mereka, supaya hak, cara hidup, tradisi dan budaya mereka tidak ter-hakis oleh aktiviti pembalakan di hulu Baram.
“ Tidak mudah untuk kami melupakan insiden sekatan tahun lalu kerana banyak janji telah dibuat wakil rakyat, yang turut dimeterai dengan perjanjian persefahaman (MoU) tetapi sehingga kini tiada khabar berita,” tegasnya.
Antara yang dijanjikan kepada kaum Penan sebagai syarat meroboh sekatan itu adalah diberi peluang berjumpa dengan pihak berkuasa atasan bagi membincangkan tanah NCR dan hutan purba serta pembinaan pra sekolah dan sekolah di setiap petempatan Penan.
Beliau berkata, mereka juga dijanjikan perlantikkan lebih ramai ketua masyarakat Penan dan diperkenalkan dengan aktiviti pertanian komersial yang sesuai dengan kemahiran penduduk.
“ Malah kami juga dijanjikan dengan peruntukkan kewangan untuk pembi-naan rumah dan rawatan kesihatan,” tegasnya.Panai menambah : “ Kita sudah cukup bertolak ansur dengan menggugur-kan gesaan awal, iaitu meminta Kerajaan Negeri Sarawak memberi kebe-basan untuk menentukan pembangunan tanah NCR, menghentikan aktiviti pembalakan, atau sekurang-kurangnya meminta Kerajaan Sarawak dan syarikat pembalakan mengiktiraf tanah NCR serta hak kaum kami yang lain.”
Masyarakat Penan Tuntut Janji BN
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
September
(12)
- BN Gusar Sokongan Rakyat terhadap Pakatan
- Ramah Tamah Aidilfitri PAS Miri Meriah
- Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Negeri Sarawak ...
- Leaked Samling Document Confirms Penan Rape Allega...
- Masyarakat Penan Tuntut Janji BN
- Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
- A Tale of Two States(and Two Men)
- Recharged SNAP Ready for State Election
- Pencarian Lailatul Qadr
- Lawatan Pesuruhjaya PAS Negeri dan Ziarah Kebajika...
- Ramadhan Matlamatnya Taqwa,PAS Miri anjur latihan ...
- Hari-hari terakhir Taib,Editor digantung tugas
-
▼
September
(12)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
SLM.INGIN MCUBA JUS DELIMA POMEPURE YG 100% ASLI.HUBUNGI 0199311274 AZIZ http://jusdelima83.blogspot.com.10 MAKANAN TBAIK DUNIA