Mengapa pihak keselamatan di Kuala Lumpur cuba menghalangkan perhimpunan aman tersebut diadakan di dataran merdeka sehingga menimbulkan kekecohan? Adakah mereka ini diarah oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan kekecohan?
Kalau rakyat dibenarkan berhimpun secara aman masalah rusuhan dan kekacauan tidak akan berlaku kecuali ada kemungkinan pihak tertentu yang ingin melihat kekecohan berlaku kerana ada kepentingan politik. Setelah mereka puas menyuarakan perasaan mereka sudah pasti selepas itu mereka akan balik semula ke tempat masing-masing tanpa perlu diganggu kecuali ada kemungkinan pihak-pihak tertentu yang cuba sabotaj perhimpunan tersebut dengan provokasi.
Sepatutnya tugas pihak keselamatan pada masa itu ialah memberi kerjasama dengan baik kepada pihak pengajur seperti yang ditunjukkan oleh pihak keselamatan di Sarawak. Mereka dapat memberi kerjasama dengan baik kepada penganjur.
Tiada sebarang rusuhan dan provokasi yang boleh menyebabkan pihak keselamatan terpaksa bertindak untuk menghuraikan sebarang pergaduhan atau rusuhan di tempat tersebut kalau dijaga dengan baik.
Perhimpunan BERSIH 3.0 dan Hijau di Miri telah membuktikan tiada sebarang berlaku rusuhan atau kekecohan apabila semua pihak dapat bekerjasama dengan baik.
Kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada anggota keselamatan di Miri khususnya kerana memberi kerjasama yang baik dengan pihak penganjur dan juga orang ramai yang berhimpun pada waktu tersebut.
Kalau semua pihak dapat bekerjasama dengan baik sudah pasti rakyat dan pihak pemerintah akan hidup aman dan harmoni tanpa ada sebarang prejudis. Hanya mereka yang melakukan kesalahan saja takut menghadapi kenyataan.
Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak
MIRI - A peaceful rally BERSIH 3.0 and Green which was 1st time held in front of the Miri district office on 28th April 2012 has received overwhelming response from the people of Miri city.
This peaceful rally organized by the NGO in collaboration with the political organization has attracted many people to participate including those who oppose construction of the dam in the Baram.
People who came and gathered as early as 2pm in cooperation with the security make this rally run smoothly without any interference from certain quarters.
Several NGO leaders led by Mark Bujang and the coalition party leaders representatives are given a few minutes of speech without any interference from the authorities. They demanded that the government implement the electoral system in Malaysia done in a transparent and fair without any fraud.
Read more...