Pengangkutan Awam Menghadapi Masalah Kekurangan Penumpang

MIRI – Pengangkutan bas awam di dalam bandaraya Miri dikendali oleh syarikat Bas Bandar Miri. Terminal utama bas terletak di Jalan Padang di hadapan Wisma Pelita Tunku dan Park Hotel.

Bas-bas bandar meliputi pusat bandar dan kawasan pinggir bandar dan pada umumnya tiada jadual bagi setiap laluan bas tetapi kekerapan perkhidmatan umumnya setiap 15 hingga 30 minit, bergantung kepada kawasan di pinggir bandar.

Kebanyakan bas berhawa dingin, walaupun kadang-kadang ia mungkin tidak berfungsi dengan baik. Seseorang boleh membayar tambang dalam bas dari konduktor tiket. Anda hanya perlu memberitahu mereka ke mana ia pergi dan mereka akan memberitahu anda berapa banyak yang anda perlu bayar. Pastikan anda mempunyai cukup duit syiling untuk pertukaran.

Masalah pengangkutan awam seperti bas di bandaraya Miri sekarang menghadapi masalah kekurangan penumpang. Ramai yang tinggal di kawasan bandar mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke tempat kerja dan juga menghantar anak ke sekolah.

Kami menerima aduan dari seorang penduduk di kawasan Krokop memberitahu pihak kami yang
syarikat pengangkutan bas Miri akan menghentikan operasinya di kawasan Krokop kerana kekurangan penumpang.

Menurut beliau kebanyakan penumpang bas terdiri dari golongan pekerja dan golongan warga emas dimana mereka ini amat memerlukan pengangkutan untuk ke tempat kerja dan juga ke pasar yang berdekatan.

Menurutnya lagi, golongan ini berharap pihak syarikat pengangkutan bas Miri perlu mempertimbangkan pemintaan mereka, kalau boleh pihak syarikat  boleh meneruskan operasi mereka dengan 3 kali sehari seperti pada waktu pagi, tengahari dan petang.

Kita mengesa pihak syarikat pengangkutan bas Miri dapat mempertimbangkan pemintaan penumpang bas yang masih memerlukan perkhidmatan mereka ini. Pihak pengangkutan awam boleh meningkatkan lagi perkhidmatan mereka dengan cara yang lebih berkesan supaya dapat menarik lebih ramai penumpang menggunakan perkhidmatan mereka.

Pengangkutan awam masih diperlukan oleh penduduk bandaraya Miri terutama golongan yang kurang berkemampuan dan mereka yang bekerja di kilang-kilang, sekolah serta mereka yang ingin ke pasar untuk membeli barang keperluan. Maka tingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam dan ianya sudah pasti menarik lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sekiranya dikendali dengan baik dan berkesan.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak


English version

Public Transport facing Problems lack of Passengers

MIRI - Public bus transport within the Miri city is operated by Miri City Bus Company. The main bus terminal is located at Jalan Padang in front of Wisma Pelita Tunku and Park Hotel.

City buses cover the city center and the suburbs, and in general there is no schedule for each bus route, but the frequency of service generally every 15 to 30 minutes, depending on the area in the suburbs.

Most buses are air-conditioned, although sometimes it may not work properly. A person can pay the bus fare ticket from the conductor. You just have to tell them where it goes and they will tell you how much you have to pay. Make sure you have enough coins for change.

Public transport such as buses in Miri city is now facing a shortage of passengers. Many who live in urban areas have their own vehicles to go to work and send their children to school.

We received a complaint from a resident in the Krokop area tells us that Miri bus Transportation Company will cease operations at the Krokop area due to lack of passengers.

He said most of the bus passengers consists of the workers and the elderly, where they are in dire need of transportation to get to work and also to nearby markets.

According to him, this groups hope that the Miri bus transportation company should consider their demand, if possible, the company can continue to operate, with 3 times a day as in the morning, afternoon and evening.

We urge the Miri bus transportation company able to consider the demand of bus passengers who still require their services. The public transport can improve their services with a more effective way in order to attract more passengers to use their services.

Public transport is still needed by the residents of the Miri city, especially the less fortunate and those who work in factories, schools, and those who want to the market to buy groceries. Then upgrade the public transport services and it will certainly attract more people to use the public transport services if operated properly and efficiently.