Mangsa Kecederaan Terbakar Mendapat Perhatian dari Projek UntukMu Sarawak
MIRI - Baru-baru ini, PAS Miri bersama dengan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Nik Zawawi Salleh, mengadakan lawatan ke rumah seorang kanak-kanak yang malang akibat terbakar di Kpg Api-api.
Lawatan tersebut dianjurkan bersama PAS Miri dalam program UntukMu Sarawak untuk bahagian utara Sarawak. Pada majlis tersebut Ustaz Nik Zawawi menyampaikan kerusi roda bagi pihak PAS Miri kepada Mohd Khazemi dengan harapan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga beliau.
Mohd Khazemi adalah mangsa kebakaran ketika ayahnya cuba menghidupkan genset dihadapan rumah mereka yang digunakan untuk sambungan aliran elektrik ke rumah mereka beberapa tahun yang lalu. Masa kejadian dia baru berumur 5 tahun dan sekarang dia belajar dalam darjah 1 di Sekolah Rendah di Lutong.
Menurut ibu mangsa, kejadian berlaku terlalu pantas di mana tiba-tiba percikan api keluar dari genset dan api menyambar mangsa dan juga ayahnya ketika ayahnya cuba hendak menghidupkan genset itu. Ayah mangsa cuma cedera disebahagian kaki tetapi Mohd Khasimi terkena hampir keseluruhan badan akibat api yang terbakar dari genset tersebut.
Akibat kejadian tersebut beliau sukar untuk bergerak bebas seperti kanak-kanak lain. Dengan adanya kerusi roda itu sekurang-kurang mudah bagi beliau bergerak tanpa perlu bergantung sangat dengan orang lain.
Program UntukMu Sarawak telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan penduduk miskin dan mereka yang memerlukan bantuan. Sumbangan orang ramai untuk membantu menjayakan program UntukMu Sarawak amat dihargai.
Kita juga mengesa pihak kerajaan memberi kerjasama kepada program kebajikan dengan memberi bantuan kewangan kepada program yang memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Kerjasama dengan semua pihak yang berkenaan dan orang ramai yang ingin menyumbang program untukMu Sarawak amat dialu-alukan.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web kami di www.untukmusarawak.com atau LIKE Facebook Page kami: Untukmu Sarawak - PAS Sarawak Official.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Burn Injury Victims Getting Attention from the project for you Sarawak
MIRI - Recently, PAS Miri along with the PAS Ulema Shura Council Secretary, Ustaz Nik Zawawi Salleh, make a visit to the home of the unfortunate child due to burns in Kpg Api-api.
The visit was organized together with the PAS Miri for you Sarawak program for the northern part of Sarawak. During the ceremony, Ustaz Nik Zawawi delivers wheelchairs on behalf of PAS Miri to Mohd Khazemi with little hope to ease the burden borne by his family.
Mohd Khazemi is fire victims when his father tried to turn on the generator in front of their house that used to connection of the flow of electricity to their homes a few years ago. Time of the incident he was only 5 years old and now he studied in Primary 1 at the Primary School at Lutong.
According to the victim's mother, the incident happened so fast that suddenly sparks out of the genset and the fire grabbed the victim and also his father when his father tried to turn on the genset. The victim's father only injury in a part of the foot but Mohd Khazemi affected almost the entire body as a result of the fires burning of the genset.
The incident caused him difficult to move freely like other children. With the wheelchair at least easier for him to move without having rely with others.
For you Sarawak program has received good response from among the poor and those in need of help. A public contribution to help achieve the program for you Sarawak is greatly appreciated.
We also urge the government to cooperate with the welfare program to give financial assistance to the program that benefits all communities irrespective of race, religion and political affiliation.
Cooperation with all parties concerned and the public who wish to contribute to the program for you Sarawak is most welcome.
For more information, please visit our website at www.untukmusarawak.com or LIKE our Facebook Page: For you Sarawak - Official Sarawak PAS.
0 Comments Received
Post a Comment