Jangan Sekat Perhimpunan BERSIH 3.0
Pihak kerajaan sepatutnya jangan menyekat perhimpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan serentak ke seluruh negara pada 28hb April 2012 nanti kerana mereka hanya DUDUK BANTAH bukannya bergerak seperti perhimpunan sebelumnya. Jangan sekat kebebasan rakyat nanti buruk akibatnya.
Seperti kata perumpamaan "Jangan dihalang air yang mengalir dari gunung (ulu) ke kuala sungai kerana apabila air penuh ianya akan melimpah ke kawasan lain yang boleh mengakibatkan banjir besar". Kalau
kerajaan menyekat kebebasan rakyat seperti yang dibenarkan oleh perlembagaan ini akan memburukkan imej sistem demokrasi Negara Malaysia di peringkat antarabangsa.
Apa salahnya mereka berhimpun sambil duduk selepas cukup masa sudah pasti mereka semua akan balik dan mencari makanan dan minuman. Secara tidak langsung ini akan menjana ekonomi atau memberi keuntungan kepada peniaga-peniaga.
Kepada pihak keselamatan pula mereka hanya perlu menjaga keselamatan dan mengawal lalu lintas agar semua urusan berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
Kita juga mendesak pengerusi SPR & timbalannya meletak jawatan sekiranya mereka berdua memang ahli kepada parti pemerintah. Disebabkan mereka lebih condong kepada parti pemerintah maka usaha rakyat untuk membersihkan sistem PRU13 akan menemui kegagalan.
Apabila rakyat sudah hilang kepercayaan kepada penjawat awam maka mereka perlu meletak jawatan secara terhormat dan gantikan mereka dengan orang yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik sebab apabila mereka yang diamanah untuk menjaga kepentingan awam mereka ini
lebih condong kepada mana-mana parti politik ini akan menyebabkan berlaku berat sebelah atau pilih kasih dalam melakukan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan awam.
Hanya mereka yang suka melakukan kerja-kerja kotor saja yang tidak suka BERSIH sebab ini akan menghalang mereka dari terus melakukan kerja-kerja kotor selama ini.
Semoga pihak kerajaan dapat bertolak ansur dan jangan menghalang rakyat dari menyuarakan perasaan mereka secara aman. Berlaku adillah untuk semua agar rakyat negara ini akan hidup aman dan harmoni.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Do not Block BERSIH 3.0 Assembly
The government should not restrict BERSIH 3.0 assemblies to be held simultaneously throughout the country on 28th April 2012 because they just SIT AGAINST not move as the previous rally. Do not restrict people's freedom will lead to undesirable consequences.
As the parable says, "Do not block the water from the mountain (upstream) to the river mouth because the water when full it will overflow into other areas which can be severe floods". If the government restricts freedom of the people as permitted by this constitution will tarnish the image of a democratic system of Malaysia in the international level.
What is wrong with gathering, while sitting after sufficient time it is sure they all go back and search for food and beverages. Indirectly, this will boost the economy or bring profits for traders.
To the security they only need to provide security and traffic control so that all business runs as usual without any interruption.
We also urge the EC & deputy chairman resign if they were indeed members of the ruling party. Because they are more tending to the ruling party, the efforts of the people to clean PRU13 system will fail.
When people have lost faith in public servants then they should dignified to resign and replace them with people who are not involved with any political parties because when they are entrusted to serve public interest they are more inclined to any political parties. This will lead to unfair or favor of doing things that involve the public interest.
Only those who love doing dirty work that do not like this because BERSIH will continue to prevent them from doing dirty work during this time.
Hopefully the government can tolerate and do not prevent people from expressing their feelings peacefully. Be fair to all so that people of this country will live in peace and harm
0 Comments Received
Post a Comment