Tong Sampah Rosak Perlu Gantian
Masalah tong sampah yang rosak dan penutup tercabut disebabkan cara pengendalian lori sampah yang tidak beretika semasa mengangkut sampah menyebabkan pengguna kediaman sekitar bandaraya Miri terpaksa membeli tong sampah baru sebagai ganti tong sampah yang sudah rosak itu.
Menurut mereka, pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) tidak bertanggungjawab atas kerosakan tong sampah akibat perbuatan pekerja kontraktor lori sampah itu. Pihak MBM tidak mahu mengantikan dengan tong sampah baru dan pengguna perlu membeli sendiri dari pihak kontraktor yang dilantik oleh pihak yang berkenaan.
Sepatutnya pihak MBM memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna yang telah menjelaskan cukai pintu mengikut jadual tanpa perlu membeli tong sampah baru sebagai ganti tong sampah yang sudah rosak akibat kecuaian pihak pengangkutan sampah.
Kita sedia maklum yang kualiti tong sampah itu baik tapi masalahnya semasa mengendali pembuangan tong sampah, pihak kontraktor pengangkutan sampah tidak berhati-hati semasa membuang sampah kedalam lori sampah mengakibatkan tong sampah itu rosak.
Kebanyakan tong sampah rosak akibat dari cara pengendalian yang agak kasar seperti mengheret tong dan membuang tong sampah dengan tergesa-gesa. Ada sesetengah tong sampah yang penutupnya rosak dan malah lebih teruk strukturnya juga pecah.
Jika masalah ini berterusan, ia akan menyebabkan sampah melimpah keluar apabila tong sampah tidak ditutup dengan betul. Apabila tong sampah itu tidak ada penutup dengan sempurna, maka air hujan akan mudah masuk dan menyebabkan tong sampah basah dan berbau busuk.
Kita mengesa agar pihak MBM dapat menganti tong sampah yang rosak itu dengan yang baru tanpa perlu pengguna membeli yang baru sebab setiap tahun MBM menerima hasil dari cukai pintu dari pengguna. Bukannya selalu para pengguna mengantikan tong sampah itu kecuali ianya sudah terlalu uzur dan rosak.
Harap pihak MBM dapat mempertimbangkan pemohonan para pengguna dan menyelesaikan masalah ini dengan sebaik mungkin agar pengguna tidak terasa rugi disebabkan perkhidmatan yang mereka terima tidak memuaskan dari pihak kontraktor yang kurang mesra. Kerjasama dengan pihak MBM untuk menyelesaikan masalah ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Damaged Trash Bin Need Replacement
The problem of the trash bin damaged and dislodged cover due to handling of the unethical garbage truck while transporting garbage cause residential consumers around the Miri city had to buy a new trash bin to replace the damaged trash bin.
According to them, the Miri City Council (MCC) is not responsible for the damage due the acts of garbage truck contractor's employees. The MCC do not want to replace with a new trash bins and the consumers needs to buy their own from the contractor which is appointed by the parties concerned.
MCC should give the best service to the consumers who paid the assessment on time without having to buy new trash bins instead of trash bins that are damaged due to the negligence of the garbage carriage.
We all know that the trash bins is a good quality but the problem is while handling the trash bins, garbage truck contractor's employees do not careful when throwing the garbage into a garbage truck cause the trash bin damaged.
Most of the trash bin damaged as a result of the relatively rough handling such as dragging and throwing the trash bins with hastily. There's some of the trash bin covers damaged and even worse the structure is also broken.
If the problem persists, it will result in the garbage spilling out when trash bin is not covered properly. When there is no trash bin cover properly, then the rainwater will easily enter and cause the trash bin wet and smelly.
We urge that the MCC can replace damaged bins with a new one without having for the user to buy a new one because every year MCC receive revenue of the assessment from the consumers. The consumers may not always replace the trash bin unless it is already too old and damaged.
Syabas dan Tahniah kepada PAS Miri kerana sering mengutarakan masalah-masalah rakyat dan juga kerap menegur pihak-pihak tertentu.
Tidak dinafikan penulisan blog di laman sosial ini baik dan adakalanya berhasil bagi sesetengah perkara yang diutarakan tetapi ada baiknya jika PAS Miri mengambil pendekatan berbeza dan lebih proaktif.
Setiap masalah-masalah dan teguran-teguran yang di ’cerita’ kan hanyalah seperti ‘tulisan’ tetapi alangkah baiknya jika ianya menjadi satu praktikal.
Bukan hanya sekadar turun padang bertemu masyarakat, kemudian menulis. Bukan hanya sekadar mendapat aduan, kemudian menulis.
PAS Miri disaran ubah pendekatan berbeza.
Bawalah masalah rakyat atau teguran kepada pihak berwajib sehingga kepada penyelesaiannya. Jangan sekadar menzahirkannya di media massa atau blog. Sebagai contoh, masalah kebajikan rakyat yang terabai, PAS Miri hanya lebih kepada ‘poli-gam’ dan sebagai pengakhiran ceritanya disusuli dengan pemberian sumbangan dari poket Jemaah. Ambil pendekatan lebih drastik dengan membawa perkara tersebut ke pihak berwajib dan PAS Miri menjadi ‘playmaker’ dalam menyelesaikan perkara sehingga ke tahap membawa orang-orang miskin ke pejabat kebajikan untuk mendapat pembelaan.
Begitu juga dengan aduan-aduan yang diterima daripada rakyat terhadap pihak berwajib kerajaan tempatan, sebagai contohnya isu kad pengenalan dan sijil kelahiran. Acap kali menggunakan ayat ‘menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib..’ rakyat muak. Datang dan bawa si pengadu sekaligus berjumpa dengan pihak berwajib dan dapatkan penyelesaian yang mengembirakan hati rakyat.
Memang diakui PAS bukan parti dominan pakatan pembangkang dan juga baru mula bertapak di negeri ini dalam belasan tahun tetapi tidak dinafikan jika pendekatan baru sebagai ’memimpin perubahan’ ianya tidak mustahil PAS akan menang di hati rakyat Sarawak.
-Sayang Sarawak-
Pihak MBM sudah mengambil tindakan terhadap perkara tersebut
di kawasan taman tunku, masalah kerosakan tong sampah sangat teruk disebabkan cara pengendalian yang tidak betul dan kasar. penutup tong sampah yang telah rosak di buang berserta dengan sampah ke dalam lori sampah..apabila tong sampah tiada penutup sampah, pencemaran bau berlaku. tambahan lagi, jadual pemungutan sampah yang tidak menentu,kadang 2 kali seminggu, tapi paling kerap 1 kali seminggu...memang teruk..