Mengapa Malindo Air Hentikan Penerbangannya Ke Miri?

Malindo Air yang mengantung sementara penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri sehingga kini masih belum lagi menyambung semula penerbangannya ke Miri. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy dalam akhbar tempatan beberapa bulan yang lalu berkata "Kami hanya melakukan penjadualan sementara dan penstrukturan semula perkhidmatan kami. Kami tidak menggantung laluan selama-lamanya tetapi hanya (sementara) mulai 1 – 15 Nov. Mudah-mudahan menjelang 15 Nov, kita boleh meneruskan perkhidmatan kami ke Miri.”

Sehingga kini janji pihak Malindo Air untuk menyambung semula penerbangan ke Miri masih dinanti-nantikan oleh orang ramai yang ingin menggunakan tambang murah dari Kuala Lumpur ke Miri masih tidak kesampaian.

Alasan pihak Malindo Air kerana kurang penumpang adalah alasan yang tidak begitu realistik sebab Miri merupakan pusat atau bandaraya peranginan yang menerima kunjungan pelancong yang ramai dari dalam dan luar negara.  Masalahnya bukan kurang penumpang tapi mungkin pihak Malindo Air kurang promosi untuk menarik penumpang dan tidak ada kemudahan untuk menarik penumpang menaiki pesawatnya.

Kementerian Pelancongan Sarawak menyasarkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong sebanyak 12 peratus bagi tahun 2014 berbanding 4.1 hingga 4.2 juta tahun ini. Bagi menampung bilangan pelancong yang semakin meningkat, kementerian pelancongan akan berusaha menambahkan bilangan pesawat  dan terbaharu pada 7 Disember depan sebuah pesawat AirAsia baharu akan memulakan penerbangan bagi laluan dari Miri ke Manila.

Sepatutnya Malindo Air menggunakan kesempatan promosi Tahun Melawat Sarawak 2014 sebagai peluang meningkatkan penerbangannya keseluruh Sarawak terutama Miri.

Lapangan terbang Miri juga akan dinaiktarafkan sebagaimana dalam bajet 2014, ini adalah peluang yang lebih luas untuk syarikat penebangan mempromosi dan menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk mencapai sasaran peningkatan pelancong ke Sarawak.

Kita mengesa pihak pengurusan Malindo Air dapat  menyambung semula penerbangannya ke Miri Sarawak agar ianya memberi kemudahan kepada penumpang untuk memilih penerbangan yang murah serta memberi perkhidmatan terbaik untuk mereka.

Di samping itu nasib pekerja Malindo Air yang telah dipindahkan juga boleh balik semula dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang yang ingin melancong ke dalam dan luar negara dengan tambang murah yang berpatutan. Lebih banyak syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah maka lebih banyak pilihan untuk penumpang memilih yang perkhidmatan terbaik untuk mereka.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak


English version

Why Malindo Air Stop its flights to Miri?

Malindo Air suspend a temporary flights from Kuala Lumpur to Miri to date has yet to continue flights to Miri. According to the Chief Executive Officer of Malindo Air, Rama Chandran Muthy in the local newspapers a few months ago said that "We only temporary scheduling and restructuring services. We don’t suspend the route indefinitely but only (temporarily) from Nov 1 - 15. Hopefully by Nov 15, we can continue our service to Miri,”

Until now the promise of Malindo Air to reconnect flights to Miri is still much awaited by the people who want to use the cheap fares from Kuala Lumpur to Miri still unfulfilled.

The reason of Malindo Air because of fewer passengers is the reason that is not very realistic because Miri is a center or a resort city that receives many tourists from home and abroad. The problem is not less of passengers but perhaps the Malindo Air less promotions to attract passengers and there are no facilities to attract passengers boarding its aircraft.

Sarawak Tourism Ministry is targeting to increase the number of tourist arrivals by 12 percent in 2014 from 4.1 to 4.2 million this year. To accommodate the growing number of tourists, the tourism ministry will seek to increase the number of aircraft and the latest on 7 Dec a new AirAsia aircraft will start flying from Miri route to Manila.

Malindo Air should use the opportunity of the Visit Sarawak campaign of 2014 as an opportunity to increase its flights throughout Sarawak, especially Miri.

Miri Airport will also be upgraded as in the 2014 budget, this is a greater opportunity for airlines to promote and attract tourists from home and abroad to achieve the target of increasing tourists to the state.

We urge the management of Malindo Air able to reconnect its flights to Miri Sarawak so that it will benefit the passengers to choose the cheap flights and provide the best service for them. In addition to the fate of Malindo Air employees that were transferred also may go back and give the best service to the passengers that wishing to travel within and outside the country with a reasonable budget. More airlines are offering low fares the more options for the passengers to choose the best service for them.