Penduduk Kampung Batu 8 Amat memerlukan Bekalan Air Bersih
LAMBIR - Kampung Usaha Jaya Batu 8 jalan Miri Bintulu yang terletak lebih kurang 10 kilometer dari pusat bandaraya Miri masih terpinggir dari arus pembangunan dan kemudahan asas. Penduduk Kampung Usaha Jaya Batu 8 mengadu yang mereka sudah lama menanti bekalan air bersih untuk disambungkan ke rumah mereka tetapi sehingga kini mereka hanya diberi tangki 1Malaysia sebagai tempat takungan tadahan air hujan. Walaupun Loji Perawatan Air LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara) di Lambir hanya beberapa kilometer saja dari kampung tersebut namum keperluan asas seperti bekalan air bersih masih belum disambung ke tempat kediaman mereka. Cuma yang ada hanya bekalan elektrik dan juga projek jalan desa yang belum siap sepenuhnya. Perkara ini sudah lama berlaku dan inilah masalah yang sering menjadi persoalan penduduk kampung tersebut mengapa pihak yang berkenaan tidak dapat menyalur bekalan air bersih ke kawasan mereka.
Mereka amat perlukan bekalan air bersih untuk kegunaan harian terutama kepada penduduk Islam yang mengerjakan ibadat puasa dan akan menyambut hari perayaan. Masalah tiada bekalan air bersih kepada penduduk kampung ini akan menjadi lebih sukar apabila berlaku kemarau panjang kerana air hujan yang ditakung dalam tangki tidak mencukupi untuk kegunaan harian. Disamping masalah bekalan air bersih, keadaan jalan kampung yang masih belum bertar sepenuhnya juga perlu diberi perhatian oleh pihak yang berwajib, walaupun projek jalan desa sudah lama dijalankan tapi masih belum siap sepenuhnya. Keadaan peparitan yang tidak teratur, jalan tidak rata dan masih ada lopak, seharusnya tidak terjadi sekiranya projek jalan desa dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak yang berkenaan. Setelah BN mencapai kejayaan besar dalam PRU13 yang lalu dan berjanji akan menepati setiap janji, sepatutnya masalah bekalan air bersih di kawasan tersebut dapat diatasi dan diberi keutamaan kerana penduduk di kawasan itu telah memberi sokongan padu kepada kerajaan BN.
Semoga masalah bekalan air bersih dan jalan penduduk Kampung Batu 8 ini dapat diatasi dengan segera oleh pihak yang berkenaan. Dengan adanya bekalan air bersih sekurang-kurangnya ini akan memberi kemudahan kepada penduduk kampung tersebut terutama sekali kepada penduduk yang beragama Islam yang sedang mengerjakan ibadat puasa. Mereka tidak perlu lagi bersusah payah menadah air hujan di saat mereka amat memerlukan air untuk kegunaan harian. Kita mengesa pihak yang berwajib mengambil perhatian dan bertindak segera mengatasi masalah rakyat ini tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.
English version
The villagers of Batu 8 in dire need of Clean Water Supply
The residents of Kampung Usaha Jaya Batu 8 complained that they had been waiting for a clean water supply to be connected to their homes, but until now they have only given 1Malaysia tank as the rainwater catchment reservoir.
Although LAKU Water Treatment Plant (Northern Region Water Board) in Lambir just a few kilometers from the village but the basic needs such as clean water supply has yet to be connected to their living quarters. Just that there is only electricity supply and rural road projects that has not been fully completed.
This thing has been going on and this problem is often a question of villagers why do relevant authorities cannot channel water supply to their area.
In addition to the problem of clean water supply, village road condition that has yet to fully tarred also need to be addressed by the authorities, although rural road projects has long been carried out but still not fully completed.
The irregular drainage conditions, uneven roads and there are still potholes, it should not happen if the rural road projects are implemented properly by the parties concerned.
After BN achieved great success in the past 13GE and promised to fulfill every promises, supposed the clean water supply problems in the area can be addressed and given priority because the population in the area has given a strong support to the BN government.
Hopefully, clean water supply and road of the Batu 8 villagers can be resolved immediately by the parties concerned. With the availability of clean water supply at least this will give the convenience to the villagers, especially the Muslim population that performing the fast. They are no longer need to struggle collect rainwater when they are in dire need of water for daily use.
We urged the relevant authority to take note and act quickly to overcome these people's problems regardless of race, religion and political affiliation. The collaboration with the relevant authorities is greatly appreciated.
Syabas dan Tahniah kepada PAS Miri kerana sering mengutarakan masalah-masalah rakyat dan juga kerap menegur pihak-pihak tertentu.
Tidak dinafikan penulisan blog di laman sosial ini baik dan adakalanya berhasil bagi sesetengah perkara yang diutarakan tetapi ada baiknya jika PAS Miri mengambil pendekatan berbeza dan lebih proaktif.
Setiap masalah-masalah dan teguran-teguran yang di ’cerita’ kan hanyalah seperti ‘tulisan’ tetapi alangkah baiknya jika ianya menjadi satu praktikal.
Bukan hanya sekadar turun padang bertemu masyarakat, kemudian menulis. Bukan hanya sekadar mendapat aduan, kemudian menulis.
PAS Miri disaran ubah pendekatan berbeza.
Bawalah masalah rakyat atau teguran kepada pihak berwajib sehingga kepada penyelesaiannya. Jangan sekadar menzahirkannya di media massa atau blog. Sebagai contoh, masalah kebajikan rakyat yang terabai, PAS Miri hanya lebih kepada ‘poli-gam’ dan sebagai pengakhiran ceritanya disusuli dengan pemberian sumbangan dari poket Jemaah. Ambil pendekatan lebih drastik dengan membawa perkara tersebut ke pihak berwajib dan PAS Miri menjadi ‘playmaker’ dalam menyelesaikan perkara sehingga ke tahap membawa orang-orang miskin ke pejabat kebajikan untuk mendapat pembelaan.
Begitu juga dengan aduan-aduan yang diterima daripada rakyat terhadap pihak berwajib kerajaan tempatan, sebagai contohnya isu kad pengenalan dan sijil kelahiran. Acap kali menggunakan ayat ‘menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib..’ rakyat muak. Datang dan bawa si pengadu sekaligus berjumpa dengan pihak berwajib dan dapatkan penyelesaian yang mengembirakan hati rakyat.
Memang diakui PAS bukan parti dominan pakatan pembangkang dan juga baru mula bertapak di negeri ini dalam belasan tahun tetapi tidak dinafikan jika pendekatan baru sebagai ’memimpin perubahan’ ianya tidak mustahil PAS akan menang di hati rakyat Sarawak.
-Sayang Sarawak-