Budak Kecil Mangsa Kebakaran Genset Perlu Bantuan Segera
MIRI - Akibat dari genset terbakar seorang budak lelaki yang berumur 5 tahun melecur teruk di Kampung Api-Api Lutong, Miri beberapa bulan yang lalu. Keluarga mangsa memohon perhatian dari pihak kerajaan dan badan kebajikan agar dapat memberi bantuan segera untuk menampung perubatan anak mereka.
Mohd Khasimi adalah mangsa kebakaran ketika ayahnya cuba menghidupkan genset dihadapan rumah mereka yang digunakan untuk menyalurkan eletrik.
Menurut ibu mangsa, tiba-tiba percikan api keluar dari genset dan api menyambar mangsa dan juga ayahnya ketika ayahnya cuba hendak menghidupkan genset itu. Ayah mangsa cuma cedera dibahagian kaki tetapi Mohd Khasimi terkena hampir keseluruhan badan akibat api yang terbakar dari genset tersebut.
Disebabkan pihak kerajaan yang tidak menyediakan kemudahan asas seperti elektrik di kampung
tersebut, mereka terpaksa menggunakan genset yang mengunakan petrol sebagai sumber untuk menjana tenaga elektrik.
Mereka pernah memohon bekalan eletrik ke rumah mereka tetapi sehingga kini bekalan elektrik belum dipasang, walau nama Kampung Api-Api tetapi tiada api letrik.
Keluarga mangsa juga memohon agar pihak berwajib dapat membantu membina semula rumah mereka yang agak usang supaya mereka sekeluarga dapat sedikit keselesaan tinggal di rumah baru nanti. Bapa mangsa hanya seorang pekerja buruh yang perlu menyara hidup 5 orang anaknya termasuk mangsa.
Kita amat simpati nasib yang menimpa budak kecil ini kerana sebelah tangan dan juga kaki beliau bengkak dan sukar untuk berjalan seperti budak-budak lain. Hari Raya menjelang tiba, dia hanya duduk bersama ibu dan ahli keluarganya tanpa dapat berbuat apa-apa seperti budak-budak yang sebaya dengannya.
Kita mengesa pihak berwajib dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa terutama mangsa yang melecur yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar dapat dipulih sepenuhnya.
Pihak kami hanya mampu memberi sedikit bantuan tetapi pihak kerajaan dan pihak yang berkenaan perlu memberi bantuan sepenuhnya agar budak tersebut dapat pulih sepenuhnya.
Harap perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang berkenaan untuk bertindak segera menyelesaikan masalah keluarga terbabit. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Small boy of Genset Fire Victims Need Urgent Relief
MIRI - As a result of burning genset a boy who was 5 years old suffered serious burns in the Api-Api Village Lutong, Miri a few months ago. Victim’s family applies for the attention from the government and the charitable organizations to be able to provide immediate assistance to meet their child's medicine.
Mohd Khasimi is the fire victims when his father tried to turn on the genset in front of their house used to channel electricity. According to the victim's mother, suddenly a fire sparks and a fire come out of genset grabbed the victim and also his father while his father tried to turn on the generator. Victim’s father only injured by the leg but Mohd Khasimi affected almost the entire body due to the burning fire from the genset.
Due to the government that is not providing basic amenities like electricity in the village, they had to use a gensets that use gasoline as a source to generate electricity.
They ever apply electricity supply to their homes, but until now has not been installed electricity, although the name Kampung Api-Api but no electricity.
Victim's family also requested that the authorities can help rebuild their home that is quite dilapidated so that the family can live a little comfort in a new home later. The victim's father was just a laborer that needs to earn a living of 5 of his children including the victim.
We are very sympathy for the fate of the little boy as one hand and his feet swollen and hard to walk like other boys. Eid drew near he just sat with his mother and his family without being able to do anything like the boys of his age.
We urge the authorities to help ease the burden of the victim family especially the scalded victims that should be given appropriate attention so that he can be fully recovered.
We are only able to provide some assistance, but the government and the relevant authorities should give full support so that the child can be fully recovered.
Hope this gets appropriate attention from the relevant authorities to act quickly to solve the family problems. Cooperation with the parties concerned is highly appreciated.
Syabas dan Tahniah kepada PAS Miri kerana sering mengutarakan masalah-masalah rakyat dan juga kerap menegur pihak-pihak tertentu.
Tidak dinafikan penulisan blog di laman sosial ini baik dan adakalanya berhasil bagi sesetengah perkara yang diutarakan tetapi ada baiknya jika PAS Miri mengambil pendekatan berbeza dan lebih proaktif.
Setiap masalah-masalah dan teguran-teguran yang di ’cerita’ kan hanyalah seperti ‘tulisan’ tetapi alangkah baiknya jika ianya menjadi satu praktikal.
Bukan hanya sekadar turun padang bertemu masyarakat, kemudian menulis. Bukan hanya sekadar mendapat aduan, kemudian menulis.
PAS Miri disaran ubah pendekatan berbeza.
Bawalah masalah rakyat atau teguran kepada pihak berwajib sehingga kepada penyelesaiannya. Jangan sekadar menzahirkannya di media massa atau blog. Sebagai contoh, masalah kebajikan rakyat yang terabai, PAS Miri hanya lebih kepada ‘poli-gam’ dan sebagai pengakhiran ceritanya disusuli dengan pemberian sumbangan dari poket Jemaah. Ambil pendekatan lebih drastik dengan membawa perkara tersebut ke pihak berwajib dan PAS Miri menjadi ‘playmaker’ dalam menyelesaikan perkara sehingga ke tahap membawa orang-orang miskin ke pejabat kebajikan untuk mendapat pembelaan.
Begitu juga dengan aduan-aduan yang diterima daripada rakyat terhadap pihak berwajib kerajaan tempatan, sebagai contohnya isu kad pengenalan dan sijil kelahiran. Acap kali menggunakan ayat ‘menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib..’ rakyat muak. Datang dan bawa si pengadu sekaligus berjumpa dengan pihak berwajib dan dapatkan penyelesaian yang mengembirakan hati rakyat.
Memang diakui PAS bukan parti dominan pakatan pembangkang dan juga baru mula bertapak di negeri ini dalam belasan tahun tetapi tidak dinafikan jika pendekatan baru sebagai ’memimpin perubahan’ ianya tidak mustahil PAS akan menang di hati rakyat Sarawak.
-Sayang Sarawak-
Perkara ini sudah pun diselesaikan oleh pihak kebajikan.
Department of Welfare, Sarawak (Solved)
2013-08-05 03:25:55 PM
Bapa kepada Mohd Khasimi iaitu En Ariffin Abdullah 741008-13-5873 merupakan penerima bantuan Kebajikan Bantuan Kanak-Kanak @RM450 sejak Januari 2013. Lawat siasat ke rumah pada 12pm 05-08-2013 telah menasihatkan agar ibubapa meneruskan rawatan anak berkenaan ke hospital berdekatan pada masa yang sama telah merujuk kes ini ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang berdekatan dengan tempat kediaman mereka
Baitulmal pun ada bantu pok...ahli IMG: fb iban muslim pun ada bantu...