Banjir Terjadi Akibat Perbuatan Manusia
Banjir sering terjadi di kawasan tanah rendah begitu juga banjir kilat sering terjadi di bandar-bandar akibat sistem peparitan yang tidak sistematik. Antara faktor-faktor lain terjadinya banjir ialah aktiviti penebangan hutan dan pembalakan yang tidak terkawal. Apabila kawasan hutan diterokai permukaan bumi akan menjadi gondol akibat tidak diliputi oleh sebarang tumbuh-tumbuhan yang boleh mengawal air dari terus mengalir ke kawasan tanah lapang.
Tanah di tebus guna dengan mengambil tanah daripada kawasan bukit juga menyebabkan bukit menjadi gondol dan hujan yang lebat akan menyebabkan sungai menjadi cetek dan tidak dapat menampung jumlah air yang banyak akibat hakisan. Di kawasan bandar juga sering terjadi banjir kilat akibat sistem peparitan yang tidak teratur dan sering tersumbat akibat sampah sarap yang tidak dibuang dengan betul.
Sepatutnya masalah banjir kilat ini dapat diatasi sekiranya pihak kerajaan dapat membina peparitan yang lebih sistematik dan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah dimerata tempat termasuklah didalam longkang dapat dikawal sebaik mungkin.
Longgokan sampah yang banyak menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan tersekat. Air tidak dapat mengalir dengan lancar akibat dihalang oleh sampah. Apabila musim hujan lebat, air tidak dapat mengalir terus ke sungai berdekatan malah lebih merumitkan keadaan apabila berlakunya banjir dan kawasan berdekatan juga akan turut sama terjejas.
Langkah-langkah keselamatan yang harus diambil segera untuk menyelamatkan nyawa manusia dan alam sekitar adalah dengan menghentikan aktiviti penebangan hutan dan perladangan secara besar-besaran yang tidak sistematik.
Pihak yang berwajib seharusnya segera bertindak dengan peraturan yang lebih ketat dan mengenakan denda yang lebih tinggi bagi menyekat mana-mana individu atau syarikat yang didapati bersalah dari terus menjalankan aktiviti penebangan hutan secara tidak terkawal. Selain itu,hutan simpan harus dikekalkan untuk memelihara pokok-pokok yang berharga daripada dimusnahkan.
Selain itu pihak Jabatan Parit dan Taliair perlu menyediakan Tebatan Banjir, Pemecah Ombak di Muara, Parit dan Saliran, Pengairan dan Saliran Sub-Projek yang lebih berkesan untuk mengawal air pasang dari melimpah ke kawasan rendah.
Kita mengesa pihak kerajaan bertindak segera menghentikan pembalakan secara haram dan peladangan tidak terkawal di kawasan bukit. Kita berharap masalah banjir besar ini dapat diatasi dengan kawalan yang lebih baik terutama di kawasan yang sering terjadinya banjir.
Pihak berkuasa perlu memberi peruntukan khas untuk pihak yang berkenaan untuk membuat kajian yang lebih terperinci mengenai cara yang lebih berkesan untuk mengawal banjir di kawasan rendah daripada berulang.
Kita boleh mengawal banjir berlaku sekiranya kita semua boleh menjaga alam sekitar dari pencemaran dan dari kerosakan akibat dari perladangan yang berskala besar dan pembalakan yang tidak terkawal.
Pembakaran hutan untuk peladangan dan pembalakan yang tidak terkawal di Sarawak juga patut diberi perhatian oleh pihak berkuasa agar ianya tidak menyumbangkan kepada banjir besar berlaku di kawasan rendah dan di bandar-bandar yang berdekatan.
Semua ini terjadi akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri kerana terlalu tamak dan engkar akan perintah Allah seperti mana firman Allah dalam surah Ar-Rum: 41" Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah menjadikan mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). "
Amat jelas sekali bahawa ayat ini telah menunjukkan bahawa Al-Quran terlebih dahulu menyerukan kita supaya memelihara alam sekitar ini dengan baik dan bukannya membuat kerosakan di muka bumi dengan mencemarkannya. Sepatutnya manusia sedar segala bencana berlaku adalah akibat dari pembuatan manusia sendiri.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Flooding occurred Due of Human Acts
Flooding often occurs in low-lying areas as well as flash floods often occur in cities due to the drainage system that is not systematic. Among other factors the occurrence of floods is deforestation activities and uncontrolled logging. When forest areas explored the earth's surface will be bare due not covered by any plants that can control the water from flowing into the open space.
