Masalah Jalanraya Di Luar Bandar Sarawak Masih Teruk

Kita sudah sering kali mendengar ada wakil rakyat atau menteri berjanji untuk mengatasi masalah ini tetapi sehingga kini tiada sebarang perubahan berlaku, kalau ada pun hanya tampalan keatas jalan yang sedia ada saja.
Mengapa perkara ini boleh berlaku? Dimana kesilapannya, adakah berlaku ketirisan atau sebagainya? Perkara ini perlu disiasat sehingga ke akar umbi untuk mengetahui siapa sebenarnya yang melakukan penyelewengan keatas peruntukan yang berbilion ringgit tersebut.

Walaupun mereka ini penyokong kuat kerajaan BN (Barisan Nasional) tetapi keadaan jalanraya di kampung mereka masih lagi teruk dan jauh ketinggalan. Mereka seolah-olah masih lagi tinggal dalam keadaan 40 tahun yang lalu dengan keadaan jalan yang berlumpur, becak sewaktu hujan dan keadaan jalan berlubang.
Sepatutnya dengan adanya peruntukan yang berbilion ringgit kawasan luar bandar Sarawak mendapat jalanraya yang elok dan sesuai untuk semua kenderaan tetapi malangnya walaupun sudah berpuluh tahun di bawah kerajaan BN, keadaan jalanraya masih lagi teruk dan tidak selamat untuk pengguna jalanraya.
Kita mengesa agar pihak kerajaan segera mengatasi masalah ini, jangan hanya berjanji perkara yang sama setiap kali menjelang musim pilihanraya tetapi apabila selesai pilihanraya perkara ini senyap begitu saja tanpa sebarang tindakan diambil untuk mengatasinya.
Semoga kerjasama dengan pihak yang berkenaan dapat membantu menyelesaikan masalah ini dari berlarutan. Kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Problem of Sarawak Rural Roads Still Bad
We have often heard MPs or ministers promised to solve this problem but so far no major changes happen, even if there are only a patch on existing roads only.
Why this thing could happened? Where is the mistakes, whether leakage or the like. This matter needs to be investigated up to the grassroots to find out who is actually doing malpractice on the provisions of the billions of ringgit.

Although they are strong supporters of the BN (Barisan Nasional), but the condition of roads in their village is still severe and far behind. They seem to still live in the state 40 years ago with a muddy road conditions, muddy when it rains and condition of potholes.
Supposed to with the provisions of the billions of ringgit, the rural Sarawak should get a good road and is suitable for all vehicles but unfortunately even after tens of years under the BN government, road conditions remained severe and unsafe for road users.
We urge that the government immediately address this problem, do not just promise the same thing every time ahead of the general elections but when finished election this matter offhand silent without any action being taken to address them.
Hopefully cooperation with the relevant authorities to help solve this problem from lingering. Welfare of the people should be given priority regardless of race, religion and political affiliation.
Bukan luar bandar sahaja, sekitar jalan masuk ke kampung2 di sekitar bandar miri pun teruk. harapkan bangunan shopping complex, hotel jer yang membangun dengan gah tp jalan nak balik rumah especially di Kg Tanjung Batu Miri, near bypass macam hancuss.. lubang sana, lubang sini, sistem perparitan tak di kawal selia, time hujan jer banjir.. di miri ada lagi kawasan perumahan yang tak diturap contohnya di kampung usaha jaya Batu 8, rumah pprt dah naik tp jalan batu, itu pun dah makin teruk dengan lopak air n jalan dan berlubang2.Sumber air bersih pun belum ada. Mana pihak2 yang berkuasa, xkan susah sgt nak pegi kawasan yang dah memang berhampiran dgn bandar. bangunan kedai naik mcm cendawan tumbuh, tp jalan2 kg dah hampir 15tahun xditurap semula..mohon Pas buat tinjauan dan liputan di kawasan nie..