Tahun Baru Hirjah Masa Untuk Mengenali Antara Satu Sama lain Dengan Baik
Tahun Baru Hijrah juga dikenali sebagai Tahun Baru Islam. Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar Islam. Tahun pertama tahun permulaan Islam dikira pada tahun 610 Masihi semasa penghijrahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah, yang dikenali sebagai Hijrah. Umat Muslim seluruh dunia menggunakan Muharram sebagai bulan pertama dalam Islam. Hijrah maksudnya perpindahan.
Penghijrahan Rasullullah dari Mekah ke Madina adalah untuk menyebarkan syiar Islam kepada penduduk yang berbagai kaum dan kepercayaan di tanah Arab masa itu. Agama Islam sebagai Agama Samawi. Perkataan ISLAM berasal dari bahasa Arab yang bermaksud berserah diri kepada Allah.
Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasullulah diterima baik oleh penduduk Madinah ketika Rasullullah berhijrah dari Makkah. Islam adalah agama yang adil untuk semua tanpa mengira bangsa dan kepercayaan. Ini terbukti apabila Rasullullah berjaya menegakkan sebuah Daulah Islamiyah di Madinah selepas penghijrahan Rasullullah bersama dengan para sahabatnya.
Dari situ Rasulullah telah memperkenalkan Perlembagaan Madinah, ianya diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat yang terdiri dari berbagai kaum dan kepercayaan, Penduduk Muslim pada ketika itu hanya kira-kira 35 peratus. Jelas sekali, jika peraturan Islam diwartakan sebagai perundangan negara, semua lapisan masyarakat boleh menerima peraturan-peraturan yang lebih bersikap adil dan saksama untuk semua. Bagi yang bukan Muslim, mereka tetap bebas mengamalkan ibadah dan budaya masing-masing tanpa sebarang sekatan. Islam satu-satunya agama universal dan memiliki kesempurnaan di segala aspek yang dapat diaplikasikan oleh manusia dalam kehidupannya.
Kalau agama Islam dapat diberi penjelasan yang sebenarnya, kita yakin masyarakat awam yang
kurang pengetahuan tentang kebaikan Islam akan pasti dapat menerima Islam dengan baik. Disebabkan Islam dan perundangannya diberi gambaran yang buruk seperti yang digambarkan oleh pihak yang anti Islam, maka Islam telah disalah ertikan. Islam tidak pernah memaksa penganut agama lain untuk memeluk Islam tetapi ianya terserah kepada kepercayaan dan keyakinan diri masing-masing untuk menerima sesuatu yang difikirkan baik untuk dirinya sendiri.
Apabila seseorang yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang sesuatu kaum dan agama ianya lebih rasional dan berfikiran terbuka dari mereka yang jahil tentang budaya dan adat resam sesuatu kaum yang lain. Kehidupan rakyat akan lebih aman apabila kita saling mengenal antara satu sama lain. Inilah masa untuk kita sama-sama berhijrah dari yang buruk kepada yang lebih baik.
Sempena menyambut Tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah PAS Sarawak ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua rakyat Malaysia di mana juga mereka berada.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
New Year Hirjah Time to know each other better
Hijrah New Year is also known as the Islamic New Year. Muharram is the first month in the Islamic calendar. The first year of the beginning of Islam counted in 610 AD during the migration of the Prophet Muhammad from Makkah to Medina, known as the AH. Muslims around the world are using Muharram as the first month of Islam. Hijra means migration.
Migration of the Prophet from Makkah to Medina is to spread the teachings of Islam to the people of various races and beliefs in Arabia at that time. Islam is a divine religion. The word Islam comes from the Arabic word which means submission to Allah.
The advents of Islam brought by the Prophet are well received by the people of Madinah when the Prophet migrated from Makkah. Islam is a religion of justice for all regardless of race and beliefs. This was proven when the Prophet managed to uphold an Islamic Governance in Medina after the migration of the Prophet along with his companions.
From there, the Prophet had introduced the Constitution of Medina, it was well received by all levels of society that consists of various races and faiths, the Muslim population at that time only about 35 percent. Obviously, if the rule of Islam is gazetted as national legislation, all levels of society can accept the rule that is more fair and equitable for all. For the non-Muslims, they are free to practice their culture and worship without any restrictions. Islam is the only universal religion and has perfection in all aspects that can be applied to human in the life.
If the religion of Islam can be given by the real explanation, we are confident that the community that is lack of knowledge about the goodness of Islam will accepted Islam well. Because of Islam and its legal given a bad picture as portrayed by the anti-Islam party, then Islam has been misconstrued. Islam has never forced followers of other religions to convert to Islam but it is up to the trust and confidence of themselves to accept something that good thought for themselves.
When someone has extensive knowledge of a particular race or religion they are more rational and open-minded than those who are ignorant of the culture and customs of any other races. Life of the people would be better off when we know each with each other. This is the time for us all migrated from bad to better.
In conjunction with the New Year of Hijrah 2013 equivalent to 1434 AH, Sarawak PAS wish to express Salam Maal Hijrah to all Malaysians wherever they are.
0 Comments Received
Post a Comment