Land reclamation by taking soil from the hills also leads to the bare hills and heavy rainfall will cause river siltation and cannot cope with the amount of water due to erosion. In urban areas flash floods often occur due to improper drainage and often blocked by debris that not discarded properly.
Supposed that the flash flood problem can be overcome if the government can build a more systematic drainage and the attitudes of people who are not responsible with littering everywhere, including in the drain can be controlled as best as possible.
Many piles of garbage cause a clogging and blockage of drainage systems. Water cannot flow smoothly due to being blocked by garbage. When heavy raining season, the water cannot flow directly into nearby rivers and even complicate the situation in the event of flooding and nearby areas will also be equally affected.
A safety precaution to be taken immediately to save human lives and the environment is to stop deforestation activities and large-scale plantation that is not systematic.
The authorities should take immediate action with more stringent regulations and impose higher fines for blocking any individual or companies that are found guilty from continuing carry out activities of uncontrolled deforestation. In addition, the forest reserves must be maintained to preserve valuable trees from being destroyed.
The Drainage and Irrigation Department should prepare Flood Mitigation, Breakwater in River mouth, Drainage and Irrigation, Drainage and Irrigation Sub-Project that is more effective to control the tides from overflowing into low-lying areas.
We urge the government to act immediately to stop illegal logging and uncontrolled plantation in hilly areas. We hope the flooding problem can be overcome with better control, especially in areas that often flood occurrence. The authorities should give special provisions for the parties concerned to make a more detailed study on a more effective way to control flooding in low-lying areas from recurring.
We can control the flood happen if we all can protect the environment from pollution and from damage resulting from large-scale plantation and uncontrolled logging.
The combustion of forests for plantation and uncontrolled logging in Sarawak should also be given attention by the authorities so that they do not contribute to the major floods in low-lying areas and in nearby towns.
All of this happened as a result of the act of humanity itself being too greedy and disobedient to Allah as Allah says in Surah Ar-Rum: 41. "Have a seen the damage on land and sea because of the actions by human hands that God may feel to them partly from the consequences of their actions, so that they return to the right path”.
Saintis baru jumpa punca banjir, gempa akibat tangan manusia Posted on Friday, December 20 @ 08:08:13 MYT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
"Baru sekarang saintis mengesahkan kebenaran ayat al Quran bahawa malapetaka seperti gempa bumi, banjir dan sebagainya adalah akibat perbuatan tangan manusia sendiri sepertimana yang dikatakan dalam al Quran. Marilah kita kembali ke jalan yang benar dengan banyak bertaubat, memenuhkan masjid dengan solat jemaah dan majlis ilmu.
HASIL kajian global yang dilakukan oleh seorang ahli geofizik dari Britain, Chrsitian Klose yang diterbitkan dalam Journal of Siesmology memberi makna yang jelas bahawa 92 gempa bumi yang kuat adalah disebabkan oleh manusia.
Bukan sahaja gempa bumi yang berlaku akibat kegelojohan manusia, bahkan lain-lain malapetaka alam turut membawa kepada suatu kesimpulan, kebanyakannya berlaku akibat kerakusan manusia.
Rumusan Christian Klose itu menepati apa yang diberikan amaran keras oleh Allah SWT: "Telah nampak kerosakan di darat dan di laut akibat perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)" (ar-Rum:41)
World’s worst earthquakes caused by man
Jonathan Leake, Science Editor Published: 8 December 2013
SCIENTISTS have suggested some of the world’s largest and most deadly recent earthquakes were not “natural” disasters at all — but were instead caused by human activities such as mining, reservoir construction and oil and gas extraction.
They believe the 2008 earthquake in Sichuan, China, which had a magnitude of 7.9 and killed 80,000 people, was triggered by the construction of the Zipingu reservoir.
In Britain the same research suggests the 2007 Folkestone earthquake, which rocked southeast England and measured 4.3, was triggered by the millions of tons of shingle piled up to protect Folkestone harbour.
The findings emerged from a global study of hundreds of earthquakes by Christian Klose, a consultant geophysicist, whose research in the Journal of Seismology identified 92 large earthquakes likely to have been caused by humans.
0 Comments Received
Post a Comment