Mengehadkan tempoh maksimum pinjaman membebankan peminjam
Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan satu set langkah yang berkuatkuasa serta merta pada awal bulan ini,untuk mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama. Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata langkah itu mengehadkan tempoh maksimum pinjaman peribadi kepada 10 tahun dan pembiayaan pembelian hartanah kediaman kepada 35 tahun dan melarang penawaran produk pembiayaan peribadi yang diluluskan terlebih dahulu. Turut termasuk ialah penetapan nisbah khidmat bayaran hutang yang membolehkan isi rumah mempunyai penampan kewangan mencukupi untuk melindungi mereka daripada kenaikan kos dan kejadian yang tidak dijangka.Pada Mac tahun ini, nisbah hutang isi rumah berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) di Malaysia berkembang sebanyak 13 peratus kepada 83 peratus daripada 70 peratus pada 2009, paras tertinggi bagi negara membangun di Asia.
Walaupun langkah ini dianggap baik , tindakan BNM ini seolah-olah memberi lebih perlindungan kepada institusi perbankan dalam soal mengawal hutang lapuk .Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan yang menyelia perbendaharaan Negara dan bertanggungjawab secara langsung dengan BNM,disarankan tidak menumpukan hanya kepada kawalan hutang isi rumah, tetapi keutamaan kepada meningkatkan pendapatan.
Harus diingat,kajian ada menyebutkan,produktiviti pekerja naik sehingga 6% setiap tahun, tetapi pendapatan ramai masih kekal di tahap yang lama. Isu gaji minimum yang tidak pernah selesai membuktikan kegagalan dalam hal kebajikan rakyat ini. Asasnya,mengurangkan beban hutang isi rumah perlu, tapi meningkatkan pendapatan isi rumah itu lebih perlu. Apakah langkah bestari yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini? Adakah pihak kerajaan akan membina lebih banyak rumah mampu milik yang boleh dimiliki rakyat apabila langkah ini dijalankan? Janji 1 juta rumah mampu milik terus ditagih, janji menurunkan harga kereta ke had minimum juga ditunggu. Pada dasarnya, masalah kehidupan rakyat yang tertekan oleh inflasi tidak akan selesai, selagi masalah pendapatan rakyat sendiri tidak diselesaikan.
Memang langkah tersebut pada dasarnya baik untuk menyekat orang dari berhutang terlalu lama tetapi masalahnya bagaimana pihak penghutang perlu membayar balik kadar faedah yang tinggi dengan hasil pendapatan yang rendah. Ini sudah pasti akan menyebabkan penghutang akan terus menderita sepanjang masa kerana segala pendapatannya hanya digunakan untuk membayar hutang dalam tempoh yang pendek.
Ini boleh menyebabkan tekanan kepada pihak penghutang kerana tidak mampu untuk menanggung hutang yang berpanjangan kecuali pihak kerajaan menurunkan kadar faedah dan juga melaksanakan sistem kadar gaji minimum supaya penghutang dapat membayar balik hutang dalam tempoh yang pendek seperti langkah dilaksanakan sekarang.
Pihak kerajaan boleh melaksanakan langkah tersebut dengan syarat kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman, turunkan harga rumah, turunkan harga kenderaan dan naikkan gaji atau hasil pendapatan rakyat perlu ditingkatkan.
Bahan-bahan mentah untuk kegunaan pembinaan dan pembangunan juga perlu dikawal sepenuhnya supaya tiada pihak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan tersebut. Barang keperluan harian juga perlu dikawal sepenuhnya agar harga tidak naik secara drastik. Kalau langkah ini dapat dilaksanakan oleh pihak kerajaan, maka masalah untuk memendekkan tempoh berhutang boleh dilaksanakan dengan baik.
Harap pihak kerajaan dapat mengkaji semula cadangan tersebut agar ianya tidak menjadi beban kepada penghutang dan juga kepada rakyat yang memerlukan keperluan asas seperti rumah dan kenderaan.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Limiting the maximum loan burden borrowers
Bank Negara Malaysia (BNM) to implement a set of measures with immediate effect earlier this month, to avoid excessive household debt and strengthen responsible lending practices by major creditors. BNM Governor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, said the move would limit the maximum duration to 10 years personal loans and financing for the purchase of residential properties to 35 and prohibit personal finance product offerings approved in advance. Also included are the debt service charges ratio settings that allow households have sufficient financial buffer to protect them from rising costs and unexpected events. In March this year, the ratio of household debt compared to gross domestic product (GDP) in Malaysia grew by 13 percent to 83 percent from 70 percent in 2009, the highest level for developing countries in Asia.
Although this step is considered good, BNM action seems to give more protection to banking institutions in terms of controlling bad debts. As a responsible government, the governments that supervise the National Treasury and are responsible directly to BNM, are urged not to focus only on household debt control, but priority to increase revenues.
It should be remembered, says one study, labor productivity rose up to 6% per year, but many still remain income at the old level. The minimum wage issue has not been solved proves the failure of the people's welfare. Basically, reducing the debt burden of the household is necessary, but increase the household income is more appropriate. What a smart move that will be done by the government to solve this problem? Will the government build more affordable homes can be owned when this step done? Promise of 1 million affordable homes continue to be billed, the promise of lower car prices to a minimum is also awaited. In essence, the problem of depressed people's lives by inflation will not be ended, as long as the incomes of the people themselves are not resolved.
It is basically a good step to stop people from owes for too long but the problem is how the debtor to pay back the high interest rates with a low income. This will undoubtedly cause the debtor will continue to suffer all the time because all his income only used to pay off the debt in the short term.
This can cause pressure on the debtor for being unable to incur prolonged debt unless the government lowered interest rates and also implement the minimum wage so that the debtor can repay the debt in the short term as a steps implemented now.
The government can implement these measures with provided the government to reduce loan interest rates, lower home prices, and lower vehicle prices and raise wages or income of the people should be improved.
Raw materials for construction and development should also be controlled so that no party took the opportunity to raise the price of goods. Daily essentials should also be controlled so that the price does not go up drastically. If this step can be implemented by the government, then the problem to shorten the debt can be implemented effectively.
Hope that the government would review the proposal so that it will not be a burden to the debtor and to the people who need basic necessities such as houses and vehicles.
0 Comments Received
Post a Comment