Punca Rumah Terbakar Perlu Ditangani Segera
ada sebuah lagi rumah terbakar pada hari khamis yang lalu di Kampung Pangkalan Lutong.
Nasib baik tiada korban jiwa berlaku cuma sebuah motosikal musnah kerana tidak sempat diselamatkan. Kebakaran tersebut menyebabkan keluarga mangsa terpaksa menumpang di rumah keluarga mereka yang berdekatan.
Menurut salah seorang keluarga mangsa, semasa mereka membuat panggilan kecemasan, tindakan pihak operator menanya berbagai soalan menyebabkan pemanggil rasa serba salah sedangkan masa itu api sudah semakin membesar. Mungkin pihak operator panggilan kecemasan menganggap ianya panggilan palsu menyebabkan mereka menanya berbagai soalan sehingga menyebabkan pihak bomba sukar dihubungi.
Sebelum ini kita pernah menyarankan agar pihak bomba dan mereka yang berkenaan turun padang memberi penerangan serta latihan kepada penduduk kampung cara mengawal api dari merebak. Mereka perlu dibekalkan dengan ilmu pengetahuan cara penggunaan pemadam api apabila berlaku kebakaran.
Sepatutnya setiap rumah kediaman dan rumah panjang perlu digalakkan menyimpan pemadam api sebagai salah satu langkah awal mengawal api dari merebak. Dengan adanya pemadam api sekurang-kurangnya dapat mengawal api dari merebak ke kawasan berdekatan.
PAS Miri amat simpati akan nasib yang menimpa mangsa kebakaran tersebut dan harap mereka dapat diberi bantuan kecemasan dari pihak berwajib dengan segera.
Kita mengesa pihak berwajib dapat menyiasat apa punca sebenarnya kejadian kebakaran yang sering berlaku di kawasan kampung. Apakah puncanya dari litar pintas, kecuaian atau sebab lain yang sering menyebabkan rumah terbakar di bahagian Miri ketika ini?
Pihak berwajib harus memberi penerangan dan peringatan kepada penduduk kampung tentang bahayanya api dan perlu mengetahui cara mengawal api dari merebak. Semoga Allah sentiasa memelihara kita dari kejadian kebakaran ini dari berterusan dan ianya dapat dikawal dari berulang.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Causes of House Razed need to be addressed immediately
MIRI - House razed seems to be a trend currently which not more than a week there is a house on fire on the last Thursday at Pengkalan Lutong Village. Luckily no fatalities occurred only destroyed a motorcycle because could not be saved. The fire causing the victim's family had to stay in their family home nearby.
According to one of the victim's family, when they make an emergency call, the action of the operator asked all sorts of questions causing the caller feel awry whereas that time the fire is getting bigger. Maybe the emergency call operator thought it a prank call causing they asked all sorts of questions, thus causing the fireman difficult to reach.
Previously we have suggested that the fireman and those concerned go down to the ground provide information as well as training to the villagers on how to control the fire from spreading. They should be provided with knowledge on how to use a fire extinguisher.
Supposed to every house and longhouses should be encouraged to keep a fire extinguisher as a preliminary step to control the fire from spreading. With the availability of fire extinguishers at least be able to control the fire from spreading to nearby areas.
PAS Miri very sympathetic to the plight of the victims and hope they will be given emergency relief from the authorities immediately.
We urge the authorities to investigate what actually causes of fire incidents which often occur in the village. Is the cause of the short circuit, negligence or any other cause which often causing a house razed in the Miri division at this moment?
0 Comments Received
Post a Comment