Kenaikan Kadar Denda Keatas Kehilangan MyKad Tidak Realistik
Cadangan pihak kerajaan meningkatkan kadar hukuman terhadap individu yang didapati bersalah menghilangkan kad pengenalan MyKad mereka tidak begitu realistik. Tiada siapa pun suka atau sengaja menghilangkan MyKad mereka tanpa sebab tertentu. Adakah dengan menaikkan kadar hukuman terhadap individu yang kehilangan MyKad dapat menyelesaikan masalah kehilangan ribuan MyKad?
Misalnya penduduk di pedalaman Sarawak yang tinggal jauh dari bandar sudah tentu menyukarkan mereka untuk menukar atau membuat MyKad baru yang hilang. Kos pengangkutan dan tempat tinggal mereka untuk sampai ke bandar memerlukan ratusan ringgit. Bagi golongan yang kurang berkemampuan sudah pasti mereka tidak mampu untuk ke bandar semata-mata untuk menukar atau membuat MyKad baru.
Kebanyakan kehilangan MyKad penduduk di pedalaman menurut salah seorang penduduk yang berasal dari pedalaman Baram ialah sebab kualiti MyKad dulu tidak begitu baik, mudah rosak dan akhirnya mereka buang begitu saja sebab sukar bagi mereka menukar dengan MyKad baru kerana kos perjalanan pulang balik dari kampung ke bandar begitu tinggi. Menurutnya lagi antara sebab lain kehilangan MyKad penduduk di pedalaman ialah tercicir atau terjatuh ke dalam sungai ketika perahu karam dan sebagainya.
Jadi pihak kerajaan harus menimbang semula cadangan untuk menaikkan kadar hukuman terhadap individu yang kehilangan MyKad. Harap masalah ini dapat dikaji semula memandangkan semua bahan keperluan asas sudah naik, harga petrol naik, harga gula naik dan tahun depan harga tarif elektrik juga naik. Secara tidak langsung dengan kenaikan harga barang keperluan dan menaikkan denda hanya akan menyusahkan serta membebankan kehidupan rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah dan mereka yang kurang berkemampuan.
Kita tidak mahu kerajaan menghukum rakyat semata-mata untuk menjaga kepentingan pihak tertentu. Pihak kerajaan perlu memikir cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat bukan dengan cara menaikan harga barang keperluan dan menaikkan denda yang belum tentu boleh menyelesaikan masalah hutang negara. Kerajaan harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku sekarang bukan dengan membebankan kehidupan rakyat yang telah memberi amanah untuk mereka terus memerintah negara ini.
Kita mengesa pihak kerajaan mengkaji semula dan menyiasat apa punca sebenar berlaku kehilangan MyKad. Kos untuk bayaran kehilangan MyKad kali pertama sekarang sebanyak RM110 pun dikira cukup mahal. Untuk kali ketiga dan seterusnya akan dikenakan sehingga mencapai kepada RM310. Bagi golongan yang berpendapatan rendah dan mereka yang kurang berkemampuan ianya sudah dikira mahal. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengkaji semula denda keatas kehilangan MyKad amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri. Sarawak
English version
Increase penalty rates on the Losing of MyKad is not realistic
The proposal of the government to increase penalties against individuals who found guilty rid of their MyKad identity card is not very realistic. No one likes it or intentionally gets rid of their MyKad for no particular reason. Do the increase penalty rates against the individual who lost MyKad can solve the problem of the lost thousands of MyKad?
For example, people in rural Sarawak who live far from the city certainly difficult for them to change or make a new MyKad missing. The cost of transportation and their lodging way up to city requires hundreds of ringgit. For the less fortunate they certainly cannot afford to go to the city just to change or make a new MyKad.
Most of losing MyKad of the rural communities according to one of the people who came from the interior of Baram is because of the quality of MyKad before is not very good, easily damaged and finally they throw away just like that because difficult for them to change to the new MyKad as the cost of returning back to the city is so high. He added that among other reasons loss of MyKad of rural communities are drop out or fell into the water when the boat capsized, and so on.
So the government should reconsider the proposal to increase the penalties against individuals who lost MyKad. Hope that this problem should be revised because of all the basic necessities have gone up, the price of petrol rises, the price of sugar goes up and the price of electricity tariffs next year also rose. Indirectly with the rising prices of essential goods and raise fines will only inconvenience and burden the lives of people, especially those with low income and those who are less fortunate.
We do not want the government to punish the people solely to protect the interests of certain parties. The Government should consider the best way to looks after the welfare of the people, not by increasing prices of essential commodities and increase the fine which may or may not solve the problem of the national debt. The government should be responsible for what is happening now is not to burden the lives of the people who have given their trust for them continue to rule the country.
The cost of payment of losing of MyKad for first time now is RM110 consider expensive enough. For the third time will be up to the RM310. For lower income groups and those who cannot afford it is considered expensive. Cooperation with the relevant parties to review the fine on the loss of MyKad is greatly appreciated.
0 Comments Received
Post a Comment