Mangsa Kebakaran Mohon Bantuan Membina Semula Rumah
MIRI - Kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah pada tengahari Selasa lalu di Kampung Pujut Tanjung Batu telah menyebabkan penghuni rumah tersebut tinggal sehelai sepinggang. Menurut mangsa semasa keluar rumah yang tinggal hanya tiga beradik yang berada di rumah tersebut tidak sempat menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting.
Selain meranapkan rumah mangsa, kebakaran itu turut menyebabkan tiga buah kenderaan musnah sama sekali kerana tidak sempat dialihkan ke tempat selamat. Menurut mangsa pihak bomba agak lambat sampai ke tempat kejadian disebabkan kesesakan lalu lintas. Bila sampai ke tempat kejadian, rumah sudah musnah sama sekali dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.
Menurut mangsa yang dikenali sebagai Kasuma Amin memberitahu pihak kami, sekarang mereka hanya menumpang sementara di bangunan Persatuan Melayu Miri sementara mencari tempat tinggal baru sebelum dapat tinggal semula ke rumah mereka yang musnah itu. Kos untuk membina semula rumah tersebut memang agak tinggi dan tentulah sukar untuk mereka menyiapkan rumah baru itu dalam masa terdekat. PAS Miri amat simpati akan nasib yang menimpa mangsa kebakaran dan telah berjumpa dengan mangsa dengan memberi sedikit sumbangan untuk meringankan bebanan yang terpaksa dipikul oleh keluarga mangsa akibat rumah mereka musnah dalam kebakaran itu.
Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) juga perlu membantu membina semula rumah mangsa kebakaran untuk mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung terutama sekali keluarga yang kurang berkemampuan.
Kita mengesa pihak PPRT, Baitulmal dan badan kebajikan dapat sama-sama membantu meringan bebanan keluarga mangsa dengan segera. Budak-budak yang akan bersekolah pada tahun hadapan juga perlu bantuan membeli seragam sekolah serta buku-buku teks.
Masalah kebakaran yang sering terjadi beberapa minggu di Miri sepatutnya diberi perhatian oleh pihak bomba dan mereka yang berkenaan. Mengapa ianya sering terjadi, adakah disebabkan oleh kecuaian, lintar pintas atau pun sebab pengkhianatan dan sebagainya? Pihak kerajaan perlu menyiasat punca sebenar kejadian dan juga perlu segera membina semula rumah mangsa yang kurang berkemampuan seperti keluarga mangsa yang kehilangan anak di Sungai Dalam beberapa minggu yang lalu dimana rumah mereka juga musnah sama sekali. Mereka perlu tempat tinggal kerana mereka masih lagi menumpang di rumah jiran.
Kita yakin pihak PPRT boleh membina semula rumah dengan peruntukan bajet khas untuk mereka yang kurang berkemampuan. Kita harap masalah ini dapat diatasi dengan segera demi kebajikan rakyat yang jadi mangsa kebakaran dan sebagainya. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Fire Victims applying for Relief Rebuilding Homes
MIRI- A fire destroyed a house in the afternoon last Tuesday in the village of Tanjung Batu Pujut has caused the residents of the house left with nothing. According to the victim while leaving the house there are only three siblings living in the house but not able to save properties, including important documents.
Besides destroying the victim's house, the fire also caused three vehicles were totally destroyed because not able to be removed to a safe place. According to the victim the fireman is quite slow reached the scene due to traffic congestion. When they reached the scene, the house was totally destroyed and the cause of the fire is still being investigated by the fireman.
The victim, who is known as Kasuma Amin told us, now they just stay temporary at the Miri Malay Association building while searching for a new residence before being able to stay back to their destroyed home. The cost to rebuild the house is indeed quite high and will be difficult for them to set up a new home in the near future. PAS Miri very sympathetic to the plight of fire victims and met with the victim by giving a little contribution to ease the burden faced by families of victims due to their homes were destroyed in the fire.
Hardcore Poor Housing Project (PPRT) should also help rebuild the house of the fire victims to reduce the burden to be borne by the family, especially the less fortunate.
We urge the PPRT, Baitulmal and charitable organizations can together help to lighten the burden of the victim's family immediately. The children will go to school next year also need help to buy school uniforms and text books.
The fires that often occur in Miri a few weeks ago should be given attention by the Fire Brigade and those who are concerned. Why does it always happen, whether caused by negligence, short-circuit or because of treason and so on? The government should investigate the exact cause of the incident and also need to immediately rebuild the house victims who cannot afford such as a victim who lost his family in the Sungai Dalam a few weeks ago where their homes are also destroyed. They need a place to stay because they are still stay at a neighbor's house.
We believe the PPRT can rebuild the house with a special budget allocation for the less fortunate. We hope that these problems can be solved immediately for the welfare of the people who become fire victims and so on. Cooperation with the relevant parties to resolve this issue is greatly appreciated.
0 Comments Received
Post a Comment