SMS Yang Tidak Diundang Menggangu Pengguna
Kita menerima aduan dari pengguna Celcom yang mengatakan dia terpaksa membayar SMS yang tidak diundang sedangkan beliau tidak pernah memerlukan SMS tersebut.
"Ini adalah perniagaan SANGAT SANGAT SANGAT tidak beretika dengan memberikan akses kepada Pihak Ketiga Akses Server anda .... sepatunya pihak Celcom tidak mengenakan caj kembali kepada Pelanggan seperti kita ..... saya akan menghantar e-mel ini juga kepada SKMM terhadap perniagaan yang tidak beretika yang ingin wang mudah daripada pelanggan ....Mengapa perlu membayar sesuatu kos yang tidak diundang?” Begitulah keluhan beliau terhadap kos yang dikenakan oleh syarikat telekomunikasi tersebut.
Beliau mengadu mengapa pihak Celcom tidak bertindak segera menghentikan SMS yang tidak dikenali dan mengecaj talian pengguna tanpa kebenaran, sepatutnya masalah SMS yang tidak diundang yang hanya mengambil untung atas pengguna patut dihentikan dengan serta merta disebabkan pihak Celcom mengatakan mereka tidak bertanggungjawab atas SMS tersebut.
Masalahnya ialah mengapa syarikat yang menyediakan SMS tersebut menggunakan perkhidmatan Celcom boleh mengenakan bayaran kepada pengguna tanpa kebenaran.
Kita mengesa pihak Celcom patut bertanggungjawab kepada pengguna yang menggunakan perkhimatan mereka dengan mengambil tindakan segera menghentikan SMS yang tidak diundang yang mengambil keuntungan dari pengguna tanpa kerelaan mereka.
Ramai pengguna terasa tertipu kerana terpaksa membayar SMS yang tidak diundang dengan kos yang terlalu mahal dan melampau dari kos sebenar.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga sepatutnya bertindak segera mengatasi masalah ini dari berterusan.
SMS HARAM yang tidak diundang dan menganggu pengguna talian dan merugikan pelanggan dan hanya menguntungkan syarikat yang tidak bertanggungjawab sepatutnya diambil tindakan dengan segera.
Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
The unwelcome SMS disturbing Consumers
We received a complaint from Celcom users who said he had to pay an unwelcome SMS while he never require that SMS.
"This is VERY VERY VERY unethical business by giving access to Third Party of your Server Access....by Right Celcom Should not back charge Customer like us .....I will forward this email also to MCMC on the unethical business who wants easy money from customer....Why should pay an unwelcome cost?" That his complaint against the costs incurred by the telecommunications company.
He complained why the Celcom does not act quickly stop SMS that are unknown and online charging without consent, should problems of the unwelcome SMS that just took profit on consumers should be stopped with immediate effect due to Celcom say they are not responsible for that SMS.
The problem is why the company that provides SMS use the services of Celcom can charge to consumers without permission.
We urge the Celcom should be accountable to consumers who use their services to take immediate action to stop the unwelcome SMS that take advantage of consumers without their consent.
Many users feel cheated having to pay the unwelcome SMS with the cost is too expensive and extreme than the actual cost.
The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) should be also act immediately address the problem from continuing.
PROHIBITED SMS that unwelcome and disturbing online users and disservice customers and only profitable the company that are not responsible should be acted upon immediately. The collaboration with the relevant authorities is greatly appreciated.
Syabas dan Tahniah kepada PAS Miri kerana sering mengutarakan masalah-masalah rakyat dan juga kerap menegur pihak-pihak tertentu.
Tidak dinafikan penulisan blog di laman sosial ini baik dan adakalanya berhasil bagi sesetengah perkara yang diutarakan tetapi ada baiknya jika PAS Miri mengambil pendekatan berbeza dan lebih proaktif.
Setiap masalah-masalah dan teguran-teguran yang di ’cerita’ kan hanyalah seperti ‘tulisan’ tetapi alangkah baiknya jika ianya menjadi satu praktikal.
Bukan hanya sekadar turun padang bertemu masyarakat, kemudian menulis. Bukan hanya sekadar mendapat aduan, kemudian menulis.
PAS Miri disaran ubah pendekatan berbeza.
Bawalah masalah rakyat atau teguran kepada pihak berwajib sehingga kepada penyelesaiannya. Jangan sekadar menzahirkannya di media massa atau blog. Sebagai contoh, masalah kebajikan rakyat yang terabai, PAS Miri hanya lebih kepada ‘poli-gam’ dan sebagai pengakhiran ceritanya disusuli dengan pemberian sumbangan dari poket Jemaah. Ambil pendekatan lebih drastik dengan membawa perkara tersebut ke pihak berwajib dan PAS Miri menjadi ‘playmaker’ dalam menyelesaikan perkara sehingga ke tahap membawa orang-orang miskin ke pejabat kebajikan untuk mendapat pembelaan.
Begitu juga dengan aduan-aduan yang diterima daripada rakyat terhadap pihak berwajib kerajaan tempatan, sebagai contohnya isu kad pengenalan dan sijil kelahiran. Acap kali menggunakan ayat ‘menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib..’ rakyat muak. Datang dan bawa si pengadu sekaligus berjumpa dengan pihak berwajib dan dapatkan penyelesaian yang mengembirakan hati rakyat.
Memang diakui PAS bukan parti dominan pakatan pembangkang dan juga baru mula bertapak di negeri ini dalam belasan tahun tetapi tidak dinafikan jika pendekatan baru sebagai ’memimpin perubahan’ ianya tidak mustahil PAS akan menang di hati rakyat Sarawak.
-Sayang Sarawak-
Terima kasih atas pandangan tuan Sayang Sarawak. Untuk pengetahuan tuan memang perkara ini telah mendapat respond dari pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Dibawah contoh dari respond dari SKMM
Ini respond dari SKMM
-----------------------------------
Tuan/Puan,
Pihak kami ambil maklum dan terima kasih di atas maklumbalas anda kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Bagi membantu pihak kami menangani dan menyiasat aduan yang diajukan, kami berharap agar pihak tuan/puan dapat memberikan maklumat terperinci seperti berikut dalam tempoh 3 hari berkerja untuk tindakan selanjutnya:-
1. Maklumat diri pengadu( Nama penuh, I/C Nombor Pemilik Talian, Alamat Penuh/Surat Menyurat, Nombor telefon yang boleh dihubungi)
2. Nombor akaun jalur lebar/selular yang diadukan (menerima sms)
3. Contoh sms yang diterima
4. Dokumen sokongan/sesalinan bil/bukti
5. No. Aduan (sekiranya perkara ini pernah dirujuk kepada pihak Celcom)
Sila hubungi kami sekiranya pihak tuan/puan memerlukan sebarang bantuan berhubung perkara ini melalui emel atau ditalian aduan 1800 888 030 (Isnin-Jumaat 8.30am - 5.30pm).
Sekian, terima kasih.
Che Norhazreen
Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor.
Aduan Melalui Internet: http://aduan.skmm.gov.my
Talian Aduan : 1-800-888-030
(8:30pagi-5.30ptg,Isnin-Jumaat)
Faks : 603 8688 1880
Emel : aduanskmm@cmc.gov.my
Laman Web SKMM : www.skmm.gov.my 0
Begitu juga dengan masalah budak yang terbakar di kpg Api-api juga mendapat respond dari pihak badan kebajikan dan mereka terus berjumpa dengan keluarga mangsa dan berjanji untuk menyelesaikan masalah budak tersebut. Ini hanya berapa contoh yang pihak PAS boleh bagi. In Sha Allah segala pandangan yang membina amat dihargai.
Terima kasih
Admin PAS Miri