Balai Polis Pusat Perlu Setaraf Dengan Kedudukannya Dalam Bandaraya
Balai Polis Miri Perlu Dibaikpulih
MIRI – Balai polis pusat bandaraya Miri perlu dinaik taraf agar ianya bersesuaian dengan status Miri sebagai bandaraya. Balai polis yang terletak ditengah bandaraya Miri yang dalam keadaan bangunan yang agak usang dan sudah terlalu lama perlu dibina semula serta dilengkapi dengan peralatan canggih yang bersesuaian dengan keadaan semasa.
Begitu juga dengan saiz balai polis sekarang yang agak kecil, padat dan kawasannya agak terhad untuk parkir maka perlu dibina balai polis yang bertingkat untuk memberi ruang yang lebih luas supaya anggota polis yang bertugas dalam balai tersebut dapat bekerja dengan selesa dan tidak bersesak.
Ruang tempat parkir terhad di balai polis pusat bandaraya Miri menyebabkan pengadu sukar untuk meletak kenderaan mereka terutamanya pada waktu puncak.
Ruang parkir khas untuk pengadu perlu diperbanyakkan untuk memudahkan pengadu yang membuat laporan polis dapat meletakkan kenderaan mereka di tempat yang lebih selamat tanpa perlu mencari atau meletak kenderaan jauh dari balai polis.
Dengan adanya bangunan bertingkat kawasan untuk meletak kenderaan sudah pasti lebih luas untuk anggota polis dan juga pengadu meletak kenderaan mereka dan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesesakan terutama sekali waktu kemuncak. Kesukaran pengadu meletak kenderaan mereka menyebabkan mereka meletak kenderaan mereka di merata tempat menyebabkan jalan masuk ke balai polis jadi sesak.
Pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kebajikan polis perlu beri perhatian tentang masalah ini. Ini adalah masalah pengadu semasa membuat laporan polis dan juga untuk kemudahan anggota polis yang bertugas dalam balai polis tersebut.
Masalah pengadu yang menunggu terlalu lama juga perlu diberi perhatian oleh pihak polis yang bertugas di balai. Dengan menggunakan peralatan yang canggih dan moden sudah pasti pihak polis dapat menerima aduan dan bertindak balas dengan pantas untuk membenteras kegiatan jenayah yang semakin menular sekarang ini.
Sekali lagi kita mengesa pihak berkuasa dapat memberi perhatian yang sewajarnya tentang masalah balai polis pusat bandaraya Miri ini, agar ianya perlu dibina semula dan dinaiktaraf dengan segera supaya ianya tidak ketinggalan dari arus pembangunan yang semakin pesat di bandaraya Miri.
Semoga perkara ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak berkuasa agar kebajikan anggota polis tetap terjaga dan tidak diabaikan begitu saja supaya anggota polis yang menjalankan tugas dalam balai polis Miri atau dimana-mana saja dapat bekerja dengan selesa dan dapat menerima aduan dari orang ramai dengan mesra, tepat dan cekap.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Miri police station should be upgraded
MIRI - Miri central police station needs to be upgraded to meet the Miri status as a city. The police station is located in the middle of Miri city which the conditions of the building somewhat dilapidated and too old need to be reconstructed and equipped with sophisticated equipment that suits with the current situation.
Similarly, the size of the police station now is relatively small, compact and relatively limited area for parking then should be built a multi-storey police station to give a wider space so that the policemen on duty in the station is able to work comfortably and not crowded.
Limited parking space at the Miri central police station is causing the complainant difficult to park their vehicles especially during peak hours.
Special parking space for the complainant should be increased to facilitate the complainant lodged a police report can park their vehicles at the safe place without having to search or parking far away from the police station.
With the advent of multi-storey buildings the area for parking certainly more extensive for police personnel and the complainant park their vehicles and this at least able to reduce congestion, especially during peak hours. Difficulties of the complainant park their vehicles causes they park their vehicles all over the place causing the entrance to the police station so crowded.
The responsible party of the police welfare affairs needs to pay attention to this problem. This is a problem of the complainant during a police report and for the convenience of the policemen on duty in the police station.
The problem of waiting too long of the complainant should also be noted by the police on duty at the station. By using sophisticated and modern equipment is certainly the police can receive complaints and respond quickly to curb crime which is spreading now.
Once again we urge the authorities to give due attention to the problem of the Miri central police station, so that it must be rebuilt and upgraded immediately so as not to be left out from the mainstream of an increasingly rapid development in the Miri city.
Hopefully this things get appropriate attention from the authorities so that the welfare of police personnel intact and not be ignored offhand so that police personnel on duty in the Miri police station or anywhere can work comfortably and be able to receive complaints from the public in a friendly, accurate and efficient manner.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2013
(109)
-
▼
July
(7)
- Akibat Main Mercun Buatan Sendiri Ramai Anak Melay...
- 22hb Julai Hari Kemerdekaan Sarawak Sebenar!
- Janji lisan PM Yang Tidak Ditepati
- Logo HALAL Disalahgunakan?
- Dasar Baru Pinjaman Bank Negara Menekan Kehidupan ...
- Masalah Kampung Batu 8 Masih Belum Selesai
- Balai Polis Pusat Perlu Setaraf Dengan Kedudukanny...
-
▼
July
(7)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
The should build like Balai Polis Sentral in Sibu