Haramkan Penjualan Mercun Pada Musim Perayaan Umat Islam

Setiap kali musim menyambut perayaan Hari Raya, pasti kita akan mendengar ada anak-anak orang Melayu Islam yang menjadi mangsa akibat bermain mercun buatan sendiri. Jarang sekali kita mendengar kes yang sama berlaku pada masyarakat Cina walaupun pada kebiasaannya bermain mercun adalah budaya kaum Cina.

Kebanyakan kes kecederaan bermain mercun terjadi kepada anak-anak orang Melayu. Mengapa perkara ini sering terjadi terhadap kanak-kanak atau remaja Melayu? Adakah mereka ini terlalu kreatif sehingga sanggup mengubah bahan mercun tersebut sehingga boleh mendatangkan kecederaan pada diri sendiri dan juga orang lain. Sayangnya anak-anak Melayu kurang perhatian tentang keselamatan diri semasa bermain mercun buatan sendiri sehingga menyebabkan kecederaan yang serius seperti putus jari, kecederaan di muka dan sebagainya.

Bermain mercun bukan budaya orang Islam atau orang Melayu maka seharusnya pihak berkuasa mengetatkan lagi undang-undang mengedar dan menjual mercun semasa menyambut musim perayaan terutama pada musim perayaan umat Islam seperti Hari Raya.

Dari mana mereka mendapat bekalan mercun ini? Kalau pihak berkuasa bertindak tegas membenteras kegiatan penjualan mercun secara haram ini, sudah pasti anak-anak ini sukar untuk membelinya secara bebas di pasaran.

Kita mengesa pihak berkuasa memantau serta mengambil tindakan tegas kepada pengedar dan  penjual mercun yang melanggar larangan menjual mercun kepada anak-anak Islam semasa musim perayaaan orang Islam.  Islam melarang umatnya meniru budaya atau agama orang lain terlebih lagi yang boleh mendatangkan kecederaan atau membahayakan keselamatan orang ramai seperti bermain mercun buatan sendiri atau yang diubah suai.

Kesan negatifnya akibat bermain mercun buatan sendiri, ramai anak-anak Melayu terlantar di hospital. Mereka sepatutnya bergembira meraikan Hari Raya bersama keluarga tetapi terpaksa beraya di hospital disebabkan mengalami kecederaan akibat bermain mercun buatan sendiri.

Semua pihak harus berkerjasama membenteras kegiatan ini terutama ibu bapa dan juga masyarakat awam supaya dapat menasihati anak-anak mereka agar jangan bermain mercun buatan sendiri yang boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan juga orang lain.

Semoga tahun-tahun yang mendatang kita tidak akan mendengar lagi ada kes-kes anak-anak orang Melayu cedera akibat bermain mercun buatan sendiri terutama sekali semasa musim perayaan. Kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.


Jofri Jaraiee
PAS Sarawak



English version

Ban Firecrackers sale During the Muslims Festive Season

Every time celebrating Eid season, surely we will hear some Malay Muslims children who become victims of homemade firecrackers. Rarely do we hear a similar case occurred in Chinese society even though firecrackers are typically Chinese culture.

Most cases of firecrackers injuries occurred to Malay children. Why these things often happen to children or Malay teenagers? Are they too creative until willing to change the substance of firecrackers until it can cause injury to themselves and others?  Unfortunately Malay children less attention to personal safety while playing homemade firecrackers that cause serious injury such as suffered finger injuries, injuries to his face and so on.

Playing with firecrackers is not the culture of Muslims or Malays then the authorities should tighten the law of distributes and selling firecrackers in welcoming the festive season, especially in the Muslim festive seasons such as Eid.

Where they get these firecrackers supplies? If the authorities act decisively to curb illegal firecrackers sales activities, I'm sure the kids are hard to buy freely in the market.

We urge the authorities to monitor and take action to distributors and retailers selling fireworks in violation of firecracker ban on Muslim children during the Muslim festive season.
Islam forbids its followers to imitate the culture or other religions especially which may cause injury or endanger public safety such as homemade firecrackers or that are modified.

The negative effects due to homemade firecrackers cause many Malay children lying in hospital. They should be happy celebrating Eid with the family but had joyous time at the hospital due to injuries consequences of homemade firecrackers.

All parties must work together to curb this activity especially parents and civil society in order to advise their children not to play with firecrackers homemade that can be dangerous on themselves and others. May the years to come we will not hear anymore there were cases of Malay children injured by homemade firecrackers especially during the festive season.

Cooperation with the authorities to solve this problem is highly appreciated.