Jalan Berlubang Perlu Diatasi Segera Di Kawasan Perumahan


MIRI - Keadaan jalan berlubang dan jalan tidak rata di kawasan bandar dan kediaman di Miri semakin teruk dan ia mesti diselesaikan dengan segera

Diantara jalan perumahan yang menghadapi masalah jalan berlubang teruk ialah di kawasan perumahan Tudan Fasa 6.  Penduduk Desaras Tudan Fasa 6 mengadu masalah jalan berlubang di lorong Sejahtera 1 dan Harmoni 3 yang semakin teruk. Bas selalu menggunakan laluan ini untuk mengambil penumpang yang tinggal di kawasan perumahan tersebut.

Mungkin disebabkan jalan itu tidak memenuhi piawaian maka menyebabkan ianya mudah rosak disebabkan oleh kenderaan berat seperti bas dan lori.

Penduduk di kawasan perumahan Tudan Fasa 6 amat bimbang dengan keadaan jalan berlubang itu kerana ia boleh menyebabkan kemalangan jika ada penunggang motosikal atau kereta yang cuba mengelak jalan berlubang itu. Jalan berlubang di merata tempat boleh mengganggu dan sukar bagi pemandu kenderaan untuk melihat jalan berlubang pada waktu malam dan hujan kerana ianya gelap dan penuh dengan air.

Kita yakin dengan adanya peruntukan bajet untuk jalan-jalan kampung ia boleh digunakan sepenuhnya untuk mengatasi masalah jalan berlobang dan teruk ini dari berpanjangan. Dengan adanya jalan yang baik ianya akan memberi kehidupan yang selesa bagi penduduk kampung dan kawasan perumahan.

Kita mengesa pihak Majlis Perbandaran Miri (MPM) dan pihak yang berkenaan segera datang ke kawasan tersebut dengan membaikpulih permukaan jalan yang rosak di beberapa lokasi jalan di kawasan itu dari kerosakkan teruk. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah jalan berlubang dan jalan teruk ini dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak

English version

Potholes need to be addressed immediately in Residential Area

MIRI - Condition of potholes and uneven roads in urban and residential areas in Miri getting worse and it must be resolved immediately.

Among residential road facing severe potholes is in a residential area Tudan Phase 6.  Desaras populations of Tudan Phase 6 complain the problems of potholes at the Sejahtera 1 lane and Harmoni 3 which is worsening. Buses always use this route to pick up passengers who live in the housing area.

Probably due to the road it does not meet the standards then it is easy to cause damaged by heavy vehicles such as buses and trucks.

Population in residential areas Tudan Phase 6 is very worried of the situation of potholes because it could cause an accident if there is a motorcyclist or car trying to avoid the potholes. Potholes all over the place can be distracting and difficult for motorists to see the potholes at night and rain because it is dark and filled with water.

We are confident that with the budget allocation for rural roads can be exploited to overcome the problem of the potholes and this severe from prolonged. With the good road it will provide a comfortable life for rural population and residential areas.

We urge the Miri Municipal Council (MMC) and the parties concerned immediately come to the area to repair the damaged road surface in several locations of roads in the area from serious damage. Cooperation with the relevant authorities to tackle the problem of potholes and this severe road with immediate is greatly appreciated.