Logo HALAL Disalahgunakan?
Pastikan Sijil atau Logo Halal Dipamirkan Mendapat Kebenaran Dari JAKIM
Setiap kali menjelang musim perayaan isu harga ayam menjadi topik hangat kepada setiap pengguna terutama sekali kepada umat Islam yang akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.
Oleh kerana pemintaan terlalu banyak untuk mendapatkan daging ayam semasa musim perayaan, kita sebagai pengguna Islam juga perlu khuatir kerana ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan menjual daging ayam dengan harga murah tanpa mengira halal haram terutama sekali untuk mendapatkan keuntungan segera.
Bukan saja masalah harga ayam naik tetapi sebagai pengguna, umat Islam juga perlu berhati-hati ketika membeli daging ayam di pasaraya yang meletakan tanda Halal dengan harganya lebih rendah dari harga biasa.
Umat Islam perlu berhati-hati ketika membeli daging ayam yang berharga murah di pasaraya yang tidak disahkan halal oleh pihak yang berwajib seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Mereka mungkin hanya meletak logo ‘Halal’ di permis jualan mereka tetapi mungkin sijil halal sudah tamat tempoh atau tidak ada sijil pengesahan dari pihak JAKIM.
Kita mahu pihak JAKIM dan JAIS (Jabatan Agama Islam Sarawak) mempastikan logo 'Halal' yang dipamirkan oleh penjual daging ayam yang terdapat di pasaraya di Sarawak betul-betul Halal dan mendapat pengesahan dari pihak yang berkenaan kerana ada orang yang mengadu terdapat pasaraya yang menjual daging ayam yang meletak logo Halal tetapi sijil Halal tidak dipamirkan.
Perkara semacam ini perlu diberi perhatian oleh pihak JAKIM dan juga JAIS untuk mempastikan tiada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan logo ‘Halal’ menjual daging ayam yang tidak disembelih menurut hukum syarak semata-mata untuk mendapat keuntungan segera tanpa mengira status halal sebenar.
Islam amat mementingkan soal kebersihan dalam pemakanan agar makanan yang dimakan terjamin bersih dan halal dari segi hukum syarak.
Kita mengesa pihak JAKIM dan JAIS agar perlu sentiasa membuat pemantauan di pasaraya dan pasar-pasar yang menjual daging ayam dengan harga yang rendah tetapi tidak dipastikan Halal. Pastikan mereka ada sijil Halal yang sah dari pihak yang berkenaan supaya umat Islam yang ingin membeli daging ayam di tempat tersebut tidak terbeli ayam yang tidak disembelih secara sah menurut hukum syarak.
Kerjasama dengan pihak JAKIM dan JAIS untuk mempastikan kebersihan dan status Halal ayam yang dimakan oleh umat Islam terjamin Halal dan tidak meragukan amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Make sure that Halal Certificate or logo displayed Getting Permission from Jakim
Each time the festive season the chicken price issue became a hot topic to all users, especially to the Muslims who will celebrate the Eid soon. Due to too much demand for chicken meat during the festive season, we as Muslim consumers need to worry because there are certain parties that take advantage selling the chicken meat with a cheap price regardless of Halal especially for quick profits.
Is not only the problem of chicken prices up, but as a consumer, the Muslims also need to be careful when buying chicken meat at the supermarket that put Halal label with a price is lower than the normal price.
The Muslims need to be careful when buying low priced chicken meat at the supermarkets that are not certified Halal by the authorities as JAKIM (Department of Islamic Development Malaysia). They probably just put 'Halal' logo in their sales premises but probably Halal certificate has expired or no certification from JAKIM.
We want the JAKIM and JAIS (Sarawak Islamic Religious Department) ensure the 'Halal' logo shown by the chicken meat sellers that are available in supermarkets in Sarawak totally Halal and receive approval from relevant authorities because there are people who complain there are supermarket who selling chicken meat that put Halal logo but not Halal certificates displayed.
This sort of thing should be addressed by JAKIM and JAIS to ensure that there are no parties irresponsible to use the 'Halal' logo selling chicken meat not slaughtered according to Islamic law just to get a quick profit regardless of the actual Halal status.
Islam is very concerned about the cleanliness of the diet so that the food we eat guaranteed clean and Halal according to Islamic law.
We urge the Jakim and Jais need to constantly monitor the supermarkets and markets who selling the chicken meat with low prices but not assured Halal. Make sure that they have a valid Halal certificate from relevant authorities so that the Muslims who want to buy chicken meat will not unintentionally buy chicken that is not slaughtered legally according to Islamic law.
Collaboration with JAKIM and JAIS to ensure cleanliness and Halal status of poultry eaten by Muslims is Halal guaranteed and no doubt is greatly appreciated.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2013
(109)
-
▼
July
(7)
- Akibat Main Mercun Buatan Sendiri Ramai Anak Melay...
- 22hb Julai Hari Kemerdekaan Sarawak Sebenar!
- Janji lisan PM Yang Tidak Ditepati
- Logo HALAL Disalahgunakan?
- Dasar Baru Pinjaman Bank Negara Menekan Kehidupan ...
- Masalah Kampung Batu 8 Masih Belum Selesai
- Balai Polis Pusat Perlu Setaraf Dengan Kedudukanny...
-
▼
July
(7)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
Syabas dan Tahniah kepada PAS Miri kerana sering mengutarakan masalah-masalah rakyat dan juga kerap menegur pihak-pihak tertentu.
Tidak dinafikan penulisan blog di laman sosial ini baik dan adakalanya berhasil bagi sesetengah perkara yang diutarakan tetapi ada baiknya jika PAS Miri mengambil pendekatan berbeza dan lebih proaktif.
Setiap masalah-masalah dan teguran-teguran yang di ’cerita’ kan hanyalah seperti ‘tulisan’ tetapi alangkah baiknya jika ianya menjadi satu praktikal.
Bukan hanya sekadar turun padang bertemu masyarakat, kemudian menulis. Bukan hanya sekadar mendapat aduan, kemudian menulis.
PAS Miri disaran ubah pendekatan berbeza.
Bawalah masalah rakyat atau teguran kepada pihak berwajib sehingga kepada penyelesaiannya. Jangan sekadar menzahirkannya di media massa atau blog. Sebagai contoh, masalah kebajikan rakyat yang terabai, PAS Miri hanya lebih kepada ‘poli-gam’ dan sebagai pengakhiran ceritanya disusuli dengan pemberian sumbangan dari poket Jemaah. Ambil pendekatan lebih drastik dengan membawa perkara tersebut ke pihak berwajib dan PAS Miri menjadi ‘playmaker’ dalam menyelesaikan perkara sehingga ke tahap membawa orang-orang miskin ke pejabat kebajikan untuk mendapat pembelaan.
Begitu juga dengan aduan-aduan yang diterima daripada rakyat terhadap pihak berwajib kerajaan tempatan, sebagai contohnya isu kad pengenalan dan sijil kelahiran. Acap kali menggunakan ayat ‘menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib..’ rakyat muak. Datang dan bawa si pengadu sekaligus berjumpa dengan pihak berwajib dan dapatkan penyelesaian yang mengembirakan hati rakyat.
Memang diakui PAS bukan parti dominan pakatan pembangkang dan juga baru mula bertapak di negeri ini dalam belasan tahun tetapi tidak dinafikan jika pendekatan baru sebagai ’memimpin perubahan’ ianya tidak mustahil PAS akan menang di hati rakyat Sarawak.
-Sayang Sarawak